Selasa, 29 Mac 2011

Lama dh x dengar suara...

Assalamualaikum..
Selamat malam. Kita doakan siapa pn yang singgah blog kita ini..dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki. Amin.
Kita tengah meroyan rindu...rindu nk merengek2 ngadu ngn asben pasal kat sekolah, pasal anak2...pasal buah durian, pasal lara, pasal ikan...semuanya kat telepon. Tapi dh masuk 2 hari 2 malam asben x dapat call kita. Nak dengar suara. Rindu.
Mak mertua pn dh 4 hari melancung ke bukit tinggi. Mak...kita rindu. Betul la kata cikgu aishah...kita blh tahan rindu kat asben sebab muka mak mertua sama mcm muka asben. Betul la. Bila mak x de...lain sangat rasa rindu kat asben. Macam nak nanges!
Dah 2 hari kita urus anak2 sendiri waktu pagi. Buat sarapan. Sediakan bekal ke sekolah. Anak2 style x mo rebut2 beli food kat kantin...makan tgh pulak nasib abah bagi pinjam mak. He he he. Boleh la mak tgu adibah n aiman balik sekolah selain tolong masak tgh. Alhamdullilah. Allah sentiasa menolong kita, mempermudahkan urusan kita.
Cuma kita rasa kurang sangat bila x dengar suara asben. Sebelum ni..hari2 asben call..sehari 2 kali sekurangnya. Gila punya rindu....

Tata...


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Khamis, 24 Mac 2011

emmm...mungkin macam ni...kenapa ayam naik harga

assalamualaikum...
sejak2 tsunami kat jepun ni...macam2 spekulasi datang, cerita2 org pasal harga barang ..lebih2 harga ayam. Ada dalam facebook...blog...orang marah pasal harga ayam naik...HARGA TSUNAMI.
Ada pulak cakap2..jepun yang mengalami tsunami nape harga barang kat malaysia naik??? sebagai pengguna..kita jugak terpikir.
Mungkin macam ni...kita terpikir...atau orang lain juga pikir..atau memang macam ni...Semua ada tahu bahawa kesan radiasi sekarang diperkatakan. Radiasi daripada logan uranium yang sangat x stabil yang duduk dalam kumpulan 1 dalam jadual berkala...yang sangat suka2 membelah nukleusnya..sehinggakan menghasilkan sinar alfa, sinar gamma dan sinar beta yang sangan merbahaya tetapi sangat berguna dalam pelbagai bidang. Wah...bila cikgu kimia cerita...maka, kalau di jepun yang sudah pastinya sektor perikanan yang paling sangat utama bagi negaranya. Tentu ikan2 sekalian terkesan dengan sinaran2 ini. Ini pasti betul. fakta. Maka, sudah tentu manusia2 di Malysia, sangat selective dengan pemakanan. Ikan x mo makan. Makan ayam.
Semua orang nak makan ayam. Selamat. KFC penuh. McD penuh. Pizza penuh. Pasar pulak kat kedai orang jual ayam pun penuh. Meh belajo ekonomi...permintaan tinggi bagi barang tersebut, harga akan naik. " teori secawan kopi"
sebab tu la jangan main cakap je...cuba pikir2kan. kenapa harga ayam naik...mungkin juga...

" kita bukan penjual ayam...."

tata...

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdullilah...cukup berbaloi...

Assalamualaikum..
Emmm semua org tahu, hari ni keputusan spm kua. Sebagai guru subject killer kat sekolah pastinya debar kita melebihi sesiapa. Sapa x merah muka kalau tetiba org2 nyebut..." budak tu semua a..add mate je b!"" oooo budak tu la semua creadit..add math je gagal!" Harus biru muka. Target kita tk tahun ni macam menjadi. Mana2 yg lulus kita guide sampai dapat credit! Alhamdullilah, alhamdullilah, ramai gak yang melayu dapat credit. Keputusan penuh lum dapat...cuma yg kita tau la...peratus lulus sekolah tk add math 60persent plus. Dengarnya naik 20peratus..compare last year. Cukup berbaloi usaha kita d tjg datuk!
~~~moodterreraddmathdhdtg~~~

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 19 Mac 2011

Gather2 adik2...ngn kakak

Assalamualaikum
Selamat petang. Ni baru gigih nak buat n3. Sepatutnya semalam..tapi menghabiskan yang ini dulu..



Syukur..akhirnya siap. Sabo je la. Yang ni math f3. Alhamdullilah.
Ari kamis malam kat bp ( umah ju) adik kita yg ke 5 dtg. Melawat la kiranya sang kakak yg keguguran. Mak n abah dah sampai dari pkl 12tgh. Kira meriah sangat umah ju. Paling x tahan dgn bdk ini..



Iman Hadif...cumils sangat2. Gebu. Lembut. Wangi. Cute. Ish semua kat dia la...nak cium
Kena mintak elok2 x leh kasar2..nanti dia x mo. Aduhaii teringat la.



Sebahagian dari family kita..kesanyangan kita semua tu..adif, abg takif dan si cantik qiatina. Mak n abah, rizal n ijan ( baju pepel) dan tuan rumah yg menahan bisa kat perut bahana DnC. Kesian ju. Semoga cepat sembuh dan cuba lagi utk hamil...ya adik..Berusaha!
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 16 Mac 2011

Antara dua..

Assalamualaikum
Kita bersiaran dr rumah adik, cikgu zubaidah d batu pahat. Dia keguguran. Kali ke 3. DNC pn kali ke 3. Cian dia. Tapi nak buat camana ea...x de reZeki. Allah maha mengetahui..insyallah.
Kita cuma tolong settle makan minum aje. Kemas2 dapo. Layan anak2 makan minum. Masa Selebihnya kita nak buat 2 perkara...
Ini


Atau



Ini?
Perghh susahnya ada 2 pilihan.
Pilihan no 1, perlu. Wajib siap sebelum naik cuti. Adoyhai...sabo je la. Ada lagi 2 skrip- math f3.
Pilihan ke 2. Nak sangat buat, tapi mesti akan kelalaian...akan membaca sampai katam semua buku, kesannya..pilihan 1 akan x jadi pilihan langsung!

Emmm..bia masa yg menetukan. Hampeh!

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kluang,Seri Gading,Malaysia

Isnin, 14 Mac 2011

1, 2 mula...

Assalamualaikum
Selamat petang. N3 ari ni pasal bermula pembacaan novel ini



Novel 1 Janji. Dari Ramlee Awang Murshid. Baru beli masa g kota ngn Cikgu Mastura. Yehaaa...yoyo-o je kita ni. Sebabnya kita ada skrip add math, skrip math p2 n p1 form 3. Emm ni buat pemangkin kerajinan...
Wish me luch u ollss...

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 13 Mac 2011

Azilawati was here....

Assalamualaikum
Hari ni kita gembira sangat..sangat. Sebab, kawan kita masa kat SMKTR2 datang. Cikgu Azilawati...kawan yang kita anggap adik. Kita sayang. Emmm..Azi datang sefamily. Asben dia Amrun, anak2.. Nabila c pencegah maksiat..mijah yang bijak n zeti..( baby bunga ) entah kenapa kena panggil dia baby bunga. Sangat cute. Wangi lagi.



Cun kan? Azila ni cikgu paling cantik kat SMKTR2 la. Pada pandangan mata kita la. Pas tu baik hati, pandai fizik..dan math. Azila ni dulu kawan kita meronggeng kat jusco kalau ari jumaat. Manisnya kenangan ngn dia. Seyes kita sayang sangat ngn dia..kita selalu ingat dn doakan yang terbaik untuk azi
"Azi..besar hati kak su azi sudi datang umah akak" . X de apa nak bagi, nasib la ada durian sikit,




mak masak lunch n kita buat kek coklat moist utk anak2 azi



Semoga azi terus bahagia bersama keluarga.
Thanks azi!

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 11 Mac 2011

Hehehehe...bahagianya Cuti...

Assalamualaikum...
Tengah layan ceta hindi ke?? Mak dh lama tinggal..x mo dh layan. Penat koo... Sekarang ni asik le layan ceta antu mak limah balik umah...kihkihkih...seronok betul. Semua kelako. Ari ni kan start cuti sekolah..
Ari ni tekak mak..tekak org putih..



Tu dia...garlic bread mix prawn ngn potato salad. Kenyang gile. Preparation??? Senang sangat! Cepat je kita masak. Dah siap.
Pas tu..kita pn bt la baju ni.




Baju kurung pesak gantung you! Siap dh batik rasmi SMKTD 2011. he he he...jangan marah ya kengkawan kat sekolah. Baju ni shantex sangat. Tak tahan nak menjaetnya. Malam tadi mak tolong potong. Tu la siap cepat. X kira la ...ada yg kata kale paddlepop la ...belang2...cuba buat dulu..nengok shantex ke x? Yang penting ceria SMKTD! Baru semangat.
Ok la ni nak post resepi kek baldu merah...ada orang dh asik call je...inbox je..pm je..



Sebelum tu..thanks kepada kakninasurya...dr blog jariamaiku.

Bahan
5 biji telur
250g butter
3 cwn tepung naik sendiri
2 cwn gula castor
4 sudu makan pewarna merah
1 cwn buttetmilk ( 1 cwn susu segar + 1 sudu cuka biakan 10 min)
1 sudu teh garam
1 sudu bikabornat
1 sudu cuka

Cara
Panaskan oven
Ayak bahan kering dan ketepikan
Pukul butter, gula sampai sebati
Masukkan telo 1, 1sampai 5 biji
Dengan speed slow sampai sebati
Masukkan tepung berselang ngn buttermilk pukul sampai ringan
Masukkan garam pukul sampai kembang n ringan
Matikan mesen dan masukkan sodabikabonat yg dicampur ngn cuka dan kaupbalikkan.
Bakar dalam loyang. Selama 40 min.sejukkan dan potong 3 keknya.

Topping
250g creme chesee
250g mascarpone
Dipukul sampai kembang. Masukkan 125g gula kastor. Pukul lagi. Masukkan whipping creme 1 cwn. Masukkan sikit2. Pukul sampai gebu.

Hiaskan kek.

Selamat berjaya.
Thanks a million to KakMon dr brunai.

Tata.







- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Hasil hunting...

Assalamualaikum
Selamat pagi...dah sarap ke?
Kita?? Lum lagi. Ni baru balik dari hunting buah doreyan. Pagi2 dah g kebun...belum terang tanah. Dah la x bawak lampu picit. Last2 ddk dlm keta..tgu terang sikit. He he he x pe la..pengalaman. Esok kita bawak lampu picit lah. Bercita2 sangat tinggi untuk mengutip doreyan setiap pagi sepanjang cuti sekolah. Wah!!! He he he.



Ni la dia...hasil hunting pagi2 kat kebun AMS. Alhamdullilah la. Ada gak 3 biji. Suka.suka.suka. Tetiba terasa nak beli basikal moto la..tu la..yang macam moto tapi ada paddle tk kayuh. Nanti la google gambonya. Ehh kat rengit ada banyak..senang tau Kita nak g kebun. Sayang keta bawak masuk kebun....

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

AJK cabutan bertuah...

Assalamualaikum
Pergh... Penat tul ari ni. Sebabnya ada meeting pibg kat sekolah. Sebagai g kat pibg tu..pasti ler kena bertugas. Senang je keja kita..cari sponsor hadiah cabutan no bertuah, arrangekan adiah dan arrangekan cabutan. Kejanya sedari lum majlis sampai la ke habis majlis. Ib dalam pibg akan tunggu..



Hasil hunting adiah dari mana2 pihak yang berkenaan. X lupa jugak pau en. AMS...thanks abang! Always bantu keja su. Kedai2 di sg rengit bagi bantal la, besen, kosi, barang letrik, hamper...pergh..macam2 ada! Yes! Yes! Yes! Bukan apa, lagi banyak adiah..lagi ramai parents yang dapat. Kan best tu. Kita suka bila org lain suka...


Ha-a bapok la banyak adiah. Ada. 89 cabutan!!! Suka tengok ibu bapa yang menang. Murah rezeki derang. Pulak tu, ibu bapa kat sini akan tunggu meeting abis..x kira la kaum melayu atau Cina. Suka sangat tengok dewan penuh.



Cikgu Sonita, Cikgu Suhaila, Cikgu hafishah...( x de masa kejadian..Cikgu Ct noraini n Cikgu Fahariza) ish kemana la derang...wakakkaa
Ajk cabutan bertuah..cuma fisah je bertuah dapat baldi beso...sebab mesen masuk rosak! Akahs.
Alhamdullilah, selesai keja kami jam 545 ptg tadi. Nak rehat. Penat.

Tata.
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Khamis, 10 Mac 2011

Sedapnyaaaaaaa....duriannnn

Syukur alhamdullilah...
Alhamdullilah..
Musim durian tiba lagi. Lebih bermakna bila pokok dr kebun enchek suami. En AMS. Sedap sangat....manis2 plus pahit sikit..nikmat!






Ha tinggal kulit??? Baru nak tangkap gambo??? Tu la pasal..masa makan x hengat nak tangkap gambo. Bila En. AMS tanya pasal durian soh update dlm belog...baru Haaaa??? emm gambo kulit pn kira ok la ya abg!! Sori la manyak2. Terlalu nikmat makan kat belakang umah ngn mak, adibah n aiman. Hujan pulak...nyaman.
Kak Sarimah yang tolong kutip dan hantar kat rumah setiap pagi. Semoga Allah rahmati hidup kakak yang amat baik hati ini. Suami isteri baik dan ikhlas menolong kita.
Mak kata, kita makan puas2 dulu. Lebih baru bagi jiran and jual. Oke la tu...

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 9 Mac 2011

Kek Baldu Merah

Assalamualaikum
Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam kan???
Semalam kita merempit ke kota tinggi ngn Cikgu mastura. Macam2 nk buat kat kota. Alang2 xtvt KoKo ditangguhkan. Nak amik buku math f3, nak beli novel kih kih, g beli hamper mesy pibg, beli adiah ari jadi sendiri...beli bahan buat kek hari jadi...ngee..cita2?? Agak melangit gak la. Maka pas siap semua...merempit la balik..sampai umah kul 630. Makan bubur kacang durian...perghh sedapnya. Jiran bagi. Lepas mandi manda, solat, ngaji, solat, bual2 ngn asben kat tepon..baru la mula buat kek. Hajat dihatink buat kek baldu merah...tapi mcm x cfdn. Tiba2 bila baca resepi kat blog kakninasuria, alamak!!! Susu segar x de. Merempit lagi g rengit ngn ustzh nadrah! Nasib ada. Alhamdullilah.
Sampai je rumah terus la operasi. Saspen gile. Jadi ke x. Naik ke x. Merah ke x. Huh! Kul 12tghmlm baru kek masak! Tunggu sejuk, buat topping...hias??? Erk??? Hampeh! Kul 2 baru tdo. Salute gila ngn kak nani yg hari2 buat kek. Tahniah kak!. Kak nani mmg superp!
Mempersemdahkan dari dapur cikgu suhaila.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Kek Baldu Merah...Entah apa2 deko kek ni, x cantik gile! Adoy...macam nak masuk kelas deko kek!



Baru snap gambo..x de yg cantik2 dah tinggal sikit je, suku x sampai.
Kawan2 kata sedap...x muak, walau x shantex ropanya. Dan derang kata" happy besday Kak Su" he he he 12/3 ni la besday kita. Saja buat kek awal2 sbb msa tu dh school holiday!
Cikgu imah tanya" kak su umo ke bape?"
" usia?? Bukan pada angka...." he he he..
Ooo...semalam kita beli adiah besday sendiri...



Nak beli yang Habib x duit x cukup...yang Habibah pn jadi la. Yang syokkkk jumpa pulak ring yg sepesen! He he he maching g2!

Semoga pada tahun yg ke 37 ini, Allah akan terus memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran. Insyallah. Allah akan memberi kita ketenangan dan kebahagiaan di samping orang2 yang kita sayang. Amin ya robalalamin..

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Selasa, 8 Mac 2011

Perhatian kepada encek ading

Assalamualaikum
Hai abang! Ni kita nk bagi tau...ari ni kita g kebun abang. Nengok pokok durian. Abang nk tahu?? 90 peratus pokok durian abang bermunge. Ehem ehem dah ada yang gugur juge. Sedapppppp gileeeee!
Pas tu kan...kalau la dulu abang sudi taruk nama su atas tanah abang tu...tentu su dh buat rumah kat c2. Dah tentu senang su nak kutip durian pagi2 kan???
Maka...mari la kita kompol duit utuk buat 1 lagi banglo kat c2. Aci????
Oh ya...roadtax keta neo Abang dh kita buatkan. Begitu jugak insurannya. Paling x leh handle, ada soalan dr pegawai bank " awak posting terus ngaja smktd ke? Dulu sek mana? X pernah nampak pn?" he he he nampak no la isteri abang ni awet muda. Wakakaka

Sekian saja laporan dari isteri yg kamu tugaskan menjaga harta mendamu.

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Hijau...

Assalamualaikum..
Ni kita nk share pokok munge kegemaran..munge siti zaleha ( nape ek namanya g2?) papepun...dia mmg shantex..ni pn n3 ulangan..sbb suke sangat...



Ni la dia. Alah semua dh tau kot. Kalau kita jirus pokok munge..mesti jirus ppkok ni dulu. Shantex kan??



Pokok dr vietnam. Pagi tadi hujan lebat. Terus je segar pokok ading ni. Lagipun dh memanjat. X sabo nk tunggu junjung tu penuh!


Pokok pelam epal yang berbunga lebat. Entah lekat ke x agaknya. Ada rezeki x termakan pelam ni. Masa ddk kota masai n keja kat SMKTR2..puas bagi kawan2 makan.~ tggl kenangan~

Tata...
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Isnin, 7 Mac 2011

Jadi Cikgu Suhaila

Assalamualaikum
Kita terpanggil tk tulis n3 ni bila baca n3 kak Nani. Cerita cerita pasal cikgu. Jadi cikgu ni biasa je. Rasanya la..x de kot cikgu cakap mcm ni" saya ni cikgu..kerja saya mulia" wah! Sungguh cikgu tu x faham kerja cikgu! Yang cakap kerja cikgu tu mulia pn pastinya dr org lain. Bukan mulia la..cuma x semua org dpt peluang didik anak org bg berjaya. Terutama bidang akademik. Kita selalu bagitau kat parents students.." kalau x nak anak belajar ngn saya...x blh marah anak bila x siap homework, x bawak buku latihan...bising@ ganggu kelas cikgu...amik buku teks ni, hsp, buku latihan..ajar la anak kat rumah" WWS la. Cikgu ni cuma nak bagi anak2 murid pandai, kalau lls cemerlang dlm peperiksaan blh masuk U..amik bidang yg profesional...boleh kerja elok2..balas jasa mak abah. Tu aje. Bukan x boleh cikgu buat x tau, ha suka ati ko la nak pandai ke x..bukan anak aku! Boleh aje. Tapi kalau cikgu tu sebetulnya faham jadi cikgu...dia x pk pn pasal mulia ke, apa ke, semua tu org yg iktiraf. Cikgu pn orang jugak! Cuma sekarang kerja cikgu dh x mudah, anak2 dh dapat pengaruh dr luar...budak3 dh x percaya cakap cikgu. Mak bapak dh lebih advance. Anak2 dh dibela kalau kurang ajar. Anak2 dh x rasa kepentingan belajar dalam hidup. X belajar pn x pe. Mak abah soh g sek, kalau x tak de sape kat umah. Ada kes mcm ni. " ayoo cikgu, nape cuti...susah la mcm ni." hah ! Cikgu = baby sister you! Sabo je la. Mereka dh senang...anak2 kita juga sama. Tapi alhamdullilah.. Sebab kita cikgu, kita akan faham masalah cikgu. Kita x kan bg muka kat anak2...
Cikgu pn orang jugak! Cikgu pn manusia jugak. Kerjaya cikgu tu baik, tapi kadang2 yg jadi cikgu tu yg prob. Sebab tu ada cikgu cabul budak la, nagih la, ngedo la. Semua kerjaya pn sama. Masa kita jadi pensyarah dulu...ada gak yg nagih, yg mencabol stud. Kakak kita yg keja kat spital pn cakap, ada je kawan2 dokter dia yg x senonoh. Cuma kalau cikgu je tv hebah2 kan. Sebab cikgu mulia. Ha macam tu la.
Kalau nk kata jadi cikgu senang...x jugak, nk kata susah pn x jugak. Biasa2 je. Cuma rasa tanggungjawab. Deal ngn manusia adalah lebih mencabar. Bukan senang nk sabo ngn kerenah anak orang ya anak orang. Bukan senang nk penuhi impian lpm, kpm, jabatan, ppd dan pengetua. Tapi semua kerja pn sama. Kata mak kita..."bkn senang mak nak ada anak2 yg berjaya semua...kalau x de cikgu..mak x boleh nk ajo korang!" he he he melalut. Sepekara lagi...bukan senang nk jumpa org yg mulia dan kerja pulak cikgu. Kita dh tentu la x... Asik nk term**i je..bebudak kalo x fhm2 nk cari root of the quadratic equations yg senang nk ma**u* tu...
Peace!



Cikgu suhaila, cikgu nadrah dan cikgu sonita. Meronggeng ke JJ beli makeup Stage!
Ingat kawan2 cikgu adalah orang jugak. Kerjaya cikgu yang mulia.....
He he he ...
Tata


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 5 Mac 2011

Majlis maulidul rasul

Assalamualaikum
Semalam kami ada majlis Maulidurrasul kat SMKTD. Alhamdullilah. Ustaz dari SMK Tanjung Sedeli...Ustaz Syed Nurul Fazli. X ngantuk pn. Tapi ustaz tegor pasal pakai tudung segera yang dipinkan kat tengkok...menyerupai sister kat gereja. Jatuh hukum murtad perbuatan. Ngeri ko. Emm pas ni jangan buat, nasib la kita mmg x suka bt gaya tu. Lagi satu, pakai baju jarang...boleh tapi lining. Jangan pakai inner...menyerupai x pakai sebab ikut bentuk tubuh. Wah! Wah! Kena jaet lining la ni...sbb semua baju yg shantex tu jarang!! Toncet x leh tinggi2...tapi rambut kita panjang. Tu yang melekat kat kepala. Yang lain2 tu pengetahuan biasa.
Meh nengok gambo ustaz



Ni la ustaznya...thanks ustaz.
Kita dengar penug khusuk taw...tapi sambil2 marking buku math f3. Ngeee x baik buang masa..



Cikgu Sonita, Ustazah Zunaidah n Cikgu Suhaila.

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 4 Mac 2011

Bingung

Assalamualaikum
Selamat malam kawan2
Kita binggung la nk memenuhi kehendak orang2 tertentu.
Apa ea yg ada dalam fikiran org bila nengok kita...???
Entah la....binggung la.
Alahai x payah la nk sakit hati. Bukan kita mintak sedekah duit orang...bukan kita susahkan orang.
Kita dh puas susah. Puas sangat. Kita baru nak rasa selesa sikit. Kita pasti beringat! Pasti.




- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia