Rabu, 30 September 2009

5 Dara Beraya

5 dara ....suhaina, Junisa, siti Aisyah, Jawiah dan Hafishah
5 dara ni beraya ke rumah malam ni....sakan beraya, sakan bercerita kih kih kih asik ketawa2 je bila bercerita, macam dah lama tak jumpa. Tapi...hari2 boleh jumpa sebenarnya. Mereka ni semua cikgu baru...aset SMKTD. Sangat rajin dan patuh arahan...biasalakan CIKGU BARU. Teringat masa muda belia dulu...mula2 jadi cikgu...ngikut je arahan. Takut pulak tak sah jawatan. Emmmm bila dah sah jawatan mula la macam nak ungkal sikit2. Biasala tu....dah senior la katakan. Kih kih kih....tapi sebenarnya walaupun dah masuk 11 tahun mengajar...masih banyak lagi perkara yang tak tahu...masih banyak lagi ilmu yang baru.....eh, tiba2 rasa macam baru posting pulak.

Selasa, 29 September 2009

Kek Coklat Sonita

kek coklat Sonita
Bahan2
2 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung bluekey
1 cawan minyak
3/4 coklat van hounten
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air mendidih ( yang mengelegak tau )
tadaaaa dah siap
Ni gara2 bosan menanda kertas percubaan budak...sambil tanda kertas sambil buat kek coklat kukus...
Hari ahad lepas g belajo ngan Cikgu Sonita, emmm hari ni tepat pukul 12.27 malam kek pun siap.
Yang best sekali, tanda kertas pun siap.
Alhamdullilah.
Esok nak bawak sikit ke sekolah. Bagi kengkawan rasa.

Isnin, 28 September 2009

Tak Tanda lagi la.....

adoi hai cikgu suhaila
Hari ni sekolah hari pertama selepas cuti raya
Pagi2 lagi anak2 murid 5j2 datang jumpa
" Cikgu, dah siap tanda?"
" Ha....tanda apa?"
buat2 lupa je...pada hal raya sakan.

so...mula dari kul 730 - 12.40 pulun menanda kertas add math 5j2.
ahhh siap 1 paper.
Nampaknya kelas Ezy-add math membantu mereka menjawab dengan betul.
Ada peningkatan. Alhamdullilah.

Rabu, 23 September 2009

Tolong....

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR dan BATIN
Sementara masih raya
Sementara ada masa lagi
Sementara x berapa sibuk lagi
Sementara Internet masih ok lagi ( huhuhu.....3 minggu rosak)
harap2
kak Rose/ Kak yon WMC , kak azlina WMC, kak ina WMC, wani WMC, Mel WMC
dan....
rakan2 bloger bagi cadangan
untuk
meMANTAPkan susun atur umah ni
Ruang antara 2nd ruang tamu dan dapur
Ruang tamu.....terus nampak dining hall. Something missing kan?

Ruang tamu.....semua perabut rumah kat Taman Kota Masai.


Ruang Tamu jugak....






Jumaat, 11 September 2009

kuihraya.....

Raya datang lagi....yea..yea
apa yang gembira sangat pasal raya ni??
kalau org lain tak buat kuih....akak buat kuih
alahai....agenda setiap tahun...mesti buat.
Kuih apa?
kuih tat nenas cik nah
kuih almond london ijan
biskut kacang mak
biskut kelapa cik nah
biskut komplek bunga ros ( tiru kuih raya umah kak ina ted...dia beli, akk buat kih kih kih )
dan
ehem...ehem taun nie akk buat sendiri blueberry cheese tart sendiri....
( mungkin x la sesedap intan beli.....)
esok mula buat BCT ni....panggil ramai2 kawan datang umah...demo tu...
setakat raya lagi lapan hari nie.....baru tat nenas cik nah siap.
bukan la teror buat kuih raya...teringat Sonita tanya" Akak x beli pun kuih...nape"
" sedap sangat ke kuih yang dibuat tu???"
ha ha ha ha tak sedap la....sampai boleh jual...tapi boleh la saji kat orang. Sejak dari zaman sekolah dan membiak dengan dua anak...masih lagi suka buat kuih raya. dari paki oven mak kale itam, tajuknya Butterfly . tengek atas api, sampai dah pakai oven karen.... Suami pun suka sangat tolong gentel buat kuih raya ni. Cuma tahun ni dia x tolong la...
Sempena raya dah nak sampai ni...
nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA
kepada semua....
MAAF ZAHIR dan BATIN.
Jemput la datang umah baru......
lot466, jalan damai 6/1
kg. sg. Kapal
Penggerang.