Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...minalaidilwalfaizin..


Assalamualaikum...



Macamana persiapan raya? Emm dh tentu semua dh siap kan, kan esok dh raya. Mungkin cuma nak touch sikit2 aje. Kuih muih dh masuk ke dalam balang?? Kita lum lagi..jap lagi la. Kita pun nk buat biskut terakhir...malam ni. Kih kih kih. Alahai entah kenapa tahun ni...persiapan raya kita agak lambat...mood nak raya tu terstop sekejap...bila pkkan pasal anak2..masalah tolak tepi la...yang penting esok hari raya.
Teringat masa budak2 dulu..seronok sangat nak raya. X payah masa kanak2 la..tahun2 lepas..kalau baju raya tu..5-6 pasang. Sakan. Tapi tahun ni..2 pasang aje. Pas pakai kita basuh la..kan, pas tu pakai la balik kan?? Bak kata ading..." kan dh banyak baju....."
Dia ingat sama ke.? Baju lama dengan baju baru??? Eee x de feel langsung kan???
Ok la ...


Dikesempatan ini, kita nak ucapkan Selamat Hati Raya kepada semua yang singgah blog kita. Semoga semua yang singgah kat belog mendapat keberkatan Allah di malam raya ni. Kita nak mohon maaf zahir Dan batin andai Ada kesilapan yg telah kita lakukan sepanjang kita berbelog.

Salam sayang Dari kita..kaksu.
Selamat Hari Raya.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Selasa, 16 Ogos 2011

Peluang..

Assalamualaikum

Perlukan peluang?
Peluang semacam satu lagi ruang...
Ruang utk menduka larakan
Peluang paling mudah disiakan
Peluang membuka kesempatan...

Berilah dia 1 peluang...insyallah

Tata






- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Isnin, 15 Ogos 2011

Cermin Dan Kepercayaan

Assalamualaikum

Memang betul kata2 aidil dlm FBnya...

Kepercayaan macam cermin
Kalau pecah....digam, dicantum..
Bekasnya tetap ada..
Sampai bila2...
Jagalah cermin kita...jangan bagi pecah..
Jangan bagi jatuh dan terus hancur...
Nak cermin yang lain...x kan sama.

Sesungguhnya sepi itu sangat menyakitkan...
Kekosongan itu sangat membungkam jiwa.


Tata.



- Posted using BlogPress from my iPad

Ahad, 14 Ogos 2011

Sepi

Assalamualaikum

Kini hati saya sunyi n sepi
Hati saya telah tiada apa2..
Ia kosong....

Tata


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Selasa, 9 Ogos 2011

Air Bandung Cincau = BANCAU

Assalamualaikum



Selamat malam. Dah balik terawikh ke? Kita buat yang 11 aje. Tapi esok rasa dah x terawikh kot. Mood dah swing la. Ni mesti dah nak peot ni....
Kita baru 3 tahun ni la terawikh, ala..masa bujang kat U, x tinggal terawikh. Teringat masa kat UITM, masa tu tahun 1992..pusat Islam ITM baru buka. Semanggat nak g terawikh. Jalan kaki je Dari Kolej Kenanga. Kita akan g dengan salmiah Dan Isma. Jalan kaki. Ada satu malam tu, pas sembahyang maghrib, kita pun nak la g terawikh. Kita kan kalau nak g masjid tu, siap2 l pakai telekung. Kain kita pegang. Nak di jadikan sebab, kita masa jalan tu terdengar2 org dok sok sek sok sek " pakai telekung tapi pakai skirt, kaki nampak" sepanjang jalan dengo cam tu.. Kita siap toleh2 cari sape la yg gile tu. Tetiba sampai kat pintu masjid, ada sorang mamat ni, Tarik kita...
Dia cakap " Kenapa pakai skirt...tapi pakai telekung" eeee Malunya kita. Isma Dan Sal pun x perasan. Malu betul...rupanya yang gila tu...KITA.
He he he merepek melalut pulak kita. Tapi kita sampai sekarang style g terawikh pakai telekung kain pegang. Dalam kita pakai baju kelawar je...selesa. Alhamdullilah.

Eh kita nak bagitau, kita buat air Bandung Cincau. Pernah minum kat Chamex Kopitiam. Pas tu kita baca blog Kak Fauziah ( DariDapurKak Gee) unclepali buat Bandung Cincau pakai ais krim soda...Kita mintak kebenaran ya kak gee tk kongsi resepi ni.



Memang meletop rasanya. Senang pulak tu. 1 tin susu sejat campur dengan air krim soda taruk ais. Goncang sampai sebati. Tambahkan Cincau. Goncang sampai buih. Sejuk je lalu kat tekak. Nyaman.

Cuba la.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 7 Ogos 2011

N3 puasa ke 8

Assalamualaikum.
Lama ea kita x buat n3. Bukan malas, tapi tak sempat semadang. Entah apa yang disibukkan sangat. He he he. Sebenarnya bila asben ada, kita memang jadi sengal. Jadi manja. Jadi MALAS!!
Alhamdulliah ea..dh 8 hari kita puasa. Aiman n Adibah pun sama berjaya puasa selama 8 hari ni. Sayang anak2 mama. Lebih2 si Aiman yang banyak angin tu. Tapi puasa ni buat aiman sabar.




Kita masak soto. Semua orang makan, Aiman je yang x makan. Aiman ni pelik sikit perangainya. Tak suka makan makanan yang pelik2 kat mata dia. Masa buka ni kita suap dia makan, dia makan sambil nanges. Emm sampaikan mak kata, pasni masak Nasi je..sebab Aiman kata dia cuma nak buka Nasi yang putih, sebab Nasi yang putih tu bagi Aiman Energy. Geram je kita. Kita yang buka x reti nak buka Nasi. Nanti kita kenyang, masa terawikh kita ngantuk!!

Sepanjang puasa yang 8 hari ni, kita masak untuk berbuka. Kita pernah buka mee sup, mee hoon sup, soto ayam Dan mee rebus tulang Dan ayam panggang blackpepper. Baki hari 2 hari lagi dah pastilah MIL yang masak. Ngeee.
Kalau yang mee-mee mesti kita yang masak. Hari ni, kita verangan nak masak mee Kari la..tengok la nanti. Kita pening memikirkan pasal Aiman nak makan apa. Kita yang tak taunak masak lauk. Tapi teringin pulak nak masak ayam masak Palembang. Rasanya kita dh banyak baca blog2 masakan yang masak ayam Palembang ni. Macam cara gak kan...sayur Kailan goreng dan kuih cara berlauk. Yeah!!!!! Verangan kan x kena bayo...

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia