Memaparkan catatan dengan label resepi-ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi-ku. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

orang dahlia...kita pun dahlia jugak...

assalamualaikum

selamat petang...
dah plan nak masak apa?
kita...anak2 nsk makan buger for buka puasa
semua barang dah ready...
tinggal buat aje.

sementara petang sikit...
kita nak tayang sekut raya kita...
sibuk sana sini blog masakan
tayang sekut dahlia...
cewah...kita pun feeling mcam boleh buat
Baby AA tido,
kita godek la dapo...
tara.....

hasilnya.
 boleh la...cuma x puas hati ngn biji tu...kita nk taruk ceri merah.
Abang AA nak taruk manik ni...
pas tu ada 3 dulang hangit.
sebab Baby AA nak nen...mintak mak tlg jaga..
emmm...mak khusuk jaet.
ya hangus....
 setupperware ok..setupperware lagi kale coklat2.
boleh la...buat ada2.

Baby AA.
kalau tido cengini boleh la mama buat sekut lagi...
hari ni nak buat sekut donut
permintaan Abang AA.

emmm...
hari senin kita buat sekut suji kristal ball
harem....
entah kenapa, melepek semua...x de langsung ciri2 ball.
nyampah...
nak buat lagi la...x puas hati sekut tu x jadi...

dah banyak ke sekut raya keawn2

TATA.....
 

Isnin, 6 Ogos 2012

Gigih gentel kuih raya...

Assalamualaikum

selamat sejahtera.
puasa ke?
kita? nan hado....
masak ko nak ganti puasa.

dah terlanjur x puasa
kita buat kuih raya
Biskut Coklat Cip

gigih ko..
ngn anak kecik'sambil nen
sambil gentel
coklat cip
 Resepi? melambak dalam FB. tapi kita amik kat GTPM.
tak pasan pulak dari sape...
Buat 2 adunan. 1 telap dah selamat dimakan oleh aiman and adibah.
1 lagi telap mak mos dah nyorokan.
buat raya..


 Malam ni, ingat nak buat kuih sugi eh suji ea
ha...Suji Kristal
amik resepi kat GTPM jugak...


( kita seyes x suka sangat kuih beli.....rasa madang sama.)

Tata

Isnin, 2 Julai 2012

Sebelum ianya expired....

Assalamualaikum

Sihat ke? Alhamdullilah.
Kita pun dh semakin sihat. Luka operation ni, Nampaknya dah kering.
Rasa Ngilu tu, biasa la...kadang2 dia datang.
2 hari lepas..hari sabtu, kita nyibuk2 ngemas kat peti ais.
Ehhh...jumpa cheese. Balance masa bt Tiramitsu in the jar...cikgu Adibah n Aman masa hari guru.
Belek2.. Haisss... Dh nak expired ni...
Kita transform that cheese into this on Saturday ..





Chilled blueberry cheesecake. Amik resepi Dari blog kak fauziah@ kak gee- www.dapurkakjee.com
Lain sikit resepi ni, sebab kak gee x guna double creame. Tapi guna susu cair dlm tin tu.
Meh semak resepi kak gee

Chilled cheese cake

Cheese cake.
250 g creame cheese
1 tin susu cair ( sejukkan 2 jam dlm peti ais )
125g gula castor
3 sudu besar halal gel
200ml air panas
1sudu kecik parutan kulit lemon
50ml jus lemon

Base.
200g biskut lemak...eh..krim kraker.
11g mentega cair
Hancurkan biskut Dan campurkan dgn mentega.
Ratakan dalam loyang.
Sejukkan dlm peti ais

Cara2.
Pukul creme cheese Dan gula castor sampai gebu.
Pukul susu cair sampai kembang blh krg 2x ganda ( kita buat x jadi kembang pun..musykil sangat )
Gelatin dilarutkan dlm air panas. Sejukkan.
Masukkan cheese ke dalam susu yg dh kembang tadi. Gaul rata.
Masukkan parutan kulit lemon, jus lemon Dan larutan jelatin tadi.
Gaul sebati.

Tuang dalam loyang yang Ada base tadi.
Sejukkan dalam peti ais semalaman.

Terima kasih kak gee. Idea guna susu cair tu sangat mengembirakan. Bukan apa..kita ni ddk kg Sg Kapal. X de jualnya double creme tu....
Ngeh!

Semalam...kita buat ni pulak..





Tiramitsu cake...abis dah stock creme cheese kita.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Sg Kapal

Rabu, 23 Mei 2012

Jaet2 dan Masak2

Assalamualaikum...
Selamat pagi. Kita hari ni masih MC. Dr kata rehat..kompol tenaga utk bersalin. Maklum la dh agak berusia. 38! Hehehehe...dekat2 40 sen kata adik bujang kita.

Semalam pas g kelinik, berkobar2 nk join cook along GTPM kat facebook. Cabarannya ialah meroti! Nengok kawan2 post roti yg memacam...teringat BM. Dah lama x kerah tenaga dia nguli roti.

Dah abis penat menunggu giliran kat kelinik kita sambil2 menjaet. Anak dara kita Adibah Aqila dh tanya..adiah hari guru utk guru kelas dia. Kita janji nk buat pensil case. Ya la ya la mama gigih menjaet ni..




Pink polka dot lagi...suka la adibah. Siap dh hadiah tk cikgu dia. Syok tu bila
Dh pandai attach zip.

Siap jek pensil case kita ke dapo...siapkan bahan2 nk meroti...hajat hati nak buat roti kentang. Jalan2 blog CMG- Tiffin Biru. Ha-a. Jumpa resepi roti kentang!
Timbang2..sedia2 bahan...tuang2 dlm BM. Start.





Entah kenapa kita punya custart x jadi meleleh. X pekat. Ahhh ada je yg sabotaj.

Tapi menjadi rotinya. Lembut sangat....makan malam2 cicah ngn air kopi. Perghh MIL kata " berbaloi2 bt kecah kat dapo" huhuhu...
Asben senyum je..bukan reti nak kata sedap! Saja la tu nyakat kita.
Adibah makan paling banyak. Aiman??... Dah tido.

Hari ni, aiman nk mintak kita buat kek batik. "Sebelum mama kuakan baby..mama kena bt kek biskut dulu ea..."

"Ya la anak..." mama buat hari ni sebab esok kena g HSI dah...tetiba baby nendang! Harap2 27/5 baby kua ya..

Tata...

- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4
Location:Malaysia

Khamis, 1 Mac 2012

Talam Roti Paun Tanpa Gula????

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia. Selamat petang. Dah makan kudapan ke petang ni? Dah? Erkkk syukur alhamdullilah. Kita makan kuih talam roti paun tanpa gula. Kelass ken??
Kita dah lama tengok resepi ni kat blog kak Azlita masam manis. Tapi baru semalam Ustz madir bagi roti...ada cerita tu...kihkihkih. Satu pengerang nak jaga kita. Sampaikan cina jual roti pun x bagi kita beli roti choco n butterscotch sbb kita diabetic. Ngeh!



Tak la secantik kuih kak Ita masam manis. Tapi boleh la buat yg sangat amatur. Cewah..,

Kuih ni lembut dan sedap. Tak caya? Cuba la...

Resepi:

Lapisan bawah
7 keping roti ( kita tiru kak ita guna 3kpg roti choco raisin dan 4 kpg roti butterscotch.
100ml susu cair - spatutnya santan pekat
125ml air
1 biji telur
Sikit garam
Sikit esen vanila
* pukul semua bahan dan rendamkan roti yg dipotong2 dadu. Bila dah kembang, kukus 25 minit*

Lapis tengah
1/4 cwn tpg gandum
100 ml susu cair
100ml air
1/4 gula pasir - kita x taruk sbb??? Diabetic waaaa
1 biji telur
Sikit garam
Sikit esen
Sikit perasa pandan dan pewarna hijau.
* pukul semua sampai sebati, tapis dan masakkan atas api kecik sampai berwap. Jangan sampai pekat, kata kak ita sampai mcm kepekatan susu pekat ( kita fail )
Tuangkan atas roti yg dikukus tadi, sebelum tu, garit2 kan atas permukaan roti dgn garfu. Kukus lagi 25 minit.

Lapisan atas
1/4 tepung kastart
1/4 gula pasir - emm x letak
2 biji telur
100ml susu cair
100ml air
Sikit garam
Sikit pewarna kuning
Sikit esen vanila
* pukul semua bahan sampai sebati dan tapis. Masak atas api kecik sampai kua wap. Kepekatan susu pekat. Tuang atas lapisan tengah yg tlh dikukus 25 minit tadi. Garit2 dgn garfu atas lapisan tgh. Kukus lagi 30 minit.

*** balut penutup kukusan dgn kain@ aluminium foil@ bukak setiap 5 minit utk lap penutup kukusan.**** ( nasihat kak ita )

Lagi satu loyang tu oleskan ngn minyak masak, taruk plastik dan oleskn juga minyak atas plastik.

Terima kasih pada kak Azlita masam manis..pertama kali kita buat kuih talam sebab terpesona ngn presentation kak Azlita. G la blog kak ita, kita gerenti meleleh air liur...



Selamat mencuba ya....insyallah puas hati.

TaTa.
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 25 Februari 2012

Dah siap...

Assalamualaikum...
Selamat malam. Dah nak tido ke? Kita x tido lagi...teringat janji kat Adibah nak buatkan puding roti. Kalau anak2 nak makan ni kena la buat.



Hari jumaat tu, kat sekolah ada port luck. Kita buat puding roti ni. Derang makan sikit aje. Tu yang janji ari ni nak buat lagi. Emm x de seni langsung gambo ni...asal snap je. He he

Oh ada satu lagi yg dh siap tau..yang ni projek lama. Setahun. Mula2 nak buat lain..pas tu jadi lain.



Baby quilt, untuk baby la...comel kan? Ada sejarah love2 ni. Cikgu2 SMKTD tau la...pas kejadian tu...stop terus buat applique ni. Serik!



Asal usul nak buat blanket adibah. Tapi x cukup panjang. Peknen pulak...hai jadi baby dia punya la....nasib dia x ungkit. Nanti la kita nk buat putih merah tuk adibah....biru putih tuk aiman. Tapi nak kena g Cottage patch beli kain dulu...

Kita buat mesin quilt je. Lagipun ada walking foot yg beli ngn Zila Kasim. Senang je guna ngn Bernina 82e kita. Mantap! Cewah! Terima kasih la Zila Kasim! Juga kawan2 dlm group 1 Hari 1 Produk yg sentiasa memberi semangat!!!


TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 22 Januari 2012

Creame Puff atas permintaan...

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Cina kepada semua....motif?? Kan semua bercuti, termasuklah golongan cikgu kan. Seminggu lagi cuti bergantinya. Heh...suka cuti, tak suka ganti!

Semalam, kita dengan yakin buat creame Puff. Padan la muka, berjanji sangat kan...janji dengan cikgu Intan. Bila kita SMS nak buat creame puff tk family day Chamek Kopitiam..secepat kilat ko dia reply. Setuju.

Mak ai, penat seh, maklum la dh lama x memasak. Lama sesangat. Lebih kurang 5 bulan. Selama Preggy ni, kita x lalu nk g dapo gamaknya. Ha padan muka. Nak pitam siap kan creame puff. Mula masak pukul 4 ptg, siap dalam pukul 730 mlm. Pergghhh...penat. Tapi bila habis di makan, hilangkan penat. Alhamdullah.







Balance semalam, untuk anak2 kita filling kan coklat. Suka la derang, isikan coklat. Lagi sedap. Coklatnya kena lembik2 sikit baru sedap. Kita makan sebutir je. Buat ubat je. Ya la, penat nak jaga makan bila diabetic ni. Semua x boleh. Kadang2 kita fed up! Ya Allah....berikanlah kekuatan. Ehhh....melalut la pulak. Abaikan keluh Kesah tersebut.

Apapun, thanks kepada Ahli2 keluarga Chamek Bandar Baru Uda, sudi makan creame puff kita. Walaupun chef. Cuma sorang je yang x rasa...Moksin. Sebab, x minum susu. Sabo je la. Thanks jugak sebab semalam ayam bakarnya yang mantap! Sedap habis. Burung puyuh pun sedap....

Kepada sesiapa yang jejalan ke Angsana, sila la ke Chamek Bandar Baru Uda. Menunya sama ngn mana2 Chamek Kopitiam....cuma kopi aisnya yang sedap.

TaTa.









- Posted using BlogPress from Sue iPad

Sabtu, 22 Januari 2011

Masakan menanthu cik mos..

Assalamualaikum
Salam tengahari..
Kita dh siap masak...alah masak biasa2 je. Tak leh lawan masakan mak la. Tapi bak kata mak..dah lapo sedap je la. Perhgggh statment x leh handle taw!! Pas tu mak kata nk makan tggu betul2 lapo...ish ish ish...nasib baik fakta. Ngee
Meh nengok kita masak apa tgh ni..



Ikan susu masak lemak cili padi. Ni versi rebus je. Blend cili padi dan kunyit hidup. Masukkan dlm peok..rebus kejap pas tu masukkan susu ideal 1/4 tin dan tambahkan air pns. Tambah garam gula dan masukkan ikan susu tadi. Didihkan dan idang.



Sawi jepun celur. Celur sawi. Cincang bawang putih, panaskan air sikit mskkn bwg pth tadi dah agak2 bau masukkan udang n sos tiram tgu pekat pas tu siram atas sawi jepun.



Sambal tumis mak...cara2nya...ngee x tau. Yang penting sedap gile!!

Tak lupa sarapan pagi tadi..



Beger lagi. Request anak2...nasib semalam ada balen sebuku roti n daging. Thanks to BM. Kih kih kih

Tata...
-Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 9 Januari 2011

Mama!!! Nak Makan Roti Canai!!!

Assalamualaikum...
N3 patutnya di post pagi tadi..
tapi kita sibuk menaip RPT Kimia Tingkatan 4...ingat x kena ngaja kimia...
sekali kena lagi. Tak pe...kita dah mantap!!! wakakak. TIPU.
kekadang terpikir...alangkah senangnya njago sek rendah...MUZIK.
Gaji 4k...ngajo MUZIK. heaven Gila.
" Mama nak makan roti canai""
ya ya ya berbalik kepada tajuk n3....

Malam semalam kita dan anak2 main tepung...
" Mama nak buat Roti Canai...suka x?"
" suka 1000x"

Proses pengulian di lakukan oleh Mesen BM..
Tapi tu la...tang gentel mesen x leh buat...
lagu haru...gentelnya kecik2 sangat.
( pss: nampak x gelang jade tu...dah 5 taun tersekat kat situ...macam2 usaha dah buat nk tanggalkan dia...kecuali potong tangan dan patahkan jade...anak2 kata kena kuruskan badan...ish x releven kan??)













pagi2 tadi dah boleh makan dah roti canainya...

Disebabkan oleh gentelannya kecik...maka roti canai yang terhasil adalah cumils sekali..
but but  but....rasanya sodap.
Mak Mertua pn kata sedap....ecehceh padahal mak bersyukur buat pertama kalinya menantu ni buat sarapan....
ngeee....lain kali su buat sarapan lagi ea mak...












resepi asal biasa la dari mak mertua...cuma kita guna BM buat adun.
tepung gandum 3 cawan...air garam sikit, susu pekat manis 2 camca, air sejuk 1 cawan...
boh dalam BM......

Jumaat, 7 Januari 2011

Happy birthday to CMG

Assalamualaikum
Hari ni nk ucap happy birthday pada CMG dari blog tiffinbiru.
Kita x kenal CMG ni...
Tapi hari hari ya hari hari kita bukak blog dia..
Nengok makanan yg lazat dan cantik2.
Nak nyayi la...
" happy besday to u..happy besday to CMG..heppy besday to u"
Kita nk bagi kek ni...
TATA

Khamis, 30 Disember 2010

Aiskerim Strawberi...request!!!!!

Assalamualaikum
selamat pagi...
hari ni kan cuti...maka dapat la buat n3 pepagi...
sebab lepas ni nak g JJ bUkit Indah lor..
nak bali skin care....
he he he jauh kan ? jauh kan?
tapi nadrah n sonita pun ada ikut  sekali...
ehhh nak cerita pasal ais kerim la...
kawan kita Wendy request dia pua resepi...
pape hal pun kita nengok dulu ropanya..

Aie kerim stoberi...
buatan sendiri...
( Aiman tabur Milo atasnya...)

Aiskerim ni cepat cair sikit la MUNGKIN sebab TAK de bahan pengawit. Kalau TAK de bahan pengawit tu kira macam selamat la di makan.
tapi betul rasanya sangat sedap sedap sedap...
he he he perasan ek?
tapi cuba la try...
( Resepi asal amik kat blog HANA tapi kite bagi ote sikit...)

bahan2:

450g coffemate
1000ml susu perasa stoberi
2 inci agar + sikit air ( paras2 je)
1/2 cawan gula pasir ( 8 sudu besar je..kalau sayang diri..ngee)

cara2.

cairkan / larutkan agar2
masukkan susu
masukkan coffemate
masukkan gula
pukul guna mixer  rotan sampai kembang
pas tu simpan dalam peti ais bahagian beku ea...selama 3-2 jam
lepas tu
pukul lagi sampai kembang setaman gebu sekali lagi
simpan lagi 3/4 jam
pukul lagi sampai kembang
masukkan dalam bekas ais kerim yg walls tu...ala yg biru tu..
( yang beli sie kerim percuma bekas tu..ngeee)
tunggu semalaman
dah siang...baru boleh dimakan...

Ha??? lama??? memang la lama....
x boleh buat depan anak2
kena buat sorok2..
kalau x sekali pukul tu dia orang dan nak minum milk shake la...apa la...
so buat la malam2...
bila derang tengah galit nengok tv...main game...or tido...or belum bangun tido...
baru boleh selamat...
lebin kurang 2 hari jugak la...

tapi seyes ni...MIL kata
" emm sedap la su...macam beli kat kedai"
tu yang x boleh handle tu...
kembang je idong...

thanks kepada HANA yang kat Jepun tu...

ok la ek.
tata...



Selasa, 12 Oktober 2010

Carrot cake again!!

emm...anak dara kita memang dah pandai mintak makan yang macam2...nak makan trifle la...nak makan puding la dan ari ni dia nak makan carrot cake. Sebagai mama yg dah bawak anak pindah dari bandar ke kampung....kena la buatkan nak bagi dia makan. Kalau dolu2 leh aje bawak g Jusco makan carrot cake kat SR....sekarang? Nan ado...kena la main masak2 kat dapur...
tadi dia makan masa balik dari sek agama....panas2 lagi....suka dia. Mama pun suka la kan? emm esok dia request nak bagi cikgu dan kawan2 dia rasa.....bangga seh mama....


nak hias2 ngn krim...tapi MIL x suka.
 Kesian dia nanti x makan
botak je la....

carrot cake panas
minum ngn air teh "BOH"
memang ummph.....

 Ni la anak dara kita...
ADIBAH AQILA..
yang dah pandai oder macam2....
meh kita chek dia punya resepi...
Bahan A
3 cawan carrot parut
1 cawan kelapa kering
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan walnut
1 tbs bicabornat
1 cawan gula merah halus
3 cawan minyak masak
semua bahan di gaul rata dan tambahkan 3 cawan minyak masak....

Bahan B
7 biji telur gred A
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
2 tbs ovelatte
dipukul sehingga sebati
masukkan separuh adunan bahan yang dipukul ke dalam bahagian A. kaup balik kan adunan...dah rata masukkan semua dalam adunan. Masukkan dalam loyang yg telah dilenserkan ngn mentega dan dipreheat 180 degree. Masak selama 1 jam. ( loyang putih tau...kalau loyang itam...turunkan suhu kpd 150 degree...

selamat mencuba....( thanks kepada kakMON brunai yang bagi resepi)

Jumaat, 8 Oktober 2010

Stoberi trifle....

Selamat pagi.....waa ari ni ari sabtu dan x de xtvt apa2 kat sekolah....saya amat suke...
tapi tiba2 dapat msg membosankan berkenaan kerja kat sekolah...hey! boleh x jangan ganggu bila cuti2 ni. Kalau msg pasal kelas ke p&P ke ok la gak! ni pasal kerja2 tambahan kat sekolah...eee kalau tau dulu2 amik je course kerani..eh x de la kat U course macam tu...ala bia la...nanti isnin kita buat la...

ni la ada ceta best nak kongsi....he he he . Semalam kita buat stoberi triffle....emmm sedap. Seyes ni memang sedap. Tak caya? tanya aiman n adibah....konon2 bagi student yang raya makan...tapi dah tdo balik sekolah...nan ado la derang dapat rasa....pas tu ada jugak la yng tanya resepi via FB...ok2 kita bagi ea...sebelum tu meh tengok  rupa trifle kite


ni la dia....yang nampak sedap tu dia nyer stoberi je....
tapi kadang2 kita ganti ngn anggur je...sebab kat rengit ni buah org putih tu je yang ada. Ari kamis tu ari g meronggeng kat JJ tebrau maka dapat la stoberi ni...ok2 STOP















Stoberi Trifle

bahan2
1 tin susu cair
1tin air
1/2 tin gula..( nak manis tambah lagi...nak x manais kurangkan lagi....)
2 sudu tepung kastard dibancuh ngn air
jem stoberi ( agak2 cukup )
250g fresh creame
kek sponge...dipotong dadu anggaran penuh caserol tu.
buah stoberi ( agak2 la jugak...)

cara..
susun kek sponge kat dasar caserol...dan sapu jem.
susu cair, air dan gula  dididihkan dan masukkan tepung kastard dan kacau sampai pekat. sejukkan
pukul fresh cream sampai kembang....
bila kastard dan sejuk...tuang atas kek tadi separuh aje. simpan separuh untuk lapisan seterusnya.
dan sapukan fresh creame atas kastard pun separuh jugak...separuh lagi untuk lapisan seterusnya.
susun stoberi atas fresh creame tadi....
tuangkan baki kastard atas stoberi dan sapu baki fresh creame tadi dan susun buah stoberi lagi...
ha simpan dulu semalaman dalam peti ais....
esok baru leh makan....

selamat mencuba....

Ahad, 14 Februari 2010

fruit tart

kali ni kena wat fruit tart pulak gara2 Ju mengidam nak makan cheese tart tapi hari ni kan raya cina, mana nak beli white coklat dengan tantura cheese.???...alamak kan akk ni ddk kat sg kapal...mana ada barang tu walaupun bukan raya cina...hampeh. Tapi ni dasar kakak baik hati, watkan la fruit tart. Nasib dia x byk komplen...wei ju,,berani nak komplen.

FRUIT TART









Tartlet:

tepung gandum

gula ising

butter

susu cair

telur

esen vanila










Custart:


2 kuning terlir
esen vanilla
tepung custart
gula
air
susu cair















dah siap.....
fruit tartnya...
aiman kata sedap
dbah kata sedap
mak kata sedap....
he he he he















Nak bawak balik semencu....
Nak bagi mak n abah rasa
nak bagi puji rasa
nak bagi ibu mengandung makan.......

Nah makan...

Sabtu, 23 Januari 2010

Kek Lapis Asam Manis Kak Miah

Aktiviti ketika stress SMM...membuat kek lapis asam manis...
sikit aje leh shoot ganbo...bateri camera kong.
Boleh tahan dia punya renyah...
pas bakar...susun asam....tekan....bakar lagik...berlapis2...
ada jugak 2 layer kek...baru taruk ngan lapis asam...kira dah penat gila la tu...
hahahah....

Acara menekan...

Menyusun asam....pakai loyang aje..rupa2nya saya x ada loyang kek


Dah siap..tgl nak terbalikkan aje....



Dah boleh di makan...
biasala hidangan untuk Mak Mertua....
Mak kata " Jadi su....selalu mak makan yg kukus....ni bakar pulak"
sambil saya membaca semula resepi " Ea...ya la mak...kukus....kita bakar"
Apa pun....kira hantam aje la....


Rabu, 9 Disember 2009

Ais Kerim Coklat....

Xtvt apa hari ni? Kwang kwang kwang.... hari ni buat ais kerim dan kek keju...
Resepi ini daripada pesakit Kak Long di Hospital Putrajaya....
Resepi Ais kerim ni memang jadi ...

Ais Kerim Coklat...lum beku lagi anak2 dah meroyan nak makan...

Ais Kerim Coklat
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 inci lengkong
1 cawan serbuk coklat
1/2 cawan gula
1 cawan air
Badam Blender kasar....
Nyum Nyum Nyum....
Thanks pada pesakit Kak Long yang namanya Kak Nor.
Semoga Kak Nor cepat sembuh...
2nd Resepi


Kek Keju Coklat sejurus keluar dari Oven

Sepatutnya dia punya base x peroi...tetapi bila dipotong dalam keadaan panas...dia akan peroi.
adibah n Aiman juga x sabo nak rasa...
Kek Keju Coklat
Base
Biskut Marie 200g
Butter Cair 250g
quiker Oat panggang 100g
Almond Nip 50g
Filling Cheese
Creme Cheese 600g
Brown Sugar 50g
Egg 4 biji
white coklat / coklat 180g
UHT milk 180ml
Gula 30g

Yang nie pun sedap..ikut kata anak2 la...

Resepi ni pn dari kak Long. Kak long belajar kat kedai kek kat Persint 9...yuran 35 henget. Rasanya Tuan punya kedai @ tuan punya resepi namanya KAK ANA...
memang best la kedai tu....boleh mengembirakan sesiapa yang minat habiskan duit...

hahahahaha...


Rabu, 14 Oktober 2009

Kek Coklat Lagiiiii


Sebelum di hias dengan colour ball milik Aiman

Emmm...sangat sedap nampaknya...

AIman demand nak kek coklat kek lagi....sedap sangatkah kek coklat ku ini???? hehehe...sebab anak buat la jugak walaupun malas...dari pas maghrib sampai la kul 11 baru siap kek coklat kukus ini....orang yang nak makan sangat kek coklat ni...

Aiman Aqil dah pengsan....
Kesian anak mama..sampai tertido tunggu kek dia siap....



Jumaat, 2 Oktober 2009

Dadih kelapa

Jelly kelapa yang telah siap...tetapi lum boleh dimakan...tunggu sejuk

Bahan2
10 biji kelapa
1 bungkus lengkong
air secukupnya
gula secukupnya

yummy.....

Semenjak2 nie...rajin pulak masuk dapo...
lepas makan malam....kul 10 mlm , mula dah buat jelly ni..
kejap je siap....



Selasa, 29 September 2009

Kek Coklat Sonita

kek coklat Sonita
Bahan2
2 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung bluekey
1 cawan minyak
3/4 coklat van hounten
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air mendidih ( yang mengelegak tau )
tadaaaa dah siap
Ni gara2 bosan menanda kertas percubaan budak...sambil tanda kertas sambil buat kek coklat kukus...
Hari ahad lepas g belajo ngan Cikgu Sonita, emmm hari ni tepat pukul 12.27 malam kek pun siap.
Yang best sekali, tanda kertas pun siap.
Alhamdullilah.
Esok nak bawak sikit ke sekolah. Bagi kengkawan rasa.