Jumaat, 23 Disember 2011

Selesai....

Assalamualaikum...
Selamat malam. Dah pkl 1129, mood nak tulis n3 baru.
Sebab...seronok sangat kerja dah selesai. Perghh...nak surrender je rasa. Mana taknya...berlawan rasa tanggungjawab dengan rasa mabuk...



Ha nengok tu...encek Ahmad dah tolong ikat2. Kompol kat tepi pintu. Senang nak angkat g meeting senin ni.

Meeting hari senin ni pun satu hal gak! Kan hari cuti....LPM ni kan...memang x kesian ngn cikgu2 yg kerja waktu school holiday. Kita terkilan la...x dapat g rumah kawan bertunang! Frust taw nak nengok orang bertunang pakai baju OREN! Huh!!!

Emmm....esok plannya nak bawak anak2 g jejalan tengok wayang. Cerita Ombak Rindu. Haha...jangan harap la. Tengok la nanti ceta apa. MI kot...tapi kita yang teringin sangat nak nengok OR. Arghhh..nanti nak g sorang je nangok ceta OR tu. Encek Ahmad x nak teman pun x jadi hal lah!

Kita pun tingin nak g JPO.... dah janji2 ngn Sonita Sudin. Nanti nak plan baik2...dah lama x meronggeng sesama. Nampaknya mabuk pun dah abis....sekarang musim nak transform Wang kepada barang2 ..yehaaa. Banyak tul angan2 ya.

Selamat malam 1141 malam.

TaTa.





- Posted using BlogPress from Sue iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 4 Disember 2011

Day 86, weeks 13...

Assalamualaikum
Wah wah...lama x update pasal peknency.
Syukur alhamdullilah. Dah melepasi trimester pertama.
Sekarang dah 13 minggu. +- dalam 3 bulan seminggu.



Misih kecik baby. Scan kat hosp kerajaan cuma nampak bentuk. Dan paling pentingkan kita nampak jantung baby yang kelip2. Syukur.

Memang la agak penat sikit. Ya la...situasi mabuk malam masih berleluasa. Start makan lunch...sampai diner ea...ya tengah malam kita masih muntah2. Ya Allah...x daya.
Kesian Ading...x tido dia picit2 kan. Nasib la kan...Angkara dia apa...kita jadi macam ni...

Satu tabiat kita peknen kali ni, kita suka minum air kelapa. Nasib la kelapa pandan tu dpn umah aje...senang kerja Ading



Petang ke pagi ke...kalau kita nak air kelapa...Ading petik je. X yah panjat2. Aiman tu, tak minum pun air kelapa. Tapi kalau dia x main game...dia tolong kacau abah dia.



Seyes rendah kan pokok kelapa ni?? Tengok..banyak pulak buahnya. Kebetulan pulak kelapa pandan ni, memang utk minum2. Tak tunggu tua, sebab kecik sangat. Puas la kita minum sampai 9 bulan nanti Dah 3 bulan ni, berani sikit nak minum.....kata org, awal2 peknen tak boleh minum air kelapa. Tajam. Alhamdullilah. Kita ok.

Kita dah perasan, kita tak boleh nak makan asam pedas, kari2, kicap2, lemak2...Alamak...gila punya muntah. Makan makanan yg banyak rasa pun x boleh. Kena makan yang satu rasa je...pedas @ masin senang cerita yang rasa plain je. Ok...makan nasi lauk telur goreng dengan ulam2 @ makan nasi lauk Ikan masin pekasam dgn ulam2. Kompem x terbelahak. Jimat betul anak mama yang ni.




Disebabkan kita kencing manis yang kena jadi "Mak Pit" 4 Kali sehari. Kita muntah2 bila lepas makan...berat badan kita yang turun sampai 4-5kg Aloh!!...masa x peknen, x turun pulak berat badan kita. Tapi Dr kata it's ok. Sebab awal peknency. Baby pun x berat sangat lagi. Harap2 baby Kali ni x la sebeso akak n abang. Masa Adibah, 4.1kg, pas tu Aiman 4.48kg. Dr kata, masa dulu muda...banyak tenaga nak teran. Sebab tu...dua2 boleh normal. Kali ni dah tua...tenaga dah x de nak teran. So baby mesti kecik sikit. Inshallah.

" ya Allah, Kau jadikan lah anak dalam kandungaku ini, anak yang sihat, , sempurna , berakal dan pandai " Amin . Amin ya Allah.



TaTa.


- Posted using BlogPress from Sue iPad

Jumaat, 25 November 2011

BOTOK2....ramai jugak yg tak pernah makan...

Assalamualaikum...
Alhamdullilah...petang ni kita boleh buat n3 baru. Biasanya petang melepek. Muntah. Mabuk....dah abis ni mabuknya. Syukur. Apa taknya...seminggu je lagi nak marking paper SPM. Kalau PMR tu, ada jugak mudahnya. Tapi yang SPM ni...agak mencabar....perlu focus.

Oh...disebabkan kita ok hari ni, kita cakap ngn MIL kita nak buat Botok2. Memang la kita x tau nak buat, tapi kan sekarang ni resepi di hujung jari...google je. Tapi kita biasanya buat lawatan Dari dapur ke dapur blog2 masakan. Yeahhhh.....macam tau2 je CMG ( blog tiffin biru ) kita cari resepi ni....ha ada ko resepinya. Thousand Thanks to CMG...kita je yang kenal CMG ni melalui Blog Tiffin Biru..tapi CMG tak kenal pun kita. He he he...x kisah la kan...yang penting ilmu yang disebarkan lebih berkat.

Masa bertugas kat sekolah, hari rabu tu, kita merayap kat taman herb ngn ustz madir. Kita amik pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk kaduk, daun cekur, daun selasih dan daun kunyit. Best kan? Kak Gee yang jaga taman ni...thanks Kak Gee and Madir. Cuma pucuk ubi, pucuk betik dan daun kesum tu ada banyak kat rumah. Emmmm kalau ikut2 resepi CMG dah cukup daun2 ni...

Alhamdullilah...hari ni terrlaksana cita2 kita nak buat botok2. Bila kita tanya2 ngn kawan2 ramai tak tau apa botok2. Tapi BOTOX semua orang tau. Kita pun pertama kali makan botok2 ni masa tahun 2000. Datin Ara...Dari Taman Sri Aman bagi. Datin ni bekas Mak sedara Ading. Rasa dia pedas2. Sedap la kat tekak kita yg ngandungkan Adibah masa tu. Bila kita suka, selalu la mak cik tu bagi.

Lepas tu,masa kita duduk Kota Masai, Ada sorang pakcik jual botok2 ngn moto masa bulan puasa. Selalu sangat la kita beli bt sahur. Lepas pak cik tu balik Haji..dia dh x jual. So lama kita x makan botok2 ni. Sampai la malam jumaat 2 minggu lepas...kul 3 pagi kita tingin nak makan botok2. Kita msg Kak Miah BBU....esoknya kak Normah dah hantarkan kat hospital. Perghhhh sedapnya...




Ni gambo persiapan Botok2. Semua daun2 herba kena susun atas daun pisang, lepas tu taruk rempahnya. Taruk Ikan tenggiri, taruk lagi rempah susun lagi daun2. Bungkus macam nasi lemak. Kukus.
* rempanya....kalau ikut resepi CMG..3 ulas bawang beso, 5 ulas bawang kecik, 4 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci halia, 2 sudu lada kisar, 3 stgh rempah Kari, 2 sudu kerisik, 1/3 cwn santan. Tumis sampai naik minyak.* kalau nak detail...g skodeng BLog CMG.


Ni rupa botok2 kita lepas siap dikukus. Sedap sangat. Emmm sedap tu kan subjektif, kita bila peknen ni suka la...tapi tu la malangnya..kita x boleh makan nasi banyak...kencing manis la katakan. Jadi tadi kita ratah je. Tu la dah jadi panas badan ni. Makan rempah kari. Asik berpeluh2 je...malam ni mak x kasi makan. Simpan utk esok pulak. Malam ni kita makan roti ngn air Milo kosong je la....

Kepada yang nak cuba, x pernah makan....cuba la. Bagus tau botok2 ni...sebab dia guna herba2..mak kata makan lepas beranak bagus. Tapi kita x tunggu beranak la...ngandung dah makan. Hihihihi....

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 17 November 2011

Sudah ada human pen??

Assalamualaikum
Setelah 3 hari ddk wad kat HKT, setelah berhempas pulas menjaga makan minum, sudah puas amik darah 10 tabung, akhirnya Dr. Azilina yang putih dan cantik confirmkan..." kena cucu insulin ya kak"



Ada 2 bag, sebab ada 2 dos insulin yg kena masuk dlm badan. Siang dos lain, malam dos lain. Siang cucuk 3 kali malam nak tido sekali.



Tu dia, Human Pen. Memang x menakutkan kalau nak beza ngn jarum yang Misi guna. Misi guna jarum yg macam " Mat Pit " guna. Sentap!

Ni tengah tunggu org farmesi datang tunjuk cara nak guna Human Pen.
Mintak2 la gula boleh dikawal lepas ni.

" ya Allah, kau jadikanlah anak dalam kandungan ini, anak yang sihat, sempurna berakal dan pandai."
Amin, Amin ya Allah.

TaTa


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kota Kecil,Kota Tinggi,Malaysia

Rabu, 16 November 2011

Day 70 1st trimester

Assalamualaikum
Semoga semua yang singgah kat umah ni dilimpahi rahmat Allah. Syukur alhamdullilah, tuan rumah pun sihat fizikal, tapi masalah kat darah .

Semalam lepas aje check BSP 2 kali kat KD Sg Kapal, misi Azi terus kuakan surat utk addmitted kat HKT. Eeee malas betul, dok pk kerja2 akhir tahun kat sekolah. Tapi bila pk pasal baby dan nasihat dari Kak Ning, ok...kita gagahkan gak diri ke HKT.



Kita ditempatkan di wad ibu mengandung di aras 3, kelas 1st kelas. " kelassss...ko maria...." he he he alah dh kerja kerajaan memang la kat sini tempatnya. Bayaran cuma rm3 sehari. Ngee...

Mula2 jumpa dr dulu, kat bilik no 7, kami bual2..tanya itu ini...best aje statment dr...
Dr : sakit apa ?
Kita: kencing manis masa peknen
Dr : ehhh muda2 ngandung x kan ko kencing manis. Tak patut ni diabetes muda2...
Kita: ya...bacaan BSP tinggi.
Dr : **sambil check borang...ehh ko dh 37??? Dah tua x patut peknen...patut diabetes...tapi x pe, kita ubat awal..bia baby sihat ya.
Kita : ...ya.

Bila masuk je wad...kita terus amik darah dalam pukul 7ptg setabung. Bacaan BSP 10.6. Lepas isya' dlm pukul 930 mlm, amik lagi setabung. Masa tu kita dah ngantuk sangat. Tiba2 pukul 10mlm misi kejut..nak bagi ubat tripilin ke apa namanya. " misi cucuk masuk ubat ea cikgu...gulanya tinggi lagi la..." ish ish..



Ni pagi2 dah kena amik darah setabung, belum sarap. Ehh kira dah la..sbb ading belikan epal hijau semalam. Tengahari kang amik lagi setabung. Tengok...kaki kita bertambah kecik taw...asik amik darah je...@!@

Ni nak tunggu dr check...nak tanya banyak soalan....

" Ya Allah...jadikanlah anak dalam kandungan ini anak yang sihat, sempurna, berakal dan pandai "
Amin ya Allah. Amin.

TaTa





- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kota Kecil,Kota Tinggi,Malaysia

Isnin, 14 November 2011

Day 67 1st Trimester

Assalamualaikum...
Semoga semuanya dalam lindunganNya. Apa khabar? Diharap semuanya sihat. Kita? Tak berapa sihat la...badan ni lemah aje..emm lemah ke malas? Entah la....tak larat la. Perut ni asik rasa tak sedap. Tak tau nk cakap tak sedap macamana..kadang2 senak, kadang2 sebu, kadang2 macam rasa senggugut. Kenapa ea?

Sekarang kandungan kita dah 67 hari. Alhamdullilah. Tapi yang x bestnya pregnant kali ini, kita diabetes pulak. Tinggi pulak tu bacaan gula. Risau la. Lagi2 bila baca kesan diabetes pada baby. Ya..Allah, sihatkan la anak dalam kandungan ini. Aduhai....risau.

Semalam pagi2 lagi Misi Azi dr Kelinik Desa Sg Kapal call. Minta buat check darah 4 Kali sehari. Sebab ujian darah minggu lepas yang bacaan ya abnormal. 12.6 sebelum minum air gula dan lepas minum air gula jadi 14. Alolololo....nape ni? Kita x makan nasi pun. Kalau makan pun, sikit aje. Bukan diet..tapi bila makan...muntah. Aduhai..risau betul.

Nasib baik la ketua pemeriksa kita baik hati dan sangat memahami. Dia bagi kita check darah kat kelinik kempas. Esok, keputusan darah keluar, Misi kata kalau 2 bacaan abnormal...admitted ward kat Hospital Kota Tinggi. Tak pe la duduk dalam ward asalkan baby sihat...

"Ya..Allah, jadikan lah anak dalam rahim ku ini, anak yang sihat sempurna berakal dan pandai"
Amin...Amin ....Amin.

TaTa.









- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 10 November 2011

Bila nak abis semua ni?????

Asslamualaikum...
Kita dah tak tahan nak nengok kertas2 ni...muak taw!!!!
Bila la nak abis semua ni.....??




Arghhh...tensen...stresss.....
Ni tak campur lagi yang KIMIA F4, MATH F2....alolololo...

Sebenarnya kan kan...
Kita dah x sabarrrrrr nak jaet ni...



Macam syok je...susun kat atas meja guru kat sekolah...kan???
Cepat la masa berlalu.....

TaTa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Isnin, 7 November 2011

Puji dah selamat bertunang.

Assalamualaikum...
2-3 hari ni sibuk la sikit.
Mana taknya, nak raya aji, puji nak tunang pas tu nak marking paper PMR pulak. Agak haru biru gak hidup. Lebih2 lagi bila jam tunjuk kul 3 sammmmmpaiiii........ malam....mabuk! Makan muntah. Letih. Tapi x pe....berbaloi...utk dapatkan sorang Baby yang cumils macam adibah n Aiman. Amin. Amin.


Malam ahad 6/11.....berbahagia Adik kita Iman Fauzi Dan Sharifah setelah selamat bertunang....



Tahniah kepada sharifah....Dari kakak2 Puji semua....dalam gambar ni Ada Mak, Kak Long, Ijan, kak La ( tuan belog lor..), Kak Ju Dan Kakak tecik..Qistina Hani. Kak Ning je tak de...walaubagaimanapun, Kami semua adik beradik Puji, tumpang gembira. Semoga Akan ke Jinjang pelamin hujung tahun hadapan....



Yang mana puji????....yang tembam tu la...ujung sebelah kanan. Suka kita orang..puji ni mendengar kata..kak long kata " jangan nak ngada2 gambo2 bagai....tak baik" sambung kak La " ha-a puji bukan retis.. duduk kat balai pun dah untung...."
Betul puji x masuk pun umah tunang dia...dia tengok at kamera bila dah sampai rumah, gambo tunang dia. Macam tu la adik Kakak!

Kak la doakan puji dapat menghadapi semua halangan Semasa bertunang dengan jaya. Semoga direstui Allah Dan Semoga ke Jinjang Pelamin!

TaTa.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha...

Assalamualaikum...



Cantik kan?? Damai aje kan? Tapi kan...ni bunga kuburan ea?





Pun comel kan?



Selamat Hari Raya Haji semua....
Semoga Hari Raya Haji tahun ini penuh dengan keberkatan...
Amin...

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 3 November 2011

V6 telah bertukar fungsi...

Assalamualaikum semua...
Semoga sihat dan sentiasa ceria di bawah LindunganNya
Kita x berapa sihat. Bleeding sikit. Renyah agaknya. Peknen umo dh agak banyak ni..banyak cabaranya. ( Kata Dr Zul ) sabo je la..
Semalam kan masa kita nk g kelinik, nak masuk je keta V6, tengok2 ada makhluk Allah. Halau2 x mo jugak kua....



Nampak x? Makhluk apa? Ha..ya la burung kecik. Ingat sangkar dia apa? Wei! Ni keta orang la.... kua ! kua ! Tapi kan Kita dah bukak pintu keta...sikit pun bird tu x gerak. Kita shooh shooh baru
la mengelepar.



Terbang pulak ke depan....berak pulak tu...aishhh...dah la kita ni mabuk. Muntah! Nasib baik la jugak V6 ni furnishing dia leather. Ading lap-lap aje. Eeeee...
" abang.....kita patut transform v6 kepada Oddesey la..."
Boleh bayang apa response Ading????
Mari teka bersama2....

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Ahad, 30 Oktober 2011

My table runner.." alas meja berlari saya"....

Assalamualaikum...
Lama sangat ni x buat apa2 n3. Malas ke? Mabuk kot.
Kih kih kih....alhamdullilah la kan..rezeki Allah nak bagi.
Nak tunjuk menunjuk la ni....nak tengok????
Jangan jeles taw...



Cantik tak? Ni la table runner kita. Sepatutnya guna masa raya puasa, tapi biasa la...jaet menjaet ni perlukan mood. Mood kita asik hanyut aje...last2 nak raya haji baru siap...nasib la siap..cantik tak?



Jahitan senget benget....ni posing kat pagar. Ala mcm quilt org putih je..Tak gitu???..perasan ea. Kih kih kih. Nampaknya, banyak lagi yang perlu kita belajo. Lebih2 lagi element kesabaran. Masa kita jaetkan..kalau senget ke bengkok ke..kita langgar je...asal siap la. X sabo la nak tetas menetas...



Cewah....suka x? Pattern kita amik kat blog Pink Pinguin Jepun, Ayumi ( http://ayumills.blogspot.com/ ). Asalnya Ayumi buat Placemats. Kita ubah sikit la jadi table runner. Suka sangat kita bila bentang atas rumput ni...nampak macam perfect je...kahkahkah...sila jangan muntah. Cukup la tuan punya blog yg muntah2..



Tapi bila closeup...alamak ko...sentap! Terserlah ketakpandaian kita dalam menquilt....tak pe tak pe..jangan sedih ya...kita akan berusaha untuk memperbaikinya.

Tata.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mari mengemas...

Assalamualaikum...
Ni hoa ma?
Kan...semalam start be Aja bahasa china dengan lau shi Chia. Xiexie lau shi...
Ok la...hari ni kan kita ddk kat rumah aje. Mood ngemas laci pun mari la...kita pun operasi Dari pagi..sampai ni baru siap. Mana taknya kemas sikit,rehat..kemas lagi rehat lagi...
Kebetulan pulak raya lepas kan kita beli 2 gobok...so gobok arwah FIL tu kosong la...emmm seronoknya dapat display pinggan- mangkuk lama MIL.






Tayangan pertama..pinggan kuning di-Raja. Berkilat2 ko. Cantik Sangat. Lengkap 1 set. Semua sekali 2 dozen. Masa raya, puas menghidang pakai set ni. Set ni agak tebal dan berat. Agaknya pi ggan lama memang tebal la...






Set Biru. Juga kepunyaan MIL...mak kata, mak belipingganni tahun 90-an. Kira2 pinggan baru mak ni. Pun kita puas guna..sejak duduk kat rumah ni,dah 3 Kali Kita pakai basahan. Nampaknya dah tiba masa utk rehat dalam gobok lama...






Teko n cawan Bunga Kangkung....teko kita beli kat rengit. RM6.90 je...tapi cawan kat dalam dulang tu, kita dapat Dari EG...from Kak. Saidah Ipoh. Thanks kak...






Piring2 kuih MIL...ada sikit aje. Kita kutip kat umah lama MIL. Ada bunga ros merah, ada bunga kangkung, ada wild rose...beaks gula, Dan susu bunga buluh and...bekas susu dumex..mak kata dah 42 tahun umurnya...sebaya abg Ismam.






Pinggan paling lama..paling tua usianya. Mak kata pinggan ni lebih 100 tahun usianya. Sebab masa mak lahir dh ada pinggan ni. Pinggan ni pun kita kutip kat rumah lama arwah Nyai suami. Kita dapat selamatkan 3 keping. Tapi display Atas gobok lama ni 1 je...dah x de kaki frame tu. Nanti la kita beli lagi...

Tata...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 14 Oktober 2011

BATAM...sepatutnya sekarang

Assalamualaikum...
Salam bersedih. Sebab kita memang tengah tak puas hati....
Sepatutnya tika dan saat ni, kita memang sepatutnya berada di Batam.
Sedang meneroka...meninjau2...bergembira di Pekan Nagoya, Batam.
Ahhh ni semua gara2..Ganyang Malaysia! kerana Gempa Bali....tapikan....kita asik terfikir aje,
Kenapa la Indonesia ni x abis2 nak gaduh? Sudah2 la tu...
Tak kesian ke pada rakyat Indonesia yang ada kat Malaysia ni?
Kalau2 tetiba kerajaan Malaysia X mo sorang pn rakyat Indonesia kat Malaysia.
Tapi Malaysia tetap Akan bersopan terhadap negara Jiran...

Ya...saya sesungguhnya sedih sebAb tidak berada di Batam pada tika dan saat ini....

TATA.

- Posted using BlogPress from my iPad

Rabu, 12 Oktober 2011

Jemputan kawen...

Assalamualaikum..
Alhamdullilah sihat kita. Ni n3 yang tertunda. Pasal jemputan kawen kat KL. Ok la dapat bawak MIL yang Nak sangat menghadirkan diri ke majlis kawen orang kaya2. He he he . Mak Bapak pengantin ni org2 kementerian Hal Ehwal Pengguna. Sakan gak la kua masuk tv...
Majlis buat kat Bangunan Tun Abd Razak..dalam Dewan Toh Puan Rahah.




Perjalanan Dari Bangi.
Lalu Terowong Smart....first time


Aiman yang agak teruja...
Maklum la...budak Kg.Sg. kapal


Abang.....tangkap la gambo kita...


Abang Isman Dan mak....suka no Mak!!
Eisya yang comel...Adibah buat muka..


Sama tak? Sama tak?...


" Cik Mos dijemput tepung tawar & duduk kat high table " Alamak Mak..meh kita Betulkan tudung Mak...mak kena cun2.."


As, Hairiyah Dan Cik Nah. Terima kasih
Sebab benarkan kami menumpang kasih.
Merasa makan sup ketin kat bangi.
Wallah!!





Cewah mak.....sebelah2 datin....


Cantiknya pengantin.....


Kerja kawen orang Johor..mesti ada
Tarian Zapin.


Makan2....Menu.


Tak sedap....abis jugak! Itu sebab makanan yang
Dihidang sikit..


Jejak kasih...


Adibah Dan Mama...cam muka budak kan?
Enjoy...tunggu mak Jejak kasih...


Cenderamata...orang Johor...
Tentu telo pindang


Pesal biru?


" mama...mama...kek palsu ke?"


Telah kebosanan...menunggu...nanges!


Teknik kempiskan perut..tahan...tahan...


" mama...tangkap gambo Menara KLCC"

Tata.

Posted using BlogPress from my iPad