Isnin, 26 November 2012

Congratulation Adibah Aqilah!

Assalamualaikum

Ah..ceta dh basi...tapi Nk jugak conteng2 kat blog buat dikenang2.

19/11/12 hari adibah dapat keputusan upsr. Hari tu jugak kita Kena hantar skrip jawapan PMR ke Gelang Patah. Ahhh...g anto dulu la...Kang keputusan keluar kita g la balik pengerang.

Pagi tu, sblm keputusan keluar GB Dh call kita maklumkan keputusan Adibah. " Tahniah cikgu...mcm dijangka. 5A"
Alhamdulliah....usaha adibah menepati kehendak upsr.

Sampai umah, terus amik adibah g sekolah.
Cikgu2 dia peluk2 dia.
" Tahniah adibah "
" Terima kasih Cikgu"
Tapi muka dia...plain je. X de la suka ke...apa ke
Bila tya..." Kakak x happy ke dpt 5A?"
"Emmmm Kakak Dh jangka la Ma..."
Sabo je la Anak!



Alhamdulliah. Harap2 Adibah berjaya ke MRSM Cambrige..Macam Yg di angan2 Kan. Nak belajo oversea. Insyallah ya nak! Mama yang doakan aje.

Sebenarnya Adibah memang berpotensi. Kita ni jenis Mama Yg x suka paksa Anak. Sebab kita belajar psikologi anak2. Sampai peringkat master. Mungkin kita tau nak push and pull kat mana. Kita x hantar Anak Tusyen. Kita percaya kepada kebolehan Anak itu datang dengan sendiri..bukan kerahan or paksaan. Kita selalu Bagi anak2 pilihan...nasihat kita pun dlm bentuk pilihan.

Kadang2 baca status FB..ibu2 anto Anak Tusyen dikala cuti sekolah...buat buku akademik kat umah time cuti sek...Mungkin Anak buat...Tapi Mungkin Anak rasa paksaan. Kalau kita Yg tua ni x suka dipaksa2...ehhh Boleh pulak ea..nak paksa anak2.
Hihihihi.

Ddk di PG...anak2 Cikgu ni..lomba2 nak di sekolahkan di tadika Yg paling baik la...peksa anto Tusyen. WTH Anak Ko tadika Nk Tusyen bagai???? Bukan tadika tu tmpat main2? X Kesian ke ngn anak2. Umur Anak belajar sambil bermain. Belajar main2 dari 0-9 tahun. Pas tu ajar Anak cara nak focus....penting tu...ajar focus pun dari permaianan taw. Mana datang dr Tusyen ni???? Pusat Tusyen tu utk bdk2 Nk amik spm..baru betul. Ni tadika Dh anto Anak ke Tusyen. Ok tak pe..duit masing2...

Tapi Abah kita kata...dia risau Tgk cara kita Jaga Anak. X bebel2..x marah2. Entah...kita mmg ngaku x berapa Pandai Jaga Anak. Yang pasti adibah berjaya sebab...Ada nyai Yg masak, yang bebel...yang Ajo Banyak benda. Kita???? Tetap kata....cuti sekolah Awak cuti...hari sekolah Awak belajo....Mesti!

Melalut pulak.

Apa pun, Alhamdulliah...Syukur pada Allah beri kejayaan pada
Adibah. Walaupun kita x reti Nk Ajo adibah...Tapi insyaaAllah...kita akan guide adibah untuk capai cita2 dia. Amin. Agains
Thanks ya Allah.

TaTa.


- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 10 November 2012

Durian crepe@ lempeng berintikan durian Dan whipping creame.

Assalamualaikum

Lama dah x update blog. Sibuk ke? Malas ke? Hihihihi.
Sana sini org cerita pasal durian crepe ni. Dalam Facebook..dalam Blog. Rata2 la.

Dah durian melacak2 kat umah ni...rugi gak kalau x Cuba ek?
So semalam...buat ngn adibah. Nasib Ada anak Dara ni...kita dah sibuk ngn baby...marking paper PMR pulak...
Memang Adibah la yg buat.




Buat x banyak....dapat 6 crepe aje. Beso2 pulak tu...udah durian banyak...banyak la intinya. Tambun2 macam mama Adibah. Eh.

Resepi?? Senang sangat. Sape pun boleh buat. Believe me. Cewah.

50g g tepung gandum
1 SB tepung ubi kayu
1 Biji Telur
40 ml susu segar
160 air
Sepenutup esen vanilla
Pewarna kuning.

Inti.
150 ml whipping creame diputar sampai kaku
Watak utama dia...durian yang dibuang Biji Dan Dileyekkan.

Kita belender semua...yang inti x payah la blend taw! Terrrrrrrrrterrrrrr. Pas tu Tapis.

Buat macam buat kuih ketayap tapi x payah balik2.
Taruk creame...taruk durian...taruk creame lagi. Bungkus.
Simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi sedap.
Wallah....memang sedap!
Selamat mencuba.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia