Alhamdullilah...kita dh 38 tahun. Syukur ea..Allah bg peluang kita hidup lagi. Alhamdullilah. Dalam usia kita 38 ni, kita akan melahirkan anak ke-3. Insyallah akhir bulan 5 nanti. Doakan kita dan baby selamat.
Sempena hari jadi kita tu, kita buat la kek. Ciskek lagi...
Chilled blueberry Ciskek.
Resepi kita amik kat Blog Kak Azlita Masam manis.
Sedap taw kek ni, puas makan ciskek buatan sendiri ea..kalau beli makan kongsi2 je..
Tapi kita x makan sangat. Rasa je sikit. Takut la kencing manis, walaupun dr kata terkawal. Tapi kita tetap jaga makan.
Anak2 la paling suka. Adibah n Aiman berkali2 makan. Apa ea yg menggembirakan mama kalau bukan anak2. Kalau anak2 suka, mama dh tentu la 2-3 kali suka kan?
Kita cuma berdoa, semoga Allah berikan keberkatan kepada kita. Semoga kia blh menjadi anak yg solehah pada mak abah kita. Semoga kita terus dapat berjasa kepada mak abah kita.
Kita juga berharap kita dapat menjadi isteri kepada Ahmad Mahadzir Shahid sampai akhir hayat kami. Menjadi mama terbaik kpd anak2. Menjadi anak menantu yg bukan hantu..ngee.
Amin ya allah.
- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4