Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

women secret recipe ~ WSR



Assalamualaikum


apakah WSR....sejenis makanan tambahan. herba.
baru-baru ni jumpa kawan yang consume WSR...
hati nak cuba...sebab masyallah cantik sihatnya dia.
sihat tu bukan gemuk...sihat tu sangat energenik.
maklum la umo dah 41sen ni kan?
haihhh


lagi sebulan kita update.

babai...

Isnin, 8 Disember 2014

Testing..testing...

Assalamualaikum

Berangan Nak Kulit gebu gebas..Tapi kita x percaya ngn product putih gebu dlm masa 3 hari...hehehe

Supplement kita amik eyphra. Dah setahun, Alhamdullilah sesuai. Kita puas Hati sangat. X la jadi secantik memey...Tapi boleh la..hahaha



Kan...Kalau pakai 360 blh jadi lagi cun ni. Tapi Kulit mmg jadi sekata..pori2 Kecik sikit. Tapi eyphra ni..kecantikan Dari dalam kabonya.

Nak cantik Dari luar la pulak...kita rasa Nak Cuba set2 yg fauziah latip pakai la...dr halina pun pakai. Bajet ko celeb pulak ek!



Set permulaan. Dah study dah ni..
Step 1~ cleanser gel
Step 2~clear lotion
Step 3~essence pitera
Step 4~stempower
Wiwiwi harga mmg jejak 1k++ jugak la.

Kita pikir dulu...Kalau x kita pakai yg BFF kita pakai...muka Sonita jadi putih rata ( dia mmg putih=orang Siam) tu yg x confident tu..kita ni agak legap.
Sonita pakai ni..


Ramai yg pakai set ni..semua jadi. Ani konteng, Mastura, hafsah, Azila Tapi Cikgu2 ni jenis2 Kulit mulus sejak azali. Emmm

Laki kita suruh pakai set rania diamond..



sebab dah 4⃣0⃣⬆️...sentap! Ya la Suami..Tapi kita x jumpa testimoni yg bagus org guna set rania diamond ni. Cuma Zaina zain je..tu pun kita x yakin dia guna. Hahahaha Tapi kita yakin Fauziah latip guna ni



Hahaha 2x gambo ni kua. Apa maknanya? Hihihihi

Tunggu...

tata...

~ post by ip6+

Ahad, 27 April 2014

Mudah-mudahan dipermudahkan

Assalaualaikum

hari ni, hari pertama mak x de kat rumah untuk tahun ni
kali ni mak g umrah...bibik alia berenti.
Alia kena hantar kat rumah orang
huhuhu
x pe ya Alia, kita mesti BOLEH
macam2 pesan MIL
baju, susu, botol alia x payah bawak balik
tinggal aje kat umah cik anim
ya mak
" awak tu, dah la lambat...terkeseng2.."
haihhhh
so pagi tadi agak awal sampai rumah cik anim
Alia nanges kejap aje..
lepas bapak amik...terus diam

yang paling surprise
" Su...mak kata su selalu bawak bekal g sekolah, Ni Cik Anim dah buatkan bekal"
hehehehehe
alhamdullillah.
" Esok2 pun x yah risau...Cik siapkan bekal untuk Su"
haihhhhhh bertuahnya pompuan bernama SUHAILA ABDULLAH!!!!

TaTa


Ahad, 20 April 2014

Peluang..

Assalamualikum

entah apa rezeki kita...kawan kita wasap...kata ada kekosongan ajar matematik S form6 kat SMK Tasek Utara. 
Dah dalam pengetahuan En. Yusuf , pegawai F6 di JPNJ. 
Isi borang pindah...call EN. Yusuf dan you are welcome to SMK TAsek Utara. 
Persoalannya....x de persoalan. 
Memang akan compete ngn anak2 Cina yang pandai....tapi bukan semua.
 Sebilangan sahaja yang akan menduga cikgu...sebahagian akan ingin belajar.
 insyallah. 
Kita yakin itu. 
dah buat jugak sikit kajian....memang budak melayu, boleh kira ngn jari yang amik matematik S matematik T, tak terkejar.
ok, kita dah isi borang eg-tukar.
Alhamdullilah
En. Ahmad akhirnya bagi sokongan, sebab faham kenapa kita kena amik peluang ini.
insyallah.
kalau ada rezeki...kita akan berhijrah.
Wish me luck!!!!
semoga tindakan dan keputusan kita ini akan memberi ketenangan dan kebahagian kepada orang2 yang dah sakit mata nengok kelebihan kita.
heh!

( kata my BFF....orang dengki bila nengok kita lebih...tapi hakikatnya, kita cuma lebih berat badan aje sentap tau)

TaTa


Rabu, 19 Februari 2014

susah nak menetang diri sendiri...

assalamuaikum

Susah betul nak tinggalkan buat perkara yang kita suka.
walaupun perlu buat sebab x de kesudahannya....
sekarang kita bertindak mengikut hati. Kita x sampai hati nak bagi hati kita sedih. sape lagi nak bahagiakan hati sendiri kalau bukan diri sendiri kan???

betul la
kalau nak berjaya..sentiasa bertanding dengan diri sendiri. Jangan pandang orang lain..
kejayaan kita akan lebih bermakna. Lebih bertahan lama....
tapi memang susah nak menentang diri sendiri...ada aje idea2 dalam kepala yang akan mematikan cara untuk menentang diri sendiri.

sekarang kita celaru...sedih...suka..bahagia tapi sengsara.
benciiiiii.....betulnya kata-kata Sonita.
i wish she is here with me...talk to me...buruk baik....rasionalkan kita.
really miss my BFF..erk???

semoga kita dapat selesaikannya...
kalau x...kita ikut aje....
sebab esok lusa kita x tahu perjalanan hidup kita....
dalam hati kecik kita ada harapan....ada impian....mana nak tau, kalau2 boleh jadi kenyataan.


tata


Khamis, 13 Februari 2014

tak bersyukur ke?

Assalaualaikum...

rasanya dah lama x tulis blog dengan keluh kesah. Hidup bukannya asik gembira, asik nasib baik, asik berada di atas. hidup memang betul-betul macam roda. haihhh
kita paling x boleh hadam bila orang cakap, orang tanya, orang pertikai kenapa kita rela laki kita kerja jauh2....
sejujurnya...kita dah jemu. sangat jemu jadi bini yang macam ni. semua sendiri. semua. sape2 yang tak pernah berjauhan dengan suami tu bersyukurlah. masa demam, masa anak demam, masa gas habis, masa lampu rosak, masa x de air, masa x de karen, masa anak2 x sihat, masa kereta rosak...apa aje keadaan.....kita sendiri. sepanjang hampir 15tahun berumahtangga...x sampai 5 tahun kita duduk serumah, sebumbung. kadang2 kita macam x kenal suami kita....subhanallah.
jadi x payah la nak tanya, nak cakap nak luahkan...betapa x biasa suami x de, x biasa tidur x de suami, x boeh hidup x de suami. kita sakit hati.
jangankan orang lain heran, kita pun heran kenapa laki kita x suka duduk dekat2, kerja dekat dengan keluarga. jangan kan org lain heran...kita pun heran. kita sesungguhnya..berusaha untuk memahami laki kita. kita percaya dia jujur...kita percaya dia setia...kita kena jujur, kita kena setia. sesungguhnya kita sakit. kita merana. kita teringin nak jadi bini yang normal. 24jam serumah. sumpah!
keadaan kita, hidup kita memang mewah. kita sebut apa aje...laki kita akan berusaha...bagi. apa sahaja...barang kita, ya banyak yg jenama. kita mampu. gaji kita..x guna. cuma bagi mak abah, bayo bil telefon rumah...lain2 suami tanggung. semua.
tu la kalau kita komplen, pasal kita dah bosan hidup macam ni...semua kata kita tak bersyukur. semua orang kata macam tu. tapi...kita rasa, kita perlukan suami bila kita susah. bila kita senang. agaknya sampai bila kita  oleh bertahan??? Bertahanlah demi anak2.

tata









Rabu, 4 Disember 2013

2-12-13 dalam sejarah hidup kita. LASIK.

Assalamualaikum
Alhamdullilah syukur sangat2 kita dh x payah bercermin mata.

LASIK- laser in-situ keratomileusis.

Lama dh teringin nk buat LASIK ni. Dari harga 4k sampai 8k, baru la tercapai. Mula2 tu cari2 kat JB je. Rasanya awal tahun 2013 ni baru serius nk buat. Awal2 g jumpa dr Ezani kat kulai, rupanya dr ezani tukar kanta. Utk pesakit katarak. Kita x layak. Muda katanya. Hohooii. Dr Ezani cadangkan buat LASIK delat KPJ.

Bulan 1, ada meeting add math daerah kat SMK laksamana. Biasa la bual2 bising ngn kawan2 dr sek lain..kak Azlina dari SMK Saujana...buat LASIK dgn Prof Mohaya. Bercerita la dia dgn kita..buat assesment khamis, LASIK jumaat. Best ni, x banyak makan masa. Harga ikut umo..agak2 kertu 35 and above rm7990. Emmm blh ni...

28-12-13 kita g buat assesment kat Prince Court Medical Center. Perghhh gamble tu g sorang2. Tapi x pe...kena jugak buat sebab nk tau boleh ke x mata kita ni kena Laser.....
Bapooook punya lama assesment tu, dari pukul 9am sampai 430pm. Ada 13 steps. Ada banyak mesen. Macam2 mesen. Sampai steps last, misi taruk ubat mata, nak bg Prof check tension mata & glucoma. Perghhh kabur terus mata, walau dh pakai spek.
Prof pun check, mata kita tension tinggi. Sebab nak nangis. Gaduh n sedih ngn laki masa tu. Abis la. Kebetulan jumaat prof x leh buat LASIK sebab nak g kelantan. So kita diminta datang hari isnin 2-12-13. Ok. Ujian tension n glucoma ditangguh. Dan hilmahnya..bayaran kita rm6990. Sebab? Kita x nampak tua. Hahahaha blh gitu?? X la. Prof kata dia x dapat buat hari jumaat..kita datang dr jauh.

So test eye tension n glucoma on monday. Berdebo2 bertingket2. Ya la, x tau blh le x nak LASIK ni.
2-12-13, laki temankan la. bini nk operate la katakan. By the way, kalau prof kata x yah berteman kita x nak susahkan laki. Mata kita kan?? Sendiri pun x pe. Tapi tu la prof kata, x tau kita nanti pas LaSIK tu..blh bukak mata terus or tidak. Sebaiknya ada org temankan. Kita boleh LASIK akhirnya. Prof akan buat vision blend. Sebelah mata rabun dekat, sebelah mata rabun jauh. Ok dengar macam erk??? Blh ke? Jawapannyq boleh. Let's your brain work. Ok tepat jam 11:23 kita masuk eye care. Ready suhaila??? Emmm ya..





































Alhamdullilah. Prosesnya 17minit lebih kurang. Mula2 tu mesen potong kornea. Kejap aje. Dr kata bagus sangat kita ni. Mudah sangat kerja dia. Dia yakin kita org yg baik2...ececeh. Mesen kedua. Laser mata. Macam bau rambut kena bakar. Tapi kita steady je. Walaupun macam nk pengsan terkejut bila api laser tu mancor dlm mata. Huhuhuhu. Subhanallah. Prof kata, bagus sangat. Cooperate sangat bagus. Dia yakin kita berhati bersih. Cewah. Pas siap tu, dia peluk2 kita. Dia minta kita doakan dia.
Kita??? Doakan prof??? Ya suhaila, awak sangat baik hati...eh eh eh. Cam sedih je..cam terharu je. Hihihi. Insyallah kita akan doakan prof semoga terus
Sihat dah dapat berbakti pada sape2 yg nak LASIK. Amin. Amin. Semoga Prof Mohaya terus berjaya dalam kerja berjaya dalam hidup. Dilimpahi rahmat dari Allah, sampai akhir hayat. Amin.

Masa kita tengah LASIK ni, ada rakaman dari TV1 untk rancangan wanita dan kerjaya. Masuk tv1 ko..nantikan rancangannya ya. Tapi fokusnya Prof Mohaya. Kita sebagai org-org je. Hihihihihi.

Dah 3 hari kita lasik. Penglihatan semakin pulih. Double vision makin berkurang. Cuma mata kanan ni, macam ada benda dalam mata. Rupanaya mata kita bengkak sikit. Kena rajin taruk eye drop.



X de perkataan yg boleh kita katakan. Thanks to Prof Mohaya. Sebab sangat2 baik, sangat2 memberi motivasi, sangat memberi aura positif. Thanks to my Laki. En.Ading. Kesian la kat awak..sangkut kat kuantan la pulak sebab banjir. Kerja pun x boleh. Apa pun x boleh.









Banjir di kemaman. Di bukit kuang tempat Ading kerja pun naik air. Kalau kat kuantan surut, balik je la pengerang. Eh. Hihihi

Thanks yg sudi baca.

TaTa.

Posted using BlogPress from my iPhoneVS

Jumaat, 27 Julai 2012

harapan telah berkecai...

Assalamualaikum

ha...ambik update blog pukul 3:41am
Gigih...
terbangun..sebab sakit perut
sakit lain macam
masuk bilik air..
emmmm
senguggut rupanya...
harapan nak puasa penuh di bulan ramadan ni berkecai...
ingat full BF kita x period...
x rupanya...
sama aje macam masa Adibah dan Aiman...
ya...
lepas ni kita akan senggugut lagi..
sampai bila???
sampai monopous la kot...
ok..ok..
nak tungku perut...



TaTa


Khamis, 19 Julai 2012

Silver chain belt from TPJ

Assalamualaikum...
Emmm...dah lama nk buat n3 khas untuk belt ni...tapi asik tertunda aje....ok...hari ni sambil2 nenkan Allieya, kita buat n3 ni..




12/7 tgh hari kita dapat parcel...setelah seminggu di pos oleh TPJ (http://takpeje.blogspot.com/). Biasa la ddk kat ujung semenanjung..kalau pos laju kat tempat lain sehari...kat sini makan hari...hehehe. Teruja sangat nk bukak...hampir2 x sempat snap gambo ni.




Cewah, ni la belt nya. Aduhai....suka . Thanks TPJ(http://takpeje.blogspot.com/). Asal ceritanya, kita komen n3 mama gee( http://ogyscloset.blogspot.com/). Mama gee g blind date ngn TPJ. Mama gee dapat adiah belt ni...kita mmg dh lama cari belt ni, tapi x jumpa. Terus mintak TPJ belikan. Tapi TPJ memang baik hati dia bagi aje sebagai hadiah, walaupun kita x blind date pun ngn dia. Sebagai balasan, kita pun Ada Kirim hadiah tk TPJ. Harab dia suka ngn hadiah dr kita pulak. Sekarang ni TPJ kat Australia... ats urusan kerja. Semoga selamat kembali ke Malaysia.





X kesah la, walau gebu comel..kita ttp pakai belt ni. Pergh ..rasa penuh gaya berpesen taw pakai ini belt. Masa g Jb hari ahad lepas pun, kita pakai. Kesimpulanya..kita suka.

Terima kasih banyak2 TPJ! Semoga perkenalan ini Akan berpanjangan!

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Sg Kapal

Isnin, 16 Julai 2012

certa semalam....

Assalamualaikum....
semalam penuh suka duka....
asalnya nak survey keta....cewah...x agak2 ea.
sepagi pukul 730 dah nyekkan alia, sebab nak kena tinggal ngn nyai...
pump susu....siap2. kul 10 dah gerak....

 cewah....nengok2 Alphard. cantik...besar...macam berkenan.
kami nengok gak Estima, Odessey, Wish, Stream, Inova, Exora, Avanca, Starex dan Velfire....
hehehehehe yang mana jadi pilihan????? mesti la yang mampu dibayo bulan2 dan cukup downpaymentnya....
 sambil2 dating.....
( cam beso no Alphard ni ngn kami yang agak comel2...)


sebenarnya...tujuan ke JB sesorang, x bawak anak...x bawak kawan sebab nak dating. heheheh en.somi turun dari Lumut. hehehehe...tinggal la anak tecik ngan MIL. Nasib mak nak tolong jaga Ingatkan kejap je...tapi.....
Lepas g nengok2 MPV impian...kami g jumpa Stacy... pergi amik barang yang dikirim setelah sebulan lamanya. Adoi....berdebar2. Kata dah ada......hehehehe....apa dia ea....cer teka apa. Eh tak yah teka la...dah tau dah...nampak dah kan...hhihihi cer teka dalamnya apa....



Ni la dia.....dust bag and paper bag dia


cewah....sangat meletop taw...Gucci Soho kale merah lagi ....
suka sangat...tima kasih en. Somi sebab bagi adiah yang sangat best ni....
*mode~~~melompatlompatbintang~~~


Masa last gubal soalan dengan LPM ari tu, ada beli Henbag merah meyala ni kat Kompleks Kenanga. Murah...bila beli banyak...tapi tu la, bila pakai dalam sebulan, henbag tu kopak! seyes kopak. Henbag tu cantik taw, semua kawan puji...tapi tu la..cepat sangat hayatnya inalillah. En.somi tu bukan boleh kalau kita beli menda2 yang ala2. Membazir la katanya. Tu la dia belikan henbag ni, kulit...tahan lama....x kopak...alah membeli menang memakai. ha ya la...asal abang yang beli...kalau kita x cukup duit nak beli yang ciri2 en.somi cakap tu...
lepas gumbira2 dapat henbag idaman setiap wanita tu...nak la balik rumah....tiba2....

 "dam" erk...kuat gila hentaman tu...sampai ke depan kita. patah cerminmata kita, lebam bahu...bleeding lagi. Ayo...lama jugak kita terkesima. baru kita kua keta.


Tu ha...pompuan cina yang langgar kita. dia pun kesian gak...dada terhempap stering...eh bukan stering tu dihempap dia. berbekas tau...cian dia. Tapi keta dia keta lama...agak uzur. Kita kita pun dah lama tapi x uzur. sedih taw sedih....

lepas call2 segala kawan en.somi yang sangat baik2 yang akan menolong apa jua keadaan...hantar keta ke balai, buat report, anto ke larkin amik keta neo, tunggu amoi datang buat report...bla..bla...bla kita smpai rumah pukul 915 malam. mandi2...lum sempat g amik aiman balik rombongan...aiman dah balik...Cikgu Sonita tolong. Ni lagi satu makhluk Allah yang akan menolong kita, mendengar keluh kesah kita bila kita susah. Terima kasih ALLAH. kita ada ramai kawan yang baik2....

tu la cetanya....semalam 16/7/2012....dalam sejarah.

TaTa

Ahad, 15 Julai 2012

Kena sodok.....

Assalamualaikum

Gamam, terkejut, sedih...




My V6 kena sodok dr belakang oleh kereta proton lama JEC1006.


- Posted using BlogPress from my iPad

Selasa, 3 Julai 2012

Fully BF

Assalamualaikum
.....rasa nk kongsi cerita pasal BF. Em-em..Bukan boy friend, Bukan jugak best friend ....tapi Breast Feeding.




Gajet yang agak canggih. Free Style Pump Tajuk Madela.

BF utk Allieya x semudah BF utk Adibah n Aiman. Walau masa Adibah guna pump rm10 je. Emmm yg macam pon pon ais kerim tu... Ingat lagi, bila pump..punya la sakit. Syukur, Adibah menyusu sampai umur 3 tahun. Stop bila dh peknenkan Aiman. Masa Aiman...dh mudah sikit, kawan bg pinjam pump pureen yg bateri. Tetap sakit. Tapi ok la. Dapat Aiman menyusu Agak lama, 5 taun. Stop sebab air susu dh jadi air jarang Aiman cakap. Banyak susu masa 2 orang ni. Memang melimpah2. Rezeki betul. Syukur.

Ya...Kali ni, kita bermodal besar beli pump yg tak sakit. Bila survey, Madela yang terbaik. Disebabkan kita punya pengalaman lampau, susu memang byk...kita pilih yg Free Style. Kira x membazir kot. Tapi, kita punya susu Kali ni x banyak. Mula la pk...kenapa? Kenapa? Dah tua ke? Salah teknik ke? Memang la kekok sikit mula tu, tapi memang heran. Kalau sekali pump tu, cuma dapat 3 oz. sehari 3 Kali pump baru dapat 9 oz. Dulu2 lebih Dari ni.

Mula la kita study pasal BF. Baca segala blog yg bincang pasal BF. EBM Dan bagai2. Beli milk buster lagi. Tapi sampai ke Sudah x dapat....kena tipu gamaknya. Semata2 nk banyakkan susu. Sampai la kita baca satu blog ni, kepunyaan Rai. Apa tah tajuknya. Dia bg tau, lepas susu baby, terus pumpkan. Kalau baby hisap belah kiri...pumpkan belah kiri. Sampai titisan terakhir. Istilahnya double pump. Nampaknya berhasil. Dalam masa seminggu, production kita dh bertambah. Dari 9oz kepada 15oz. Syukur. X payah makan milk buster..eh..x de pun dapat. Sapan duit kita rm70. Barang x sampai.

Sekarang, alhamdullilah Allieya dah dapat isap nyek dengan puas...betul la Rai kata, BF ni kena yakin Dan percaya nikmat Dan rezeki dari Allah. Hari ni x de, belum tentu sampai bila2 tak de. Kena kuat semangat. Stock EBM Allieya dah kena mula buat, Bukan lama sangat 3 bulan ni, kejap lagi pun puasa. Inshallah, semoga dipermudahkan Allah.





"Ya Allah murahkan la rezeki Allieya Aqila... Semoga dapat fully BF selama 2 tahun atau lebih." Amin.

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 28 Jun 2012

Turun gak berat badan...

Assalamualaikum
Selamat malam...dah makan? Lum? Diet ea??? Tahniah! Hihihihi.
Hari ni genap Allieya sebulan. Jadi kena bawak Allieya ke KD Sg Kapal untuk enjek Hep B dos 2. Ukur panjang, timbang...naik la sikit. Panjang pun tambah seinci....perkembangan baik. Full breastmilk. Syukur.




Sebenarnya tadi...kita pun Misi check2 gak...
Check air kencing...ok. Check HB..15.2. Bagus gak...check BP..110/60. Pun bagus...

Jeng jeng... Timbang....yeah yeah..turun. Turun la sikit berat dari nak bersalin ari tu. Masa nak operate tu, timbang 87kg. Mak ai...nak nanges kalau ingat2...macamana nak ringan sikit ni. Ikut pengalaman, pas bersalin hilang berat dalam 7kg gitu. Mak!!! 80kg ko....Adoi.....
Tapi tadi timbang 72kg...fuhhhh....agak banyak gak hilang beratnya, 15kg jugak dalam masa sebulan....

Chaiyo Suhaila!!! Ada lagi 2 bulan untuk lebih kecik. Ternyiang2 kata2 cikgu sonita..." eh.."gundu"..udah2 la tu, x bosan ke jadi gemuk"
Jaga ko cikgu sonita...kang tetuka la..cikgu rahimah vs cikgu suhaila. Hahahaha tak agak2 Berangan.

Gundu=gemuk dlm bahasa India....

Tata



- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Sg Kapal

Selasa, 26 Jun 2012

Segment Mak Dara

Assalamualaikum...
Sesungguhnya..kita tak pernah join apa2 segment atau giveaway blog. Bukan nyombong...tapi tak faham. Seyes. Walau malu nak Ngaku...tapi kita memang tak reti. Opss...Ada sekali join Giveaway dr blog TTM...sampai ke Sudah....empuya log x reply apa2...kihkihkih...kita anggap kita x ikut peraturan la tu...

Tapi Kali ni...kita berjaya! Yeay.....Malahan...mak Dara sendiri jengah blog kita..




Thanks a million mak Dara....
Terharu...sebab dah pandai sikit....

Malam ni...sementara si kecik x mo tido, sambil2 nyekkan baby....kita blogwaking...

Chaiyok!!!

TaTa

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Sg Kapal

Ahad, 14 Ogos 2011

Sepi

Assalamualaikum

Kini hati saya sunyi n sepi
Hati saya telah tiada apa2..
Ia kosong....

Tata


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 10 Jun 2011

Dah selamat sampai

Assalamualaikum..
Alhamdullilah, perjalanan Dari putrajaya ke kg sg kapal..x de aral Dan rintangan. Syukur. Kami bertolak pukul 10.30 pagi Dari rumah baru kak long kat persint 9, sampai rumah pukul 2.41 ptg. Lenin kurang 4 jam 13 minit. Non stop. Ehh Ada stop kat petronas macap tk isi minyak. Nasib anak2 tido sepanjang jalan. Jadi x de la agenda makan2 ngabiskan duit. Kih kih kih. Dasar kedekut punya mak!

Balik2 je trs basuh baju. Nyapu. Ngemas Dan setting iPad. Perghh letih. Yang palingenesis best bila... Rupa2nya MIL dah basuh n gosok baju sekolah anak2. Thanks mak! Entah mcmana la kehidupan kami Tanpa mak sebulan ni. Semoga sukses!!

Ok la... Nak blogwalking guns ipad2 nih. Beso tul dia Nyerere skrin..

Tata

Khamis, 21 April 2011

Jatuh tangga...

Assalamualaikum
Pagi ni..kita blur. Adik kita yg kat bpahat cakap mak masuk
Spital. Tapi x cakap keadaan mak camana. Kita takut sangat sampai nanges. Abah kata datang aje batu pahat tgk mak. Kita takut nk mintak cuti. Seyes. Takut.
Pas kita dh cakap ngn nadrah ( thanks dear) baru kita call pk1. Masa tu dh nanges dah. Masa nk jumpa pk1 tu kita terpelecuk kat tangga. Sebab x nampak..kita nanges. Tergolek 4 mata tangga. Masa tu boleh bangun lagi. Tapi kaki sakit dan peranakkan pn sakit. Tahan.
Pas balik rmh..siap2 nk g bpahat. Kaki denyut. Jalan encut2. Tahan. Kita bawak keta slow... Kul 1.20 kita bertolak..kul 530 baru sampai. Sebab?? Sakit.
Sampai spital...encut2 dan sakit sangat. Nasib misi tanya...terus dia bandage sbb kaki dh bengkak. Sabo je la..



Emmmm....dah 2 kali jatuh kat sekolah. X pe la...buat penghapus dosa.



Aiman n adibah...cari bilik mak tok...mama??? Macam nk pakai welchar aje...sakit.

Tata.
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kluang,Seri Gading,Malaysia

Selasa, 29 Mac 2011

Lama dh x dengar suara...

Assalamualaikum..
Selamat malam. Kita doakan siapa pn yang singgah blog kita ini..dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki. Amin.
Kita tengah meroyan rindu...rindu nk merengek2 ngadu ngn asben pasal kat sekolah, pasal anak2...pasal buah durian, pasal lara, pasal ikan...semuanya kat telepon. Tapi dh masuk 2 hari 2 malam asben x dapat call kita. Nak dengar suara. Rindu.
Mak mertua pn dh 4 hari melancung ke bukit tinggi. Mak...kita rindu. Betul la kata cikgu aishah...kita blh tahan rindu kat asben sebab muka mak mertua sama mcm muka asben. Betul la. Bila mak x de...lain sangat rasa rindu kat asben. Macam nak nanges!
Dah 2 hari kita urus anak2 sendiri waktu pagi. Buat sarapan. Sediakan bekal ke sekolah. Anak2 style x mo rebut2 beli food kat kantin...makan tgh pulak nasib abah bagi pinjam mak. He he he. Boleh la mak tgu adibah n aiman balik sekolah selain tolong masak tgh. Alhamdullilah. Allah sentiasa menolong kita, mempermudahkan urusan kita.
Cuma kita rasa kurang sangat bila x dengar suara asben. Sebelum ni..hari2 asben call..sehari 2 kali sekurangnya. Gila punya rindu....

Tata...


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Khamis, 24 Mac 2011

emmm...mungkin macam ni...kenapa ayam naik harga

assalamualaikum...
sejak2 tsunami kat jepun ni...macam2 spekulasi datang, cerita2 org pasal harga barang ..lebih2 harga ayam. Ada dalam facebook...blog...orang marah pasal harga ayam naik...HARGA TSUNAMI.
Ada pulak cakap2..jepun yang mengalami tsunami nape harga barang kat malaysia naik??? sebagai pengguna..kita jugak terpikir.
Mungkin macam ni...kita terpikir...atau orang lain juga pikir..atau memang macam ni...Semua ada tahu bahawa kesan radiasi sekarang diperkatakan. Radiasi daripada logan uranium yang sangat x stabil yang duduk dalam kumpulan 1 dalam jadual berkala...yang sangat suka2 membelah nukleusnya..sehinggakan menghasilkan sinar alfa, sinar gamma dan sinar beta yang sangan merbahaya tetapi sangat berguna dalam pelbagai bidang. Wah...bila cikgu kimia cerita...maka, kalau di jepun yang sudah pastinya sektor perikanan yang paling sangat utama bagi negaranya. Tentu ikan2 sekalian terkesan dengan sinaran2 ini. Ini pasti betul. fakta. Maka, sudah tentu manusia2 di Malysia, sangat selective dengan pemakanan. Ikan x mo makan. Makan ayam.
Semua orang nak makan ayam. Selamat. KFC penuh. McD penuh. Pizza penuh. Pasar pulak kat kedai orang jual ayam pun penuh. Meh belajo ekonomi...permintaan tinggi bagi barang tersebut, harga akan naik. " teori secawan kopi"
sebab tu la jangan main cakap je...cuba pikir2kan. kenapa harga ayam naik...mungkin juga...

" kita bukan penjual ayam...."

tata...

Jumaat, 11 Mac 2011

Hehehehe...bahagianya Cuti...

Assalamualaikum...
Tengah layan ceta hindi ke?? Mak dh lama tinggal..x mo dh layan. Penat koo... Sekarang ni asik le layan ceta antu mak limah balik umah...kihkihkih...seronok betul. Semua kelako. Ari ni kan start cuti sekolah..
Ari ni tekak mak..tekak org putih..



Tu dia...garlic bread mix prawn ngn potato salad. Kenyang gile. Preparation??? Senang sangat! Cepat je kita masak. Dah siap.
Pas tu..kita pn bt la baju ni.




Baju kurung pesak gantung you! Siap dh batik rasmi SMKTD 2011. he he he...jangan marah ya kengkawan kat sekolah. Baju ni shantex sangat. Tak tahan nak menjaetnya. Malam tadi mak tolong potong. Tu la siap cepat. X kira la ...ada yg kata kale paddlepop la ...belang2...cuba buat dulu..nengok shantex ke x? Yang penting ceria SMKTD! Baru semangat.
Ok la ni nak post resepi kek baldu merah...ada orang dh asik call je...inbox je..pm je..



Sebelum tu..thanks kepada kakninasurya...dr blog jariamaiku.

Bahan
5 biji telur
250g butter
3 cwn tepung naik sendiri
2 cwn gula castor
4 sudu makan pewarna merah
1 cwn buttetmilk ( 1 cwn susu segar + 1 sudu cuka biakan 10 min)
1 sudu teh garam
1 sudu bikabornat
1 sudu cuka

Cara
Panaskan oven
Ayak bahan kering dan ketepikan
Pukul butter, gula sampai sebati
Masukkan telo 1, 1sampai 5 biji
Dengan speed slow sampai sebati
Masukkan tepung berselang ngn buttermilk pukul sampai ringan
Masukkan garam pukul sampai kembang n ringan
Matikan mesen dan masukkan sodabikabonat yg dicampur ngn cuka dan kaupbalikkan.
Bakar dalam loyang. Selama 40 min.sejukkan dan potong 3 keknya.

Topping
250g creme chesee
250g mascarpone
Dipukul sampai kembang. Masukkan 125g gula kastor. Pukul lagi. Masukkan whipping creme 1 cwn. Masukkan sikit2. Pukul sampai gebu.

Hiaskan kek.

Selamat berjaya.
Thanks a million to KakMon dr brunai.

Tata.







- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia