Jumaat, 25 November 2011

BOTOK2....ramai jugak yg tak pernah makan...

Assalamualaikum...
Alhamdullilah...petang ni kita boleh buat n3 baru. Biasanya petang melepek. Muntah. Mabuk....dah abis ni mabuknya. Syukur. Apa taknya...seminggu je lagi nak marking paper SPM. Kalau PMR tu, ada jugak mudahnya. Tapi yang SPM ni...agak mencabar....perlu focus.

Oh...disebabkan kita ok hari ni, kita cakap ngn MIL kita nak buat Botok2. Memang la kita x tau nak buat, tapi kan sekarang ni resepi di hujung jari...google je. Tapi kita biasanya buat lawatan Dari dapur ke dapur blog2 masakan. Yeahhhh.....macam tau2 je CMG ( blog tiffin biru ) kita cari resepi ni....ha ada ko resepinya. Thousand Thanks to CMG...kita je yang kenal CMG ni melalui Blog Tiffin Biru..tapi CMG tak kenal pun kita. He he he...x kisah la kan...yang penting ilmu yang disebarkan lebih berkat.

Masa bertugas kat sekolah, hari rabu tu, kita merayap kat taman herb ngn ustz madir. Kita amik pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk kaduk, daun cekur, daun selasih dan daun kunyit. Best kan? Kak Gee yang jaga taman ni...thanks Kak Gee and Madir. Cuma pucuk ubi, pucuk betik dan daun kesum tu ada banyak kat rumah. Emmmm kalau ikut2 resepi CMG dah cukup daun2 ni...

Alhamdullilah...hari ni terrlaksana cita2 kita nak buat botok2. Bila kita tanya2 ngn kawan2 ramai tak tau apa botok2. Tapi BOTOX semua orang tau. Kita pun pertama kali makan botok2 ni masa tahun 2000. Datin Ara...Dari Taman Sri Aman bagi. Datin ni bekas Mak sedara Ading. Rasa dia pedas2. Sedap la kat tekak kita yg ngandungkan Adibah masa tu. Bila kita suka, selalu la mak cik tu bagi.

Lepas tu,masa kita duduk Kota Masai, Ada sorang pakcik jual botok2 ngn moto masa bulan puasa. Selalu sangat la kita beli bt sahur. Lepas pak cik tu balik Haji..dia dh x jual. So lama kita x makan botok2 ni. Sampai la malam jumaat 2 minggu lepas...kul 3 pagi kita tingin nak makan botok2. Kita msg Kak Miah BBU....esoknya kak Normah dah hantarkan kat hospital. Perghhhh sedapnya...




Ni gambo persiapan Botok2. Semua daun2 herba kena susun atas daun pisang, lepas tu taruk rempahnya. Taruk Ikan tenggiri, taruk lagi rempah susun lagi daun2. Bungkus macam nasi lemak. Kukus.
* rempanya....kalau ikut resepi CMG..3 ulas bawang beso, 5 ulas bawang kecik, 4 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci halia, 2 sudu lada kisar, 3 stgh rempah Kari, 2 sudu kerisik, 1/3 cwn santan. Tumis sampai naik minyak.* kalau nak detail...g skodeng BLog CMG.


Ni rupa botok2 kita lepas siap dikukus. Sedap sangat. Emmm sedap tu kan subjektif, kita bila peknen ni suka la...tapi tu la malangnya..kita x boleh makan nasi banyak...kencing manis la katakan. Jadi tadi kita ratah je. Tu la dah jadi panas badan ni. Makan rempah kari. Asik berpeluh2 je...malam ni mak x kasi makan. Simpan utk esok pulak. Malam ni kita makan roti ngn air Milo kosong je la....

Kepada yang nak cuba, x pernah makan....cuba la. Bagus tau botok2 ni...sebab dia guna herba2..mak kata makan lepas beranak bagus. Tapi kita x tunggu beranak la...ngandung dah makan. Hihihihi....

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 17 November 2011

Sudah ada human pen??

Assalamualaikum
Setelah 3 hari ddk wad kat HKT, setelah berhempas pulas menjaga makan minum, sudah puas amik darah 10 tabung, akhirnya Dr. Azilina yang putih dan cantik confirmkan..." kena cucu insulin ya kak"



Ada 2 bag, sebab ada 2 dos insulin yg kena masuk dlm badan. Siang dos lain, malam dos lain. Siang cucuk 3 kali malam nak tido sekali.



Tu dia, Human Pen. Memang x menakutkan kalau nak beza ngn jarum yang Misi guna. Misi guna jarum yg macam " Mat Pit " guna. Sentap!

Ni tengah tunggu org farmesi datang tunjuk cara nak guna Human Pen.
Mintak2 la gula boleh dikawal lepas ni.

" ya Allah, kau jadikanlah anak dalam kandungan ini, anak yang sihat, sempurna berakal dan pandai."
Amin, Amin ya Allah.

TaTa


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kota Kecil,Kota Tinggi,Malaysia

Rabu, 16 November 2011

Day 70 1st trimester

Assalamualaikum
Semoga semua yang singgah kat umah ni dilimpahi rahmat Allah. Syukur alhamdullilah, tuan rumah pun sihat fizikal, tapi masalah kat darah .

Semalam lepas aje check BSP 2 kali kat KD Sg Kapal, misi Azi terus kuakan surat utk addmitted kat HKT. Eeee malas betul, dok pk kerja2 akhir tahun kat sekolah. Tapi bila pk pasal baby dan nasihat dari Kak Ning, ok...kita gagahkan gak diri ke HKT.



Kita ditempatkan di wad ibu mengandung di aras 3, kelas 1st kelas. " kelassss...ko maria...." he he he alah dh kerja kerajaan memang la kat sini tempatnya. Bayaran cuma rm3 sehari. Ngee...

Mula2 jumpa dr dulu, kat bilik no 7, kami bual2..tanya itu ini...best aje statment dr...
Dr : sakit apa ?
Kita: kencing manis masa peknen
Dr : ehhh muda2 ngandung x kan ko kencing manis. Tak patut ni diabetes muda2...
Kita: ya...bacaan BSP tinggi.
Dr : **sambil check borang...ehh ko dh 37??? Dah tua x patut peknen...patut diabetes...tapi x pe, kita ubat awal..bia baby sihat ya.
Kita : ...ya.

Bila masuk je wad...kita terus amik darah dalam pukul 7ptg setabung. Bacaan BSP 10.6. Lepas isya' dlm pukul 930 mlm, amik lagi setabung. Masa tu kita dah ngantuk sangat. Tiba2 pukul 10mlm misi kejut..nak bagi ubat tripilin ke apa namanya. " misi cucuk masuk ubat ea cikgu...gulanya tinggi lagi la..." ish ish..



Ni pagi2 dah kena amik darah setabung, belum sarap. Ehh kira dah la..sbb ading belikan epal hijau semalam. Tengahari kang amik lagi setabung. Tengok...kaki kita bertambah kecik taw...asik amik darah je...@!@

Ni nak tunggu dr check...nak tanya banyak soalan....

" Ya Allah...jadikanlah anak dalam kandungan ini anak yang sihat, sempurna, berakal dan pandai "
Amin ya Allah. Amin.

TaTa





- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Jalan Kota Kecil,Kota Tinggi,Malaysia

Isnin, 14 November 2011

Day 67 1st Trimester

Assalamualaikum...
Semoga semuanya dalam lindunganNya. Apa khabar? Diharap semuanya sihat. Kita? Tak berapa sihat la...badan ni lemah aje..emm lemah ke malas? Entah la....tak larat la. Perut ni asik rasa tak sedap. Tak tau nk cakap tak sedap macamana..kadang2 senak, kadang2 sebu, kadang2 macam rasa senggugut. Kenapa ea?

Sekarang kandungan kita dah 67 hari. Alhamdullilah. Tapi yang x bestnya pregnant kali ini, kita diabetes pulak. Tinggi pulak tu bacaan gula. Risau la. Lagi2 bila baca kesan diabetes pada baby. Ya..Allah, sihatkan la anak dalam kandungan ini. Aduhai....risau.

Semalam pagi2 lagi Misi Azi dr Kelinik Desa Sg Kapal call. Minta buat check darah 4 Kali sehari. Sebab ujian darah minggu lepas yang bacaan ya abnormal. 12.6 sebelum minum air gula dan lepas minum air gula jadi 14. Alolololo....nape ni? Kita x makan nasi pun. Kalau makan pun, sikit aje. Bukan diet..tapi bila makan...muntah. Aduhai..risau betul.

Nasib baik la ketua pemeriksa kita baik hati dan sangat memahami. Dia bagi kita check darah kat kelinik kempas. Esok, keputusan darah keluar, Misi kata kalau 2 bacaan abnormal...admitted ward kat Hospital Kota Tinggi. Tak pe la duduk dalam ward asalkan baby sihat...

"Ya..Allah, jadikan lah anak dalam rahim ku ini, anak yang sihat sempurna berakal dan pandai"
Amin...Amin ....Amin.

TaTa.









- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 10 November 2011

Bila nak abis semua ni?????

Asslamualaikum...
Kita dah tak tahan nak nengok kertas2 ni...muak taw!!!!
Bila la nak abis semua ni.....??




Arghhh...tensen...stresss.....
Ni tak campur lagi yang KIMIA F4, MATH F2....alolololo...

Sebenarnya kan kan...
Kita dah x sabarrrrrr nak jaet ni...



Macam syok je...susun kat atas meja guru kat sekolah...kan???
Cepat la masa berlalu.....

TaTa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Isnin, 7 November 2011

Puji dah selamat bertunang.

Assalamualaikum...
2-3 hari ni sibuk la sikit.
Mana taknya, nak raya aji, puji nak tunang pas tu nak marking paper PMR pulak. Agak haru biru gak hidup. Lebih2 lagi bila jam tunjuk kul 3 sammmmmpaiiii........ malam....mabuk! Makan muntah. Letih. Tapi x pe....berbaloi...utk dapatkan sorang Baby yang cumils macam adibah n Aiman. Amin. Amin.


Malam ahad 6/11.....berbahagia Adik kita Iman Fauzi Dan Sharifah setelah selamat bertunang....



Tahniah kepada sharifah....Dari kakak2 Puji semua....dalam gambar ni Ada Mak, Kak Long, Ijan, kak La ( tuan belog lor..), Kak Ju Dan Kakak tecik..Qistina Hani. Kak Ning je tak de...walaubagaimanapun, Kami semua adik beradik Puji, tumpang gembira. Semoga Akan ke Jinjang pelamin hujung tahun hadapan....



Yang mana puji????....yang tembam tu la...ujung sebelah kanan. Suka kita orang..puji ni mendengar kata..kak long kata " jangan nak ngada2 gambo2 bagai....tak baik" sambung kak La " ha-a puji bukan retis.. duduk kat balai pun dah untung...."
Betul puji x masuk pun umah tunang dia...dia tengok at kamera bila dah sampai rumah, gambo tunang dia. Macam tu la adik Kakak!

Kak la doakan puji dapat menghadapi semua halangan Semasa bertunang dengan jaya. Semoga direstui Allah Dan Semoga ke Jinjang Pelamin!

TaTa.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha...

Assalamualaikum...



Cantik kan?? Damai aje kan? Tapi kan...ni bunga kuburan ea?





Pun comel kan?



Selamat Hari Raya Haji semua....
Semoga Hari Raya Haji tahun ini penuh dengan keberkatan...
Amin...

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, 3 November 2011

V6 telah bertukar fungsi...

Assalamualaikum semua...
Semoga sihat dan sentiasa ceria di bawah LindunganNya
Kita x berapa sihat. Bleeding sikit. Renyah agaknya. Peknen umo dh agak banyak ni..banyak cabaranya. ( Kata Dr Zul ) sabo je la..
Semalam kan masa kita nk g kelinik, nak masuk je keta V6, tengok2 ada makhluk Allah. Halau2 x mo jugak kua....



Nampak x? Makhluk apa? Ha..ya la burung kecik. Ingat sangkar dia apa? Wei! Ni keta orang la.... kua ! kua ! Tapi kan Kita dah bukak pintu keta...sikit pun bird tu x gerak. Kita shooh shooh baru
la mengelepar.



Terbang pulak ke depan....berak pulak tu...aishhh...dah la kita ni mabuk. Muntah! Nasib baik la jugak V6 ni furnishing dia leather. Ading lap-lap aje. Eeeee...
" abang.....kita patut transform v6 kepada Oddesey la..."
Boleh bayang apa response Ading????
Mari teka bersama2....

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad