Khamis, 13 Ogos 2009

cuti lagi

Emm....
rasanya ini adalah n3 terakhir
kalau x de aral, i-allah akan move ke lot466 mulai isnin nie.
baru tadi g transfer acc tel and streamyx ke umah baru.
TMpoint kata dalam 2 minggu. Tapi rasanya more than that..i guess.

So tak dpt la nak membelog, baca blog kwn2, tengok2 email or...shooping online.
Sedih nie, dah la tak berani nak jejalan kat luar...H1N1.

So...till then...

Ahad, 9 Ogos 2009

Rumah sudah siap


Salah satu faktor penyumbang, mengapa tidak dapat memblog.
Sibuk gila dengan persiapan nak masuk umah sebelum puasa.
Bukan tak sabo, tapi tak tahan rasanya nak berulang dari SMK Tanjung Datuk ke semencu masa bulan puasa nanti. Tambahan pula kelas tambahan pun bertambah di SMK Tanjung Datuk semasa bulan puasa.
Kalau ada rezeki i-allah 17hb Ogos ni akan masuk umah. Tinggal proses perpindahan Adibah dan Aiman aje ke SK Sg. Kapal. Harap2 hari khamis nie dapat la ke PPD Kota Tinggi untuk urusan tersebut. Lain-Lain semua dah siap..
Jutaan terima kasih kepasa suami yang tertinggal kapal terbang ke Turkminestan..kih kih kih. Dapat jugak dia tolong hangkut barang dari umah lama ke umah baru, membasuh, mengemop, mengemas dan terutama mambayar apa2 yang patut. Abang...i always love u.

JLF6o009 dalam kenangan.

Ini juga menyumbang kekalutanku sehingga tidak sempat untuk memblog.
Kereta Neo telah ditotal lostkan oleh pihak insuran kerana exsiden. Adikku Iman yang membawa neo lalu exsiden. Lama gak ku bersedih...
Sekarang tinggal surat confirm total lost aje. Pastu boleh la proton/eon potong dan penyek layaknya.

Jumaat, 7 Ogos 2009

kegembiraanku...

rasa lama tul menyepi ya....
kalau macam ni la...boleh lari folower @ kawan ek?
Sebenarnya ada sebab tak dapat nak memblog
pertama
3 minggu yang lepas ading @ suami balik malaysia...dah balik semula pun ke turkmenistan. Bye bye abg.
Plus lak nak move ke rumah baru...macam tak cukup kaki tangan. Kalau boleh sebelum puasa nak masuk umah.
pas tu sibuk lak gak ngan program GALLUS matematik tambahan kat sekolah.
tapi yang ni...buat diri ini betul khayal...



Namanya Iman Hadif....lahir di Kemaman Terengganu...lahir ngan 4.10 kg. Sama berat ngan adibah masa lahir tapi menang aiman aqil ku...seberat 4.48kg seh

Baru 2 minggu balik semencu. So acik ala la yang jaga...

eeeee....comey sungguh dan sangat menghayalkan...