Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2019

Mesyuarat PIBG SMKTD yang TERAKHIR

Assalamualaikum 
Hari ni 7/3/19 hari mesyuarat PIbG kali yang terakhir dekat SMKTD. Sedih x ramai yang datang, lagi sedih amik anak3 ddk asrama...main u-turn depan dewan....cikgu2 ni nengok aje. Persoalannya..x tahu ke ada mesyuarat PIBG..anak ko sekolah SMKTD kot...

Panas lit lit x Boleh bukak mata pandang ke depan. Mujur ada saki baki pokok sawit nuh 

PIBG kali ke 45. Kali terakhir kot. X excited pulak mak ayah nk datang.

Banyak hadiah AJK hadiah dan penajaan cari. Mesen basuh pun ada....bagus jugak, kurang orang kebarangkalian nk dapat hadiah tu tinggi la bg yg datang. Seingatnya dulu aku dan partner melobi orang kampung datang sebab banyak hadiah best. “ datang tau cik, mesyuarat PIBG nanti banyak hadiah..,cik suka x kalau dapat basikal..” tu la ayat aku ulang2 jumpa Bila jumpa org2 kampung sg kapal teluk empang kg jawa sg rengit. Miss you Sonita. 

Sis Idola pun bertuah Petang ni. Dapat hadiah, Terima kasih cikgu Islah...cikgu Mazrah. Sis Idola hadiahkan pada Islah. Suka x? 

AJK pendaftaran cikgu Su, Cikgu Wati, Cikgu Azreen. Yg muda2 AJK persiapan tempat Cikgu Haza dan Cikgu Aida. Kami geng makan2 belakang bilik guru

Berikan aku satu peluang...satu peluang....hahahahah kasi can la. Satu jerawat dah kua...pakai Gincu cikgu Norwati, Bobbi Brown lip mate colour Code Rose 3. Pesal jadi cantik ea...



Inilah, memori PIBG yg terakhir di SMKTD. Semoga Bila di SMK Pengerang Utama....keadaan jadi lebih baik. 

Babai
XOXO

Isnin, 4 Mac 2019

Terkini- Pemandangan dari Tingkat 4 Sek Men Keb Tanjung Datuk, Pengerang


Dulu dekat bajak2 tu adalah laut/ dekat sekarang dah kena tambak. Sedih tau...bagi pencinta Alam macam aku ni.

Dulu, panas2 pun berangin sepoi2 bahasa. Sekarang teruk Betul kalau panas....( budak2 lain. Time PJ dia ribut ke panas ke tetap Nak main bola )

Sedih kan? Mana2 bekas2 pelajar SMKTD yang pernah belajar di tingkat 4 blok G ni mesti ingat pemandangan asal kalau kita kat atas ni. Air laut tu membiru...angin kuat. Kan? 

1/7 nanti SMKTD akan dikosongkan. Kami semua akan berpindah ke Bayu Damai. SMK Pengerang Utama. 

Babai
XOXO


Sabtu, 11 November 2017

fitnah

Assalamualaikum
Bagus Betul la google. Kejap Aje dapat carikan kita blog. Macam nk serius balik ni tulis blog. Tulis dal. FB org baca pastu blh jadi fitnah.

Ha..bercerita pasal fitnah. Patut la hukum fitnah org tu macam makan daging saudara 
 sendiri ea..rupanya mmg sakit. Lagi2 kena fitnah dgn kawan sendiri. Kawan yg kita dh anggap dia macam adik. Susah dia kita tahu. Boleh bantu kita bantu. Dasyat perangai awak ni. Alhamdullilah Allah tunjuk. Mmg x nak la hakak buat baik dgn awak. Entah bila la Akak blh maafkan awak. Eh akk maafkan. Sebab akk x nak nanti akk susah nk mati x maafkan org yg buat aniaya pada Akak. Selebihnya mintak ampun pada Allah. Antara kita x de apa2. Oh ya...segala hutang2 pun akk halalkan. Insyallah. Cuma jangan la buat cerita Akak hina kawan2 kata ada hutang padahal x de pun. X baik tau. Kalau org tu x berhutang dgn akk...x kan akk nk buat cerita. 

Agak pelik jugak sekarang ni...lagi kita ada rezeki lagi orang x suka. X Boleh Betul tahu kawan tu senang sikit. Benci terus. Ungkit terus masa kita susah. Macam rezeki kita tu, dia pulak asbabnya. Emmm rezeki dari Allah. Bila2 Allah Boleh tarik. Akak ingat tu. Insyallah. 

Emmm tu Aje la nk luah. 

Babai.
Xoxo

Ahad, 20 April 2014

Peluang..

Assalamualikum

entah apa rezeki kita...kawan kita wasap...kata ada kekosongan ajar matematik S form6 kat SMK Tasek Utara. 
Dah dalam pengetahuan En. Yusuf , pegawai F6 di JPNJ. 
Isi borang pindah...call EN. Yusuf dan you are welcome to SMK TAsek Utara. 
Persoalannya....x de persoalan. 
Memang akan compete ngn anak2 Cina yang pandai....tapi bukan semua.
 Sebilangan sahaja yang akan menduga cikgu...sebahagian akan ingin belajar.
 insyallah. 
Kita yakin itu. 
dah buat jugak sikit kajian....memang budak melayu, boleh kira ngn jari yang amik matematik S matematik T, tak terkejar.
ok, kita dah isi borang eg-tukar.
Alhamdullilah
En. Ahmad akhirnya bagi sokongan, sebab faham kenapa kita kena amik peluang ini.
insyallah.
kalau ada rezeki...kita akan berhijrah.
Wish me luck!!!!
semoga tindakan dan keputusan kita ini akan memberi ketenangan dan kebahagian kepada orang2 yang dah sakit mata nengok kelebihan kita.
heh!

( kata my BFF....orang dengki bila nengok kita lebih...tapi hakikatnya, kita cuma lebih berat badan aje sentap tau)

TaTa


Khamis, 26 Mei 2011

pot luck esok...

assalamualakum...
petang ni kita x dapat nak jaet hexie..
sebab....
esok ada pot luck kat sekolah. Sempena merayakan cikgu2 yang TAK DAPAT pindah.
he he he sabo je la kan....
pas tu kita x plan pun nak buat apa2...nak datang makan je...
tiba tiba...
ada pulak sorang umat dok hasut cikgu2 ngandung tingin makan creme puff...
ada yang usap2 perut kata anak tingin....
ada yang sms kata anak dalam perut nendang2 nak makan creme puff...
ya la...kak su korang buat la...

                                          ini la yang diidamkan oleh ibu ngandung kat SMKTD!!!!!

tata...

Selasa, 24 Mei 2011

Wordless wednesday

Assalamualaikum












Mana mood ni???

Tata

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdullilah...cukup berbaloi...

Assalamualaikum..
Emmm semua org tahu, hari ni keputusan spm kua. Sebagai guru subject killer kat sekolah pastinya debar kita melebihi sesiapa. Sapa x merah muka kalau tetiba org2 nyebut..." budak tu semua a..add mate je b!"" oooo budak tu la semua creadit..add math je gagal!" Harus biru muka. Target kita tk tahun ni macam menjadi. Mana2 yg lulus kita guide sampai dapat credit! Alhamdullilah, alhamdullilah, ramai gak yang melayu dapat credit. Keputusan penuh lum dapat...cuma yg kita tau la...peratus lulus sekolah tk add math 60persent plus. Dengarnya naik 20peratus..compare last year. Cukup berbaloi usaha kita d tjg datuk!
~~~moodterreraddmathdhdtg~~~

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 16 Mac 2011

Antara dua..

Assalamualaikum
Kita bersiaran dr rumah adik, cikgu zubaidah d batu pahat. Dia keguguran. Kali ke 3. DNC pn kali ke 3. Cian dia. Tapi nak buat camana ea...x de reZeki. Allah maha mengetahui..insyallah.
Kita cuma tolong settle makan minum aje. Kemas2 dapo. Layan anak2 makan minum. Masa Selebihnya kita nak buat 2 perkara...
Ini


Atau



Ini?
Perghh susahnya ada 2 pilihan.
Pilihan no 1, perlu. Wajib siap sebelum naik cuti. Adoyhai...sabo je la. Ada lagi 2 skrip- math f3.
Pilihan ke 2. Nak sangat buat, tapi mesti akan kelalaian...akan membaca sampai katam semua buku, kesannya..pilihan 1 akan x jadi pilihan langsung!

Emmm..bia masa yg menetukan. Hampeh!

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kluang,Seri Gading,Malaysia

Khamis, 24 Februari 2011

.Chemistry...yeaaaa ROH sudah datang!!!!!!

Assalamualaikum
selamat malam....semua....apa kabar? sihat eh? alhamdullilah. Kita pun sihat. Syukur.
Hari ni hari paling gembira taw...nape? he he he . Sebab hari ni kita jumpa cikgu kimia masa tingkatan4 n tingkatan5. Paling seronok sekali tentula dia kenal kita...walaupun kita dah berganda2 saiz. Tapi cikgu kata...suara kita sama. Bingit. he he he. Sebenarnya Cikgu Kimia kita ni Pengetua SMKAT. Alhamdullilah kita dapat ucapkan terima kasih pada cikgu Kimia sebab bagi can kita dapat result best diantara subjek sains tulen...A2 dalam Kimia dan seterusnya jadi cikgu kimia lor...he he he
Tetiba kan...kita macam bersemangat nak ngaja kimia taw...teringgat dulu2...masa kenit2...degil je , bising je masa cikgu ngaja. Asik buat eksperimen aje...letup2 la...tuka2 kale la....berapi2 atas air la....latex la...eee bestnya. Honestly kita ngaja kimia sekarang di SMKTD...asik buat eksperimen je...masam manis muka Lab Asst. katanya cikgu lain x nak buat experimen. Ada kita kesah??? sebabbb.... kita lebih faham kimia masa buat eksperimen sebab tu la kita rasa anak2 murid kita pun akan cepat faham bila kita ngaja through eksperimen. Tu la pasal.
He he he lepas ni kita nak belaja lagi kaedah2 pengajaran kimia...bia kita master dalam kimia. Insyaalah. Sebenarnya sebelum ni kita macam x de roh untuk kimia. Geram je...bosan...tapi kini TIDAK lagi....hahahaha
walaubagaimanapun....Add Math tetap la di hati kita. Add math mengajar kita menjadi orang yang teliti, hati2 dan dikagumi oleh murid. ya ya ni ceta betul. Ngaja Add math kita x pernah main2...kerana masa depan murid terletak pada Add Math. Dan hari ni kita dapat tahu bahawa...jika murid x creadit Add Math n Kimia...dia x layak masuk Matrik. Ohhh sungguh besar ea tanggungjawab CIKGU SUHAILA. harus la berusaha. Masa depan murid kita terletak atas bahu kita...masa depan keluarganya...masa depan hidupnya. Wah best la pulak rasa sangat diperlukan dalam kehidupan anak murid!!!! Betul2 roh kimia datang ni. Kita akan pastikan mana2 anak murid yang berpotensi dapat creadit Add math..kita akan bantu dia creadit dalam Kimia....sekurang2nya C+. Mesti!!!!!Mudah-mudahan impian kita dimakbulkan Allah. Amin
 Ini semua kerana Cikgu Ramlan. Thanks cikgu!!!!! Cikgu sangat2 memberikan saya inspirasi...


Tata....

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum
selamat malam
Hari ni dah 1/1/2011
syukur masih lagi diberi pinjam nyawa oleh Allah.
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
amin.

Perjalanan kerjaya masih sama..
Visi kita sebagai Cikgu masih sama..
Kita x la bercita2 tinggi dalam kerjaya..
sejak mula posting hingga ari ni...
kita cuma nak anak2 murid PANDAI.
kalau anak murid lulus dengan A dalam matematik PMR..
masa depannya cerah...bidang cita2nya luas..
boleh masuk boarding school
boleh masuk aliran sains tulen.
kalau anak2 murid lulus dengan kredit Matematik tambahan
saya sangat2 syukur kerana peluang derang nk masuk U dengan apa2 bidang pun boleh!!!
Dah tentu derang boleh membalas jasa mak abah derang...

Kita ni x la poyo sangat berharap dapat menjadi cikgu yg gila2 pumya impian.
Cikgu yang mengharapkan imbuhan ke...penghargaan ke...
itu bukan kita la..
kita ni cikgu yang suka mengajar...
suka panggil anak2 murid datang umah...belaja..
bagi makan2 minum2...
pas tu kita doa...
" Ya allah semoga apa yang anak2 murid ku makan dan minum ini menjadi darah yang banyak hemoglobinnya..yang boleh membawa banyak oksigen ke otaknya..dan memahami soalan add math dengan baik. Amin.
Bayaran??? sesen pun x..percuma @ free...
Lagipun Kita kan JUTAWAN AKHIRAT..

betul x anak2 murid cikgu????

Isnin, 15 November 2010

Add Maths oh Add Maths...16 hari je lagi

lagi 16 hari je anak2 murid nak exam add math
1/12/10 ni paper add maths...Paper 1 pagi...Paper 2 petang...
suka tengok anak murid dah dapat faham dan jawab soalan add math...
x pe la ...
cikgu berkorban untuk kamu semua...
mulai malam ni sampai kamu semua exam kita belajar kat rumah cikgu...
insyaalah kita aka berjaya.
Asalkan kamu semua nak belajar...
cikgu sedia mengajar...
walaupun aiman kata
" Kenapa abang2 n kakak2 x faham2 mama...."
he he he jangan kecik ati semua....aiman kan baru 7 tahun....
bukan 17 tahun....

Khamis, 28 Oktober 2010

Minggu Menenda kertas peksa...

Dua minggu ni memang minggu menanda
kena tanda kertas
add math 4j3
kimia 4j1
kimia 4j2
kertas PMR...

dah kira2 semua sekali dalam
348 skrip
maka kena marking
sehari
25 skrip 
untuk siap pada 10/11/10
emmm
insyallah insyallah
no more main2 cikgu Su...
chaiyo.!!!!!!

Ahad, 8 Ogos 2010

Malam Ambang Kemerdekaan ke -53

Selamat Malam...
wahhh...mentang2 la tajuk n3 Malam Ambang Kemerdekaan...terus je selamat malam...
kih kih kih...sebenarnya malam semalam ialah malam sambutan ambang kemerdekaan kat tempat kita.
Ala bukan la kita ni org2 penting pun...tapi tiba2 je jadi important person g2 gara2 Ustaz Mahadir!!!
Adik Mahadir ni telah di amanahkan oleh AdUN pengerang untuk segmen tarian 1 Malaysia....
Ha ko...amik...ada 36 muris SMKTD terlibat. Maka kakak2 Suhaila, Sonita, Nadrah, Noriza n Junisah bertungkus lumus menyiapkan 36 muka penari....layan..
Ni masa kat dataran rengit...
sibuk touchup budak2..
betulkan baju, cocok sangul, rambut
ect ect...
x lupa muka gembira ustazah nadrah kesayangan saya....

Mula dengan tarian melayu....gamam seh
lemah lembut gila bdk2 menari...
pas tu tarian Cina, tarian India, tarian Kadazan
last sekali tarian 1 Malaysia....
best!!!
tepuk tepuk tepuk
last sekali ada tarian zapin....
selesai la pertolongan kami pada ustaz Mahadir...
alhamdullilah....

Walaupun kita x suka g tempat reramai orang...tapi sebab kawan2  x pe la...
setakat tolong sikit2
sama2 suka
sama2 susah...
bangga betul ngan semua kawan2 yang memberi sokongan penuh pada kawan yg memerlukan pertolongan....


betul la pepatah kata....

JANGAN LA MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT
BERKAWAN LA DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS...

Isnin, 1 Februari 2010

Aktiviti Guru Rumah Nakhoda

Ni adalah tugas tambahan cikgu-cikgu zaman sekarang. Buat nombor rumah sukan. Gara-gara kehendak Jabatan yang arah sekolah2 menambah bilangan rumah sukan di Sekolah...rumah Nakhoda pun terbentuk....

Ramai2 memeriahkan majlis....
Rumah sukan lain, main upah aje...kami kena dera buat sendiri
Kami X de duit nak upah....uwa uwa uwa
Semua heran kak su ( tuan punya blog bertudung hitam ) sangat effisyen
laju je buat...
Memang la....korang asik bual2, gelak2...mana la blh cepat siap

Lelaki baju merah tu...buat2 sibuk je...
Orang dah siap 20 lai....dia baru 5 lai...
sentimentel tul...



Tuan Punya Blog....
Walau ketawa...tetap je tangannya gerak...



Ni spesel kes...
Mama cat nombor kat sekolah
Aiman Aqil main cat kat umah...
Adus...satu badan kena cat...
( tgk muka dia....sejebik muka abah dia bila bt salah )





Khamis, 7 Januari 2010

Chemistry Vs Kimia

Sama aje kan maksud n3 ni....
Tahun ni kena ajo pulak subjek chemistry...
memang la opsyen...tapi zaman batu dulu2 la ajo subjek ni....tahun 1998 kat SMS Muar.
Dulu ajo dalam BM...sekarang dalam BI. Adoi hai....
bila teringat Cikgu Aisyah asik datang menuntut ilmu cara nak ajo kimia...macam boleh...tapi bila dah masuk kelas tadi...kelu lidah...
haru betul bila abiskan topik 1: Introduction to Chemistry dalam masa 40 minit.....


Ya Allah ya Tuhanku....
Makbulkan la doaku ini....
semoga ada cikgu posting datang ke SMKTD ngan opsyen Kimia....
Amin amin amin....

kawan2 tolong aminkan ea...

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun 2010

Selamat Tahun Baru 2010...

Esok kebetulannya tepat 1/1/2010 akk akan ke sekolah...hahahahaha..
Yalah sepatutnya meetingnya bermula 28/12 lagi, tapi disebabkan ada meeting yang lebih penting so x g la meeting sekolah yang ala2 bosan g2....
Apatahnya....dalam pada kita x g meeting, rakan2 seperjuangan sibuk memsg2...mengadu2 apa yang bos cakap...
terkena la pada kita org,....antaranya ialah jangan g sekolah macam peragawati, g sekolah jangan melawa...yang x boleh handle...jangan menunjuk2 harta yang ada....jangan buli orang...jangan ada mulut macam mulut mak da10......jangan melawan...jangan makan kat kantin budak...jangan macam bagus tapi x bagus...ini la paling bengang sekali....kita tak rasa bagus pun, tapi dia yang tengok kita bagus...pas tu cakap2 pulak dalam meeting...apalah....

tak sabar rasanya nak g meeting akademik esok...nak dengo dia cakap apa pasal...peratus matematik pmr mencanak2 naiknya....seramai 63 orang budak pmr dapat A dalam matematik....nak dengo dia puji ke atau dia masih nak mengata...

esok kita update...

Rabu, 11 November 2009

SKPP

Sibuk satu sekolah pasal SKPP...adoi hai dah ujung2 tahun ada pulak la org yang rajin nak pantau sekolah utuk ISO. Heiiii macam x releven aje. Sabo betul. Semua benda kena betulkan buku rekod la..fail segala jenis...yang x de kena ada...dalam masa 2 minit. Kadang2 heran la ngan benda2 yang x membantu P&P lebih diwar-warkan. Tang budak nak spm yang datang cuma suku peratus x heboh la pulak. Entahla...ssh nak jangka apa cita2 BOS kat sekolah....x faham....Nasib la esok dan Jumaat nak kena hantar skrip PMR ke Gelang Patah, alhamdullilah x de pening kepala nak berdebar2 samada buku rekod dipilih utk dipantau dek mereka2 yang suka melawat2 sekolah orang.
Apapun kepada rakan2 guru...anda bengang x kalau jabatan ke ppd ke kementerian ke nazir ke nak datang sekolah???
Su????? x suka sangat...jadi berdebar2 sakit kepala sakit perut semua ada.....ha ha ha walaupun dan 12 taun jadi cikgu tapi tang pantau2 ni perasaannya macam baru posting.....saspen seh!!!!!!

Selasa, 10 November 2009

yeehaa...peh lega!!!!!

Akhirnya penderitaan yang dicari ini telah berakhir...
amin...amin...amin
berjaya jugak menyiapkan penandaan kertas PMR dengan jayanya.
Tinggal isi markah...buat analisis and tada...i'm finished.
yeehaaaaaaa

emm...tak banyak mana pun skrip...tapi lama gila nak siap.
he he he sambil menanda sambil memblog and berFB...inilah padahnya.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Keseronokan di Gelang patah

Bila malam2 macam nie..sambil tanda2 kertas peksa budak, rasa bosan, nak muntah dan yang paling x boleh handle ialah LAPAR dlm2 kul 3.30 pagi...adoi hai.
Tiba2 teringat keseronokan ketika berada di Gelang Patah bersama kawan sekepala....bermula dari ketuanya..sampai la ke anak buahnya. Pn. Azizah Hashim the best ketua la...

Keseronokan bermula dari dalam kereta Honda Stream milik orang...akk la paling jakun sekali...
rasa macam nak kua kepala ikt sun-roof, melambai2 keta2 yang lain. Nasib x buat...


Terpancar keseronokan ketika selamat sampai ke Saujana.....tempat makan2 paling glamer kat Gelang Patah. Walaupun ada sorang kakak tu...takut nak lalu kat jambatan...he he he he

Eeee seronok gila masa ni...angin sepoi2 bahasa...bau nyaman....cantik pemandangan.

Ini la raja segala keseronokan...makan nasi lauk asam pedas...selama 3 hari kat Gelang Patah..hari2 bedal nasi lauk asam pedas...eee sedapnya.
Nape bertambah lapo ni?????






Khamis, 22 Oktober 2009

Majlis Anugerah Cermerlang 2009

Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar berlangsung dengan begitu smooth sekali...walaupun penat menyiapkan dewan untuk majlis nie..tapi boleh la. Senang hati sekali dengan keadaan dewan sekarang yang dah ada langsir dan bunga2....Sila abaikan ketidak machingan sound board kale biru dengan langsir yang kale maroon.....Adoh...tba2 hati ku berdarah....
Majlis Pembukaan dengan Nasyid.....
Masa penutup...cuma sempat tengok last persembahan yang betul2 last...
disebabkan oleh jaga exam d 4J3...terlepas sudah konsertnya





Malam sebelum Majlis....malam ya...bukan siang...
Dari kiri: Nana clerk ( kerografer tarian tu....), Pn. Sonita ( Penyelaras ke??), Erna, Kak Su ( tuan punya dewan..hahahhah ), Ustz Mahadzir ( Ustaz ke?? ke salah opsyen??? kompius akk...kerografer tarian???...)


Ya..atas permintaan adik mahadir....ustaz kerografer tarian dan Ustaz bacaan Doa...( tak dapat tangkap gambo masa baca doa)


Ya...muka2 cikgu tanjung datuk tanpa Make-up Stage...huwa huwa tak glam gila...
oh ya..yang berdiri tu bukan Cikgu ...dia Cip Clerk @ My Biras...