Sabtu, 25 Februari 2012

Dah siap...

Assalamualaikum...
Selamat malam. Dah nak tido ke? Kita x tido lagi...teringat janji kat Adibah nak buatkan puding roti. Kalau anak2 nak makan ni kena la buat.



Hari jumaat tu, kat sekolah ada port luck. Kita buat puding roti ni. Derang makan sikit aje. Tu yang janji ari ni nak buat lagi. Emm x de seni langsung gambo ni...asal snap je. He he

Oh ada satu lagi yg dh siap tau..yang ni projek lama. Setahun. Mula2 nak buat lain..pas tu jadi lain.



Baby quilt, untuk baby la...comel kan? Ada sejarah love2 ni. Cikgu2 SMKTD tau la...pas kejadian tu...stop terus buat applique ni. Serik!



Asal usul nak buat blanket adibah. Tapi x cukup panjang. Peknen pulak...hai jadi baby dia punya la....nasib dia x ungkit. Nanti la kita nk buat putih merah tuk adibah....biru putih tuk aiman. Tapi nak kena g Cottage patch beli kain dulu...

Kita buat mesin quilt je. Lagipun ada walking foot yg beli ngn Zila Kasim. Senang je guna ngn Bernina 82e kita. Mantap! Cewah! Terima kasih la Zila Kasim! Juga kawan2 dlm group 1 Hari 1 Produk yg sentiasa memberi semangat!!!


TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 24 Februari 2012

Rezeki ke??? Insyallah!

Asslamualaikum...
Sihat ke? Kita alhamdullilah. Sihat. Terima kasih Allah.

Rezeki apa ek kita ni? Tu la pagi ni kita nk bg ikan makan, mak kata hati2 ada sarang lebah kat kolam? Sarang lebah???? Mak!!! Oii kita g tengok...takut. Kesian ikan x makan...




Besar kan?? Dah makin besar mak kata. Smlm ading dh asapkan, x lari pulak. Nape ea..dia bersarang kat situ.
Rezeki Allah ni...lebah nk tumpang ddk kat umah ni...tapi tapi kita takut...



Betul2 atas pintu no 1 dr dlm umah. X sangka betul....semalam pagi x de pun. Berdebo2 kita tengok. Dh x boleh nk bukak pintu2 tu ari ni...

Insyallah la x de apa2...makhluk Allah nk tumpang teduh. Syukur.
Jangan cari pasal je la kan? Kang dia sengat...x pasal2
Pulak....

TaTa.



- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Sabtu, 18 Februari 2012

Pesta lelayang & aktiviti memendekkan....

Assalamualaikum.
Hari ni apa khabar kawan? Heheh ada ke kawan ni? Alah x kisah la kan? Sapa2 pun yg singgah belog kita ni, kita nk ucap selamat petang. Terima kasih sebab luangkan masa kat sini. Muahhhh...

Hari ni asben kita g test CISWip. Apa tu? Alah peksa org yg keja kat line O&G ni la. Macam lesen. Harap2 lulus la dia. Kami semua doakan kejayaan Abang! Amin.

Kita rancang nak g bukit layang2 PG petang ni, nak layan pesta lelayang. Tapi mcm x daya je nak drive ke PG. Tapi best woo pesta ni...dulu2 masa ddk kota masai, setiap petang masa pesta kita g nengok.



Segala jenis lelayang ada taw! Cicok, bear, hidupan laut....syok gile! Angin kuat kat bukit lelayang ni. Yang x pernah naikkan lelayang pun..kalau kat sini, gerenti lelayang dia naik tinggi. X yah nak lari2..sorang2 pun lelayang dh boleh naik. Best sangat!



Ada macam2 negara join pesta ni. Malam ni malam kemuncak. Lagi hapening! Kita dh promote kat kawan2 kat SMKTD. G le. Rugi x g. Lagipun jambatan kan dah ada. Cuma kita je x larat. Berat. Ngeh!

Sebagai ganti aktiviti x g Pesta lelayang ni, kita gantikan ngn aktiviti yg menggembirakan hati kita gak. Apa lagi..jaet la. Walaupun senget benget. Tapi kita suka...



Kita memendekkan baju2 ngandung kita. Maklum aje la, kita ni x cukup inci. Semua jubah @ baju ngandung yg kita beli, LABUH, mesti dipendekkan. Kalau x kita nolong mak cik2 cleaner nyapu. Tapi kita pakai baju...aci? Ngeh! Selekeh ko!!



Ada lima pasang semuanya. Puas hati kita. Minggu ni kita dh genap 24 minggu@ 6 bulan. Baby pun dh pandai tendang2 kalau kita lapo ke, baring ngereng ke @ dengo suara abg aiman dia...Geli la baby. Mama dh lama x rasa pengalaman cam ni. Alhamdullilah Allah bagi peluang sekali lagi slps 9 tahun.

Apa aktiviti kwn2 petang sabtu ni? Apa pun mesti la yg menggembirakan kan? Ok la nak buat kek batik. Teringin nak makan...

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Rabu, 15 Februari 2012

Hari sedih dan malu!

Assalamualaikum
Entah apa nasib kita hari ni, pagi2 lagi dah sedih.
Biasanya kita x g kantin. Tapi hari ni mak bekalkan kuih keria yg x de gula aje. Makan la ngn kwn2. X kenyang la kan, maklum la ngandung. So kita pn ke kantin la...makan2.
Tengah makan2 tu..ada pulak org belakang meja kita..dok sakan cerita pasal harga tanah. Dpt duit nak beli tanah..buat rumah...bla2!
Walawei...mmg la ko tu x rasa sedihkan?? Kelalah sangat nak jadi org kaya!
Sekarang tengah sibuk pasal pertronas nak amik tanah org kpg. Nak buat projek bernilai RM60 billion. Kita x setuju! Ramai org kpg pun x setuju. Tapi ramai gak la dh berkira2 nak jadi org kaya! Vavi tul!
Betapa bangangnya org2 mcm ni, berserah aje. Kita sibuk rancang hantar memo pada PM...dia sibuk cerita pasal harga tanah sekaki berapa?? X de langsung bantahan. Apa x de nilai sangat harta yg dia ada tu?? Terdesak sangat ke??
Kita ada post kat wall anak pengerang. Buat demo, bantah rancangan ni. Ehh ada yg kata kita x nak pembangunan. Wei bongok! Pbangunan ttp la pembangunan tapi x kan sampai kampung ko tergadai. Pembagunan kena la bt kat tempat yg x maju. Yg x de tamadun. Tempat x de manusia. Bukan kat kpg orang. Pembagunan bia dirasai oleh org kpg, bukan mengorbankan rakyat. Kenapa la mentaliti org2 ni mcm ni.
Ada gak yg kata...gila ke bt demo. Kang kerajaan rampas mcm tu aje tanah kpg. Mmg x la generasi x menbaca kan? Jahat no kerajaan nak main rampas je hak rakyat???
Kalaupun kerajaan nak amik. Biarla dengan bermaruah. Kita berhak menyatakan pendapat kita, kehendak rakyat. Ni belum lagi seksyen 8 keluar...dh sibuk pasal sekaki berapa RM?? Belum lagi kerajaan sebut harga korang dah sebut ko nak berapa RM?? Kan tu menunjukkan ko nak sangat jual kampung kan? X malu ke???
Wei! Kerajaan tepuk tangan la nengok gelagat org kpg. X de masalah langsung nak amik tanah pengerang!
Kita sangat malu bila dengar org2 cerita pasal harga tanah bagai...lum ttu jadi projek ni, dah berkira2 nak beli umah harga 1/2 juta. Lancau! Mmg sah la x de muka!
Kita malu x de usaha pun dilakukan oleh org melayu utk mempertahankan kampung sendiri. Org cina dh buat demo..org melayu sibuk kira pampasan. Sedangkan org2 cina tu tanah dia lebih banyak dr tanah org melayu. Sedih dan malu kan????

" ya Allah..semoga kami semua dapat perlindungan mu ya allah"

TaTa.






- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Ahad, 12 Februari 2012

My sewing station

Assalamualaikum.
Selamat malam. Dah makan? Alhamdulliah. Kita pun dh enjek insulin, dah makan roti 2 kpg cicah ngn kuah asam pedas. X lalu pulak nak makan nasi.

Seharian hari ni kita cuma ngemas baju dlm bilik. Sorting baju yg dh sempit. Simpan. Yang mana blh besokan tu, kita jahit oter bg beso. Hehehe...
Tiba2 rasa nak kongsi tempat menjahit kita. Kecik je, kira station je..bukan room. Ehem...



Alahai..cenonet je. Kita jahit dlm bilik tido kita. Kalau MiL ada bilik jahit sendiri. Kita? Boleh la...
Kain2 kita tumpang dlm bilik jahit mak. Cuma projek terkini je masuk station kita. Nampak x bakul tu..dlm tu ada on progress projek. Baby Quilt. Insyallah dh siap kita tayang.

Kita teringiiiin sangat nak bilik jahit yg complete...(gambo..credit to yahoo picture)



Idaman kalbu kita. Nak
Buat cengini la kat rumah pprt nanti..


Cam ni pun ok sangat. Leh tempah cabinet btk L. Cun ni.


Ni pun jimat ruang. Bilik kecik je ni. Asal ada meja cutting dh ok. Bagi kita Yang penting ada meja utk potong kain. Kita ni cumils, kalau potong kat lantai. Mengah!

Alamak nk gosok baju la! Esok
Sekolah.

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Sabtu, 11 Februari 2012

Ipon vs ipad

Salam...
Budak2 dlm kelas kimia sibuk tanya..
" cikgu...mana ipad cikgu??"
Ooo derang rupanya excited ngm gajet tu...



Dulu ada org kat sekolah ni kata..jangan menunjuk2 reta yg ada...tunjuk kekayaan kat org. Tapi......
Kita guna bila cari info..formula la...jadual berkala la..tangkap gambo budak tido...pas tu
Bdk tu ngadu kata kita main ipad dlm kelas...h@@@k dia!


latihan x siap...



Pas tu kata kita x serius ngajo Sivik! Sekali lagi...@@@o@!!

Tapi much of the time kita search soalan...
Tapi kita kena guna idata...which mean kita bayar sendiri....MAxis

Kat sekolah ni x de kemudahan internet kat bilik guru....cikgu2 semua modal sendiri. Alhamdullilah. Semoga Allah balas dengan kejayaaan anak2
Murid.

Tapi pas setaun guna ipad...kita rasa jiwa raga kita kat ipon! Ipon laju...kecik...x la menunjuk2...
Kih kih kih...sebenarnya kena gak sound! " x payah la tunjuk2 ipon tu...org lain pun boleh beli..." ni kan hpon...kalau bunyi kena angkat! Kan??

Erk!!!! Nak beli g la beli...sape x kasi kan????

Kesimpulannya...
I my ipon more



- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 8 Februari 2012

The electronic structure of an atom....bila nak master ajo ni???

Assalamualaikum..
Kita tengah pening memikiokan..camana nk ajo kimia ni. Tajuk configuration electron. Kalau baca ea...senang je. Nak bagi budak faham....susah tu. Ate ke x masuk2 dlm pale hotak. 2 -3 kali ulang tetap muka blur. Cakap BI x faham..cakap BM pun x faham. Ke derang ni buat2 x faham?



Bukan susah no...kat tgh2 tu mesti nukleus. Lingkaran pertama yg near ngn nukleus tu 1st shell...only 2 electron holds in it. 2nd shell holds 8 electron. Same as the 3rd shell and so on. Only sertence case je yg holds 18 electron.



The last shell of an atom is called the valence shell. The electron are call valence electron which is its is equal to the last digit group number of the element in the periodic table.
The most impotance thing is..no electron is same as no proton because the atom are neutral. Cam tu je...then draw.
Susah ke ek? Dulu masa cikgu ramlan rawi ajo..dia terang cam tu la..cuma cikgu ckp BM....

Ni lum masuk lagi configuration electron of ion....
Masak!

Bila nk ganjak ke chapter lain ni??? Nak beranak lagi!!!
"Ya Allah...terangkan la hati anak2 murid aku ni. Hilangkanlah kebenakan derang" Amin.

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Isnin, 6 Februari 2012

Maybe a GIRL...

Assalamualaikum...
Salam Maulidur Rasul. Belum terlambat kan? Lama gak ni x jengah blog. Sibuk pulak ngn mesen jahit. Jahit apa tah...kita tunggu la hasinya nanti.

Emm...semalam, g kota. Cari adiah anak sedara yg baru 39 hari.



Ni la orangnya..Norhafizah Mohd. Ismam.
Wangi sangat. Cumil..lagi2 mulut tu ha..tecik je. Semalam dh balik kl, pagi ni dah rasa rindu. Sunyi terus rumah ni. Tak pe kita tunggu bulan jun ea.

Tu la..kita tanya umi dia, nak adiah apa? Kang kita beli sabun2 mandian baby.sampai ke umo 3-4 taun si baby, sabun x abis2. Beli baju...pun dah banyak. Maklumlah anak ke 7!
Umi dia pun sporting...nak buai! Emm senang keja kita. G la kota cari buai kale pink! Girl kan pink, pink kan girl. Kan?

Dah terlanjur ke kota, nampak pulak kelinik Dr Noram bukak...ahh scan la. Nak nengok jantina baby dlm tummy ni..kan dh 22 minggu...dah nampak ni..



Tara!!!!!! Nampak x? Kih kih kih kita mcm biasa la x faham. Dr Noram tunjuk kepala baby...cumils je..perut dia, kaki dia, tangan dia....and Dr Noram kata.." rasanya GIRL la cikgu..."
Kalau betul...alhamdullilah..,,

Sebenar2nya kita tingin nak scan yang 3d. X pernah lagi...tapi kat kota x de. Yang ada kat PG, Kluang, JB, Batu Pahat....jauh tu. Tengok la nanti bila dh 28 minggu, kita usahakan jugak nak scan 3d! Semangat tu...

" ya Allah ya tuhanku, kau jadikan la anak dalam kandunganku ini, anak yang sihat...sempurna...berakal dan pandai" Amin ya Allah!

tAtA...



- Posted using BlogPress from my iPhone 4