Khamis, 30 Jun 2011

Roti jala yang jadi

Assalamualaikum
Lama ya x update...he he he sibuk. Entah apa yg disibukkan tah. Sebab sukan sekolah. Kita jadi yang penolong rumah sukan. Kena la outstanding sikit....kot2 taun depan yang jadi ketua pulak. Wakakaka. Berusaha lah!



Muka Doremon yg sakit. Cian.



Berusahalah! Calon2 ketua rumah sukan 2012@ 2013. He he Pn. Suhaila Dan Pn. Siti Noraini.


Sempat gambo dalam khemah. Tengah human yang amat lebat. Tiba2 khemah gerak...lariiiiii



Anak2 laksamana sibuk bergambo. Nasib baik atlit.


Tiba2..."krak..krak....lari..lari....lari. Hujan yang amat lebat ngn angin kuat. Sampaikan sukan dibatalkan. Masa kejadian lari2 dalam hujan ni kan....tiba2 cikgu siti Noraini jerit dalam hujan " kak su!!! Ada so rang budak x mo lari...kita kena selamatkan dia....sebab kita yg nak jadi ketua taun depan"
" erkkk!!!!" Rupanya Chong Jung Song dr 5j3. Entah apa masalahnya...tapi kami berjaya selamatkan dia.
He he he .

Ok ok balik kepada Tajuk " roti jala yang jadi"
Betul tau, jadi. Alhamdullilah. Resepi Dari MIL. Ya mak mos la, sape lagi. Pas tu, makan ngn Kari ayam yang mak mos masak. Sedap....



Jadi kan? Kan? Jom semak resepi...Ha...mak kata masuk an 21/2 cawan santan dalam blender, 2 cawan tepung gandum, 2 biji telur, 1/2 sudu kecik garam, sikit serbuk kunyit. Blend sampai x berketul. Cewah....
Pas tu kawan2 kat FB dok Tanya...nape mcm tu jalanya. Sebab kita gun a cetak yg beli kat Mimi ( kawan FB)



Yehaaaa....dah ado. Botol muncung 3. Rm9, siap pos. Thanks kepada kak Gee yang bagi link Mimi. Dapat la kita buat roti jala yg macam wafer tu. Emmm mesti masa bulan puasa nanti kita buat roti jala.

Tata
-Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 22 Jun 2011

Berada no43, jalan bacang 24, taman Kota Masai.

Assalamualaikum
Hari ni x terlibat dgn meeting pmr. Syukur. Dapat uruskan payment kat EON bank kat Taman Mawar. Nasib baik highway Masai- Desaru dah bukak. Cepat sikit perjalanan. Jimat 1 jam.
Siap2 je urusan, terus g umah lama. He he he. Bersih. Pandai adik2 Jaga. Tv, peti ais, perabut2 semua dalam keadaan baik. Senang hati.
Langsir pun derang anto dobi......



Rindu nak menjahit langsir semula. Teringat kain Elyza ni beli kat Internet. Dapat murah. Hazdi Home Deco. Berusaha..... Tapi sekarang...dh x sempat nak menjaet. Langsir kat umah dah 3 taun....x ganti. Nk jaet..x de mood. Huhuhuhu...dulu ni la 1 tingkap kat ruang tamu. Sekarang...Ada sliding door atas dan bawah. Ada pintu kayu 3... Aaaaaa...manyaknye....upah je la...kih kih kih.

Emmm dah pukul 5. Jap lagi nak balik sg.kapal.

Tata.





- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Harmoni 9,Pasir Gudang,Malaysia

Sabtu, 18 Jun 2011

Pudding recycle ????

Assalamualaikum
Selamat petang. Dah kudapan ? He he he
Kita buat pudding cocktail. Ini gara2 patah hati pagi tadi yang buat roti jala x jadi. Tapi sangat la M nak buat puddingnya.
Bila bukak peti ais...ternampak banyakkkk sumi..ting !!ting!!! ting!!! idea datang..



Macam2 versi ada manga,
Stoberi, sumi kale2....

Sekarang ni orang dah ada banyak duit. Kalau kerja kawen mesti bagi beg2 bagai ( goodies bag ) Dalam beg taruk gula2 la, bahulu la atau pun sumi. Anak2 dah mo makan. Langsung x pandang. Longgok la dalam peti ais yang ala2 stor tu. Nak buang sayang, x sampai hati. Sakitnya hati. Tu la kita kan dah bincang2 ngn Kak Long, kalau puji n puat kawen nanti bagi telo bungkus ngn tisu. Jimat. X kesah la org nk cakap apa. Kalau telo, boleh gak buat sambal tu is telo. Kan?
Ehh tersasar...sudah



Setelah dicocktailkan....mana
Sumi2 semua??? Nyorok...




Adibah punya...dia memang suka!

( mama....buat la pudding dia betul2...x payah jimat sangat........eeee gerammya!!!!)

Tata

Post using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 17 Jun 2011

Huwawawa roti jala x jadi....


Assalamualaikum

Sedihnya...ari ni memang dah rancang nak masak roti jala. Pagi2 bangun. Masak kari ayam. Bancuh tepung roti jala....tapi nape x jadi..rasa ya dah betul resepinya..



Kenapa jadi lempeng?

Ke sebab cetak yang ni?



Cetak ni senang, tak berece2
Tak comot.

Frustration tol tau!!!!

Sape Ada resepinya yg jadi?
(Tu la selalu silent reader jek kat blog masak2.. Bligh CMG, Blog kak ummi, blog TTM...blog kak su72.. Blog kak nani, blog kak suria...)
Ha jangan la mimpi sifu2 masak tu nk baca n3 sedih ni dan memberi tunjuk ajar....* nanges*

Tak pe...petang ni nak Cuba lagi. Nk google yg lain. Yang tadi x leh pakai.

Tata.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Perempuan

Assalamualaikum
Agaknya kita dah terlalu banyak membaca. Terlalu banyak nengok drama kat tv. Tapi kesimpulanya....semua dugaan hidup. Macam cerita Anissa. Sedihnya bila kawan sendiri buat macam tu. Kawan yang dipercayai. Kawan yang tempat melepaskan kupu2 dalam perut. Buat hubungan ngn suami. Kadang2 geram, terpikir gak..Ada ke org jahat macam tu? Dah tentu lah ada. Ya Allah, berat sungguh dugaan.
Tapi perempuan selalu mengalah. Selalu memaafkan. Selalu terlupa pada kesedihan. Selalu mengharapkan perubahan. Selalu leka. Selalu terluka. Bukan pada orang lain, jadi juga pada diri sendiri. Bila tengok keadaan perempuan yang digula2an...dalam tv la...eeee.. sakitnya hati. Keluar la Persoalan, kenapa maafkan? Kenapa dah lupa? Kenapa g2?...tapi sebenarnya perempuan memang macam tu. Rakan sejawat kita kata kita cepat cair ngn asben. Kita cepat termakan pujuk. Entah la, kita rasa kita malas nak bersakit hati. Rasa x selesa. Rasa x best. Sebab tu kita cepat cair. Cepat maafkan. Cepat makan pujuk. Setiap hati yang Allah jadikan Adalah untuk bahagia. Mencari bahagia. Berbahagia. Memang dah terkaji oleh psikology2...hati yang bersih, hati yang memaafkan, hati yang positif Akan mencapai bahagia. Perempuan Lebih cepat bahagia. Macamanapun dugaan hidupnya, tetap bertabah, bertahan untuk membahagiakan hatinya.

Kita sangat kagum ngn perempuan yang Akan selalu mengalah dalam membahagiakan orang lain. Kita memang cepat ngalah...tapi bukan dengan kita makan hati. Ada perempaun yang dah terang2 sang suami membinasa hatinya. Tapi tetap bertabah dan bertahan. Kita memang cukup respek ngn perempaun yang begini. Rasa2nya kalau duduk berbual2 tu...dah terbau2 surga. SubhanAllah. Beraninya perempuan begini menempuh hidup. Mengatasi dugaan hidup.

Tapi kita juga kagum dengan perempuan yang dapat menguasai sang suami sedara Total. OMG. Beruntungnya....sehingga sekecil2 perkara pun mendahului isteri. Kadang2 kita rasa...best betul bila semua keputusan di buat perempuan@ bini. Syoknya ea..bila boleh arah itu ini dengan nada "ngarah" sang suami.kagum kan. Tapikan...kita cepat muak..bila ditanya..terutama kepada sang suami..jawapannya..."mana a abg tau.." " ikut awak la.." eee...aje ke bala! Bodoh beno...semunya x tau. He he he emo.

Banyak lagi nak taip, tapi mata dah kelat,
Inshallah kita sambung lain Kali....

Tata





- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia


Hifc jjbtr

Selamat hari bapa

Assalamualaikum
Selamat hari bapa! Kepada suami. Terima kasih sebab telah menjadi abah yang hebat kepada Adibah Aqila dan Aiman Aqil. Semoga akan terus menjadi abah yang hebat. Dipermudahkan Allah dalam mengurus anak2. Amin.

Selamat hari bapa juga kepada abah kita. Terima kasih abah sebab menjaga kita dari kecik sampai dah beranak 2. Semoga Allah merahmati abah selalu.

Selamat hari bapa kepada semua bapa2..

Tata.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 11 Jun 2011

Majlis kawen anak Hj. Murad

Assalamualaikum
Hari ni badan macam nak demam. Sakit kepala, tekak bengkak dan idung ala2 tersumbat. Tapi ada kerja..x boleh nk layan rasa x selesa ni. Malam ni mesti marking paper chemistry 4J1. Kalau x cikgu siti hajar susah.
Semalam baru sampai Dari putrajaya, hari ni dh ke JB pulak. G kerja kawen anak Hj. Murad. Adibah. Anak abg murad yg sulung. Abg Murad ni, sepupu enchek suami. Maklum la...encek suami x de, MIL x de...maka kita la wakil.
Jumpa ramai sedara mara enchek suami. Semua tanya..." mana ading..?" eee tensen tau." mak mos mana?." Eeee sedih tau!
Sebab badan dah x selesa, kita balik awal. X sempat tggu pengantin. Kita cuma tangkap gambo barang2 hantaran je..



Dari pihak lelaki.



Dari pihak perempuan.


Perghhh x boleh handle kecomelannya.


Sirih junjung. Semua bunga segar...Dari pihak perempuan.

Ok. Dah x daya. Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 10 Jun 2011

Highway baru...

Assalamualaikum
Lupa nk kasi tau la. Tadi kita balik, kita dh guna highway baru. Senai-Desaru. Tol rm7.90. Kata pree. X pun. Tetap potong TnG kita. Cepat jugak la, sbb x masuk kota. Masa nk lalu jambatan teluk sengat, kita soh aiman tangkap gambo...



Paling suka gambo ni...real cantik.


Masa nak lalu jambatan. Kami semua jerit2. Yehaaaaa!


Air teluk sengat. Ahhhh akhirnya..


Tiang jambatan. Tinggi dan ada 2 lorong.


Aiman n adibah...enterprem.

He he he
Ada bakat la anak mama ni. Cun2 gambo dia snaped.

Tata


Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Haji Mohd Sah,Kota Tinggi,Malaysia

Dah selamat sampai

Assalamualaikum..
Alhamdullilah, perjalanan Dari putrajaya ke kg sg kapal..x de aral Dan rintangan. Syukur. Kami bertolak pukul 10.30 pagi Dari rumah baru kak long kat persint 9, sampai rumah pukul 2.41 ptg. Lenin kurang 4 jam 13 minit. Non stop. Ehh Ada stop kat petronas macap tk isi minyak. Nasib anak2 tido sepanjang jalan. Jadi x de la agenda makan2 ngabiskan duit. Kih kih kih. Dasar kedekut punya mak!

Balik2 je trs basuh baju. Nyapu. Ngemas Dan setting iPad. Perghh letih. Yang palingenesis best bila... Rupa2nya MIL dah basuh n gosok baju sekolah anak2. Thanks mak! Entah mcmana la kehidupan kami Tanpa mak sebulan ni. Semoga sukses!!

Ok la... Nak blogwalking guns ipad2 nih. Beso tul dia Nyerere skrin..

Tata

Jumaat, 3 Jun 2011

Yehaaa...zoo Taiping...

Assalamualaikum..
Semalam kak As n Abg Is bawak anak2 mereka dan kita dan anak2 kita ke zoo taiping.
Best ar zoo taiping. Lebih best dari zoo melaka, walaupun zoo taiping under renovation. Ada banyak binatang....kandang dekat2..jalan kaki memang puas hati...yang paling seronok bila adibah n aiman seronok la.
































































Memang best la zoo taiping ni. Best bila anak2 suka....

Tata
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kampung Melayu Bt 13,Sungai Buloh,Malaysia

Perjalanan ke kodiang, kedah...hari ke terakhir

Assalamualaikum
Perjalanan kami teruskan pada hari ketiga. Terakhir. Pagi2 dah bertolak dari ulu mahang ke kodiang. Perjalanan dalam 3 jam. Sangat haru..sampai2 je..tuan rumah belum balik. Allah...panas, penat n lapo...nasib ada umah nenek waaa. Kami menumpang kasih. Makan serawa durian ngn pulut. Tunggu punya tunggu..x sampai2 gak tuan rumah. Maka kami pun berjalan ke Bukit Kayu Hitam. Emmm x de apa2 pn...pas penat, kami pun g umah anak sedara mak..abg fuad kat arau. Makan, mandi n rehat. Kul 9 baru sampai semula ke kodiang...



Pemandangan sawah padi di sepanjang perjalanan. Tiba2 kenyang....dan teringat beras sedap yg sonita nk bawak balik.


Sabo je la. Sampai2 tuan rumah lum sampai sebab g daftar surat beranak baby.


Abg Is n Kak As. Thanks a million. Tolong sambung perjalanan mak nak ke rumah kak mas.


Makan serawa durian kt umah nenek waa. Nasib nenek waa ada kat umah.


Sempat jenjalan kat bukit kayu hitam.


Ini la kak Jumasni, dan baby baru..ahmad faris hamizan. Sebab ini la kami GIGIH ke kodiang. Syukur.


Kaki paling comel yang x sempat digigit.


Best la...sawah padi, banyak pokok pelam.


Suhaila n Asmiada my best Biras ever!!!


Shida, anis n adibah...we are cousin!


My cantik Adibah Aqila Ahmad Mahdzir.


My ensem boy...Aiman Aqil Ahmad Mahdzir.


Makan pelam telur bawah pokok pelam tepi sawah...memang meletop!!!

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kampung Melayu Bt 13,Sungai Buloh,Malaysia