Khamis, 26 Januari 2012

Percutian 2 mama bersama 5 anak....

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina...
Sempena raya Cina ni, kami...kami?? Ohh..kita dan sonita telah merancang percutian dengan anak2 SAHAJA. Abah2...sila cari duit.
Percutian yang dirancang ni..asalnya ke Bukit Tinggi. Cewah...tapi di tukar disaat2 akhir ke LOTUS desaru.
Jauh kan jarak antara desaru ngn Bukit tinggi? Abaikan.

Jam 3 petang kami check in. Tapi bukan mudah...setelah beratur 1/2 jam..baru dapat check in. Itu pun ngan insiden yang memalukan. Biasalah...kita x sangka kena beratur berdua2 gamaknya. Kita amik la yg barisan pendek kan? Tiba2 masa dh kua ic..dah sengih2 dapat check in....sorang Cina yang x berapa sempurna ( x de neck )tapi banyak pompuan cantik disekelilingnya ( gundik kata sonita ) berkata " dik...kami semua beratur..." ha....???? Lu..Kalau nak tego dari tadi la kan?? Ni dh sampai kat kaunter seh...dendam tul!

Ok ok...beratur lagi....
( panjang tul jodoh ngn apek kaya x de neck tu...lps insiden tu..kat mana2 aje terserempak ngn dia...)



Ini nana. Anak cikgu sonita....umo..4 tahun di Lotus sahaja !


Petang tu, bermain la kami air setelah membeli ticket extra yang berharga rm5 utk 4 orang sebilik. Tapi anak2 ada 5, kita dh baca...4 tahun ke atas kena bayo 1 pack which is rm38. So...duit cuma Ada rm25. Kami nak 5 ticket, tapi semua rm5..kata sonita. Amoi tya...anak umo berapa...yang paling kecik 4thn...kita kata. Tiba2 sonita kata nana 6 tahun...kita cubit dia...baru dia pasan. Bukan x mo bayo yg extra tu..tapi duit dalam bilik....jauh. Hee sabo je la...nasib lepas tu sonita kata....nana 4 tahun. Selamat! Dapat la nana wristband kale ijau utk budak 4 tahun...



Kita bawak nana main lazy river. Sampai kat kolam pertama...nana terkejut sebab air banyak dan dalam sikit," Nana lemas, nana lemas. " Alamak panic kita...kita angkat nana ke tepi. Pritttttttt wisel. Pritttttt.....x boleh x boleh buat mcm tu. saspen. Lepas tu nana nak jugak main lazy river lagi. Kali ni ngn mama dia....sebab ramai Cina so..kami lepak lagi kat tepi kolam...ala2 bagi kurang orang. Sekali lagi kena sound...kak x boleh lepak2 teruskan permainan. Sabo je la...emmmm nana sesuai main yang gelongsor kecik je la. Walaupun ada warga emas main gelongsor kecik tu....tapi...tetap kena prittttt pritttttt . Cekap Dan Amanah sekali petugas yg pakai baju kale oren nu...














Susah nak cari 4 budak ni....asik ilang je. Nana dh tentu xde kat tempat ni. Nana lemas....katanya. Adibah, Zulaikha, Aiman, Imran....pagi2 dah g sarap...rm17 sorang, cuma makan honey star semangkuk...sosej 5 batang. Mee sepingan. Cis...rugi2...pas tu sibuk nak mandi waterpark.....suka la tu memasing..








Tempat paling misteri sekali......time kelapa tu nak tergolek je...berduyun2 org kumpul2 kat bawah tu, tau2 je...pas jatuh je air...semua org ghaib. Misteri ni. Takut. Tempat favar anak2 jugak. Pas tu marah...sebab x sakit pun kena air tu....



Abg Aiman...nengok ea...Nana menjelam.......entah apa balas Abg Aiman....



Kat sini le nana suka....air yg cetek parat lutut tu je yang dia tak lemas...



Cikgu Sonita .....maaf le kaki je yang paling Ado masa ni.....


Cikgu suhaila....bermalas2 dalam bilik sambil makan kuaci....
Semua gambar di atas di snap oleh Cikgu Sonita dengan ipon kita. Ngeh! Alah...panas pagi2. Lagi pun kita fobia..takut jauh dalam air lagi dek dilanggar oleh budak India. Nasib baby x apa2...



Nak check out pun beratur lama. Anak2 nak gak naik buggy ni. Pas check out. Dapat duit deposit, kita, sonita and anak2 naik la buggy ni. Sampai kat ujung Jalan....kak! Turun...x boleh ronda2. Alamak! Ada2 je kesalahan kita orang. Memang la nak ronda2....tapi kami tetap x mo turun. Nak turun kat depan semula. Nasib x kena heret. Pas sampai depan....cepat2 sonita soh anak2 cakap tema kasih Dan x boleh handle siap doakan mamat tu naik pangkat!



Bye2 Lotus Desaru. Happy kami....anak2 la yang penting. Mama2 cuma nak sukakan dia orang je.....tapi sonita tetap x marking buku math dia....Ada ke bawak buku budak ke lotus???? Ingat dedikasi sangat. jANgan la mengharap! Kihkohkihkih...


TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Ahad, 22 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina...





GONG XI GONG XI...

Selamat Tahun Baru Naga....


TaTa



- Posted using BlogPress from my iPad

Masak apa??

Assalamualaikum...
Selamat malam.



Apa ni? Apa tu? Ha...cer teka?? Percubaan pertama membuat lasagna la..Ha x agak2 kan. Resepi amik dari kotak lasagna. Asal boleh la....nasib agak jadi, tapi lasagna yg belah bawah sekali keras sikit. Kita rasa kena tuang sos susu sikit dulu. Lembabkan sikit dulu. Lain Kali nk bt mcm tu la.

Tak pe, yang penting anak2 makan je.

Sekian aje n3 memasak kali ni. Masak lasagna.

TaTa.

- Posted using BlogPress from my iPad

Creame Puff atas permintaan...

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Cina kepada semua....motif?? Kan semua bercuti, termasuklah golongan cikgu kan. Seminggu lagi cuti bergantinya. Heh...suka cuti, tak suka ganti!

Semalam, kita dengan yakin buat creame Puff. Padan la muka, berjanji sangat kan...janji dengan cikgu Intan. Bila kita SMS nak buat creame puff tk family day Chamek Kopitiam..secepat kilat ko dia reply. Setuju.

Mak ai, penat seh, maklum la dh lama x memasak. Lama sesangat. Lebih kurang 5 bulan. Selama Preggy ni, kita x lalu nk g dapo gamaknya. Ha padan muka. Nak pitam siap kan creame puff. Mula masak pukul 4 ptg, siap dalam pukul 730 mlm. Pergghhh...penat. Tapi bila habis di makan, hilangkan penat. Alhamdullah.







Balance semalam, untuk anak2 kita filling kan coklat. Suka la derang, isikan coklat. Lagi sedap. Coklatnya kena lembik2 sikit baru sedap. Kita makan sebutir je. Buat ubat je. Ya la, penat nak jaga makan bila diabetic ni. Semua x boleh. Kadang2 kita fed up! Ya Allah....berikanlah kekuatan. Ehhh....melalut la pulak. Abaikan keluh Kesah tersebut.

Apapun, thanks kepada Ahli2 keluarga Chamek Bandar Baru Uda, sudi makan creame puff kita. Walaupun chef. Cuma sorang je yang x rasa...Moksin. Sebab, x minum susu. Sabo je la. Thanks jugak sebab semalam ayam bakarnya yang mantap! Sedap habis. Burung puyuh pun sedap....

Kepada sesiapa yang jejalan ke Angsana, sila la ke Chamek Bandar Baru Uda. Menunya sama ngn mana2 Chamek Kopitiam....cuma kopi aisnya yang sedap.

TaTa.









- Posted using BlogPress from Sue iPad

Khamis, 19 Januari 2012

3 perkara yang mengembirakan...

Assalamualaikum...
Hari ni gembira sangat2 sebab LC - Small Short Handle kita dah kat tangan. Alhamdullah. Tema kasih kat Intan. Muahhhhh....

Kehendak hati ni memang la merah menyala2...
Tapi dh Out of Stock la pulak.
Emmm..gantinya kale Bilberry. Cantik jugak.
Tu la..Bilberry pun Bilberry la...



Tu dia....sudah penuh dengan barang. Esok nk bawak g sekolah. Yang bestnya boleh masuk kad merah ngandung...



Sepekara lagi yang buat kita bersyukur hari ni, jam tangan hantaran kawen kita dh jumpa. Mak ai...lama tu miss place. Dah naik putus asa kita cari. Sampaikan terbeli jam Casio. Waa tipu!
Jam kawen ni kita beli masa akhir tahun 1998. Lama sangat berkhidmat ngn kita. Beli kat Pertama Komplek. Suka sebab x de jarum saat he he he. Tajuk Guy Laroche ( GL ) agak sentap harga pada masa tu...setengan ribu ko. Ading layan aje...sebab belum jadi bini. Thanks Abang...Love u very strong la..

Alhamdullilah.

" syukur...kita rasa tendangan yg agak kuat dari baby dalam perut."
" Ya Allah, Kau jadikanlah anak dalam kandungan ku ini, anak ya g sihat, sempurna Dan berakal"
Amin...

- Posted using BlogPress from Sue iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 14 Januari 2012

Tercapai sudah...

Assalamualaikum...
Semenjak peknen ni..alahai, asik nak menda kale merah aje. Semua yg kale merah kita suka..kita gila..cantiknya kat mata kita yg rabun ni. Kalau kat sekolah ada cikgu pakai kasut, henbag, baju, waima pen kale merah pun kita dh suka sangat.
Sampaikan kalau minum air..kita nak air sirap. Sehari x minum air sirap mcm mabuk sangat ari tu..
Bermula dengan natang ni...



Ngeh....semangat nak pakai. Rasa selesa. Rasa stabil...semata2 sebab kale merah...
Pas tu kita meroyan ngn jam Casio Sheen merah. Merata kita tengok. Bedebo2, alamak mahal pulak...tapi cantiknya...
Semalam...kita dapat..



Yang kale merah mukanya dah out of order. Sentap. Masa banyak...x de duit nak beli. Bila dh ada duit...barang pulak x de, inflasi ni. Tapi tali merah pun jadi la...macam nak lompat2...
Coming soon...insyallah..kita dpt satu lagi menda merah..



Wah....harap2 Intan dapatkan satu tuk kita....

Apa nak jadi la kita ni...

TaTa...
- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Awak suka See-T

Assalamualaikum...
Entah kenapa ea malam ni Awak nak cakap...Awak suka Siti Norhaliza. Emmmm...suka CT sebab suara dia sedap. Suka sebab x de gosip2 panas. Suka sebab cantik...suka sebab x seksi. Suka sebab x bukan2...suka sebab dari dulu sampai sekarang SITi tetap Siti...



Entah apa rezeki Awak..dapat jumpa dan salam muah muah ngn CT kat JJ tebrau. Melompat2 suka. Lupa ngandung 3 bulan. Sempat gak doa supaya CT ngandung lepas ni. Insyallah. Kata orang Jangkit. Ngee...
Sedih gak masa tu x ingat pun nak snap gambar...padahal boleh aje guna ipon ni. Tapi awak betul2 teruja dan ikhlas dapat salam ngn CT. Harapkan ading snap gambo...Eemmm x pasan katanya..


Belum terlambat nak wish CT Happy Birthday! He he he apa kes ea...macam CT baca blog awak kennn...

TaTa....

- Posted using BlogPress from my iPhone 4