Khamis, 7 Mac 2019

Mesyuarat PIBG SMKTD yang TERAKHIR

Assalamualaikum 
Hari ni 7/3/19 hari mesyuarat PIbG kali yang terakhir dekat SMKTD. Sedih x ramai yang datang, lagi sedih amik anak3 ddk asrama...main u-turn depan dewan....cikgu2 ni nengok aje. Persoalannya..x tahu ke ada mesyuarat PIBG..anak ko sekolah SMKTD kot...

Panas lit lit x Boleh bukak mata pandang ke depan. Mujur ada saki baki pokok sawit nuh 

PIBG kali ke 45. Kali terakhir kot. X excited pulak mak ayah nk datang.

Banyak hadiah AJK hadiah dan penajaan cari. Mesen basuh pun ada....bagus jugak, kurang orang kebarangkalian nk dapat hadiah tu tinggi la bg yg datang. Seingatnya dulu aku dan partner melobi orang kampung datang sebab banyak hadiah best. “ datang tau cik, mesyuarat PIBG nanti banyak hadiah..,cik suka x kalau dapat basikal..” tu la ayat aku ulang2 jumpa Bila jumpa org2 kampung sg kapal teluk empang kg jawa sg rengit. Miss you Sonita. 

Sis Idola pun bertuah Petang ni. Dapat hadiah, Terima kasih cikgu Islah...cikgu Mazrah. Sis Idola hadiahkan pada Islah. Suka x? 

AJK pendaftaran cikgu Su, Cikgu Wati, Cikgu Azreen. Yg muda2 AJK persiapan tempat Cikgu Haza dan Cikgu Aida. Kami geng makan2 belakang bilik guru

Berikan aku satu peluang...satu peluang....hahahahah kasi can la. Satu jerawat dah kua...pakai Gincu cikgu Norwati, Bobbi Brown lip mate colour Code Rose 3. Pesal jadi cantik ea...



Inilah, memori PIBG yg terakhir di SMKTD. Semoga Bila di SMK Pengerang Utama....keadaan jadi lebih baik. 

Babai
XOXO

Isnin, 4 Mac 2019

Terkini- Pemandangan dari Tingkat 4 Sek Men Keb Tanjung Datuk, Pengerang


Dulu dekat bajak2 tu adalah laut/ dekat sekarang dah kena tambak. Sedih tau...bagi pencinta Alam macam aku ni.

Dulu, panas2 pun berangin sepoi2 bahasa. Sekarang teruk Betul kalau panas....( budak2 lain. Time PJ dia ribut ke panas ke tetap Nak main bola )

Sedih kan? Mana2 bekas2 pelajar SMKTD yang pernah belajar di tingkat 4 blok G ni mesti ingat pemandangan asal kalau kita kat atas ni. Air laut tu membiru...angin kuat. Kan? 

1/7 nanti SMKTD akan dikosongkan. Kami semua akan berpindah ke Bayu Damai. SMK Pengerang Utama. 

Babai
XOXO


Ahad, 3 Mac 2019

Tadika Genius Bayu Damai

Assalamualaikum 
Hampir 12 bulan beroperasi. Alhamdullilah ada cikgu2 yg Boleh saya percaya. Sebab cikgu masih jadi cikgu. Tapi hal2 kewangan dan pengurusan cikgu buat. Alhamdullilah ada 25 orang murid, pendaftaran masih lagi dibuka untuk anak2 umur 4tahun, 5tahun dan 6tahun. Kerana apa? Kerana tadika Genius menggunakan kaedah mambaca cahayaku. One to one coach. X de istilah anak murid cicir. Kami ajar one by one. www.cahayaku.com. Alhamdullilah abis buku 2 anak2 Boleh membaca. Kita ajar pulak bahasa inggeris.

Malam pulak, cikgu bukan Kelas tusyen UPSR, PT3 dan SPM. Insyallah cikgu Boleh bantu anak2 bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Jom daftar dan belajar. 


Babai
Xoxo...

( percubaan memblog semula ) 

Jumaat, 13 April 2018

Jumpa kawan kampung

Assalamualaikum 
Hari ni nk kongsi rasa gembira..dapat jumpa mie. Lama2 ddk Pasir Gudang x pernah terserempak. Kan mie? 
Terima kasih bagi sekop cikpuangojes kat aku. Kale biru lagi tau..




Nanti raya dtg tau Rumah aku...aku tunggu.  Hihihihi 

Xoxo

Khamis, 5 April 2018

IponX

Mmmm al kisah la dia ni, ajak bini g redeem point CC. Ingat nk beli Delongi coffee maker. Sekali dia berhajat tukar ipon7 dia ke iponX 
Sabo aje la...tak pe la, duit dia. Dia yg kerja susah2....


Xoxo



Selasa, 14 November 2017

Anak2 CikguSu

Asslkm 

Candid sangat tau. 
Anak2 kita dh usaha. Esok masanya kita berserah kepada Allah. Semoga usaha2 kita diberkati Allah. Cikgu Su sentiasa doakan anak2 CikguSu ni berjaya dlm kehidupan. Insyallah. Panjang lagi perjalanan anak2. Jauh lagi...terbanglah tinggi lagi. Capai segala impian. CikguSu halalkan ilmu yg CikguSu curahkan. CikguSu jugak mintak halal kalau cikgu bg terkurang...
Teringat anak sendiri..


..semoga Adibah Aqilah pun sama...diberkati usahanya. Semoga berjaya lulus cemerlang matematik tambahannya. Amin ya Allah.

Babai.
Xoxo 

Sabtu, 11 November 2017

fitnah

Assalamualaikum
Bagus Betul la google. Kejap Aje dapat carikan kita blog. Macam nk serius balik ni tulis blog. Tulis dal. FB org baca pastu blh jadi fitnah.

Ha..bercerita pasal fitnah. Patut la hukum fitnah org tu macam makan daging saudara 
 sendiri ea..rupanya mmg sakit. Lagi2 kena fitnah dgn kawan sendiri. Kawan yg kita dh anggap dia macam adik. Susah dia kita tahu. Boleh bantu kita bantu. Dasyat perangai awak ni. Alhamdullilah Allah tunjuk. Mmg x nak la hakak buat baik dgn awak. Entah bila la Akak blh maafkan awak. Eh akk maafkan. Sebab akk x nak nanti akk susah nk mati x maafkan org yg buat aniaya pada Akak. Selebihnya mintak ampun pada Allah. Antara kita x de apa2. Oh ya...segala hutang2 pun akk halalkan. Insyallah. Cuma jangan la buat cerita Akak hina kawan2 kata ada hutang padahal x de pun. X baik tau. Kalau org tu x berhutang dgn akk...x kan akk nk buat cerita. 

Agak pelik jugak sekarang ni...lagi kita ada rezeki lagi orang x suka. X Boleh Betul tahu kawan tu senang sikit. Benci terus. Ungkit terus masa kita susah. Macam rezeki kita tu, dia pulak asbabnya. Emmm rezeki dari Allah. Bila2 Allah Boleh tarik. Akak ingat tu. Insyallah. 

Emmm tu Aje la nk luah. 

Babai.
Xoxo

Ahad, 5 November 2017

Alhamdullilah

Assalamualaikum..

Lama betul x membelog. Tak tahu nk mula dari mana. Kehidupan sekarang dh tak macam yg diharapkan. Dulu impikan ddk diam2 kat kpg terpencil sg kapal. Masa free tanam2 pokok pisang keliling rumah. Hihihi.

Alhamdullilah jugak...akak juga insan yg Allah pilih utk mengecapi rezeki terpijak katanya. Jadi ada la sikit duit simpanan.

Tapi bukan semua org kpg tu jadi senang. Ada ramai lagi org yg susah. Dugaan Allah nk bagi macam2 cara.

Alhamdullilah, sekarang akak tengah usahakan sebuah tadika albagdadi dan kelas mengaji dewasa albagdadi. Bukan akak yg ajar..akak juga belajar mengaji. Sebab akak x pandai mengaji. Jadi akk upah guru mengaji...utk ajak orang lain mengaji. Sama2 akak.

Banyak jugak dugaan.

Alhamdullillah, esok anak akak yg sulung...Adibah Aqilah akan menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah terangkan hati adibah, tenangkan hati adibah, beri ketajaman akal fikiran, daya ingatan yg kuat dan memberkati usaha2 adibah untuk berjaya. Alhamdullilah, Ma doakan anak Ma sihat tenang menghadapi peperiksaan. Insyallah.

Babai.
Xoxo

- Posted using BlogPress from my iPhone6+

Location:Pantai Timur,Malaysia

Isnin, 10 Oktober 2016

Deactivated FB, Tweeter, Wechat

Assalamualaikum

Dekat2 sedekad lama x update blog. Berkurun2 lamanya. Sibuk dengan kerja ke? Tak la. Cikgu aje kot. Sibuk dengan media sosial yang lain yg tepatnya. Tweeter, facebook, instagram, wechat

Tapi hari ni, hakak dh buat keputusan. Muktamat. Kita dah tutup facebook, tweeter dan wechat. Cuma ada instagram aje. Buat2 bersosial sikit. Kang orang kata hakak anti k sosial pulak.

Kenapa deactivated?
Facebook..akak jadi binggung. Banyak sangat info2 yang menyakitkan hati. Patut gambo2 x d share jadi org share. Kalau jadi pengajaran ok. Jadi ikutan2. Hakak emo dik.

WeChat...banyak friend anak murid. Alahai bahasa anak2. Menyakitkan hati cikgu. CikguSu kot salah sorang friend ko. Saja aje moment ko tulis Bab* sia*pukima* dan lain2 makian . Cikgu makan hati nak...

Tweeter...tak faham aktiviti nk retweet2 nih. Hahak x in. Gitu.

Jangan la cari hakak kat FB. Siapa2 yg rindu tu...x payah la cari2. X de. Padan muka masa hakak aktive abang sombong. Hahahaha..*perasan*

Sekarang akak nk berbelog la. Nak share cara2 buka pusat tuisyen dan tadika lepas ni. Hakak dh ada OutStanding Tuisyen Centre...bakal menyusul Tadika OutStanding Albagdadi. Insyallah. Perkenankan usaha sata Ya Allah. Amin.

Salam sayang.
XOXO







- Posted using BlogPress from my iPhone6splus.

Location:Pantai Timur,Malaysia

Sabtu, 13 Februari 2016

Sugar Belle lipstics review

Assalamualaikum
Hari ni, tetiba nk buat acah2 review gincu sugar belle. Ok..kita peminat gincu. Extreme! Betul. Kalau gincu tu best! Mau kita beli semua shade. Gila kan? X kita la sesuai ke tidak ke...yang penting kalau nak pakai dah ada. Gitu.

Bila pakai gincu...perempuan macamana pun terus jadi cantik. Walau pun dia x la secantik mana. Emmmm jadi berseri. Betul kan? Memang ada yg tak suka pakai gincu. Ik natural beauty. Tapi kita mmg respect gila, pada perempuan yang mempunyai keyakinan yang tinggi mcm ni. Kalau kita x gincu makna x g mana2. Hahaha

Ok...sugar belle gincu ni ada 4 shade. Nude, lustre red, sugar pink n paris pink. Semua kita ada.




Yang ni sugar pink. Ahhh walau x sesuai ngn muka. Tapi...lantak. Asal bergincu kita dh confident g kelas. Jenis gincu ni jenis kemasan mate. X kilat2. Tekstur macam berpasir sikit. Tapi x la macam pasir. Pas makan hilang. Mmg jenis mulut n bibir kita yg weng....review org lain semua kata stay long. Tapi kita x..cakap2 pun gincu boleh hilang. Hiks. Paling hot kale nude. Paling org lumba2 nk beli. Tapi semalam kita belajar sesuatu. Kalau kita jenis menyerlah pakai silver..sesuainya gincu yang cool ( nude, brown, light pink,...) Tapi kalau jenis pakai emas lagi menyerlah...sila ambil gincu yang jenis warm...( red, hot pink, coral, oren, fushia..) kita??? Jenis mami jarum...mmg kena pakai yg merah2...



Bedak shu umuera. Best sangat. Macam x pakai bedak. X putih mcm tepung.
Celak dherb...sampai petang dh sememeh. Malas dh nk cari celak. Yang mahal sememeh. Yang murah pun sememeh
Blusher NARS
Gincu sugar belle ~ sugar pink.

Nanti kita kongsi lagi pasal gincu. Ada banyakkkk lagi jenis gincu yg kita dah akai. Stay tune. Cewah...

Babai.

-Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pantai Timur,Malaysia

Rabu, 10 Februari 2016

Saya sepasang kasut converse

Asslamualaikum
Haihhhhh



- saya telah dibeli oleh seorang perempuan berumo...nak tau kenapa dia beli saya? Sebenarnya, Saya bajet2 budak2 baru nk up yang akan beli saya....rupanya seorang perempuan berumo beranak 3. Katanya semasa menerai saya.." Omy omy this converse is size 3!!!"
Sambil melompat2 memeluk suaminya. His his his....kesian. Ceritanya lagi..dari zaman dia anak dara sunti sehingga zaman anak dara pingitan, teringin betul berconverse. Dah habis zaman anak dara segala tu...baru ada peluang. Ahhhhhh ada aku kesah.." Abang su nak kasut ni..." Muktamat.

#jangankecamdia

Hehehehehe

Babai


Posted using BlogPress from my iPhone6+

Location:Pantai Timur,Malaysia

Isnin, 16 November 2015

Rumah baru...

Assalamualaikum

Benar, kita dh pun masuk rumah baru dengan keadaan paksa rela. Pun x reti lagi nak mendeko. 

Nak beli carpet baru. Pun x kesampaian. Belum ada masa. Tunggu la cuti sekolah. Kot ada masa nk g cari carpet belgium. Hehehehehe

Ok, sofa dari lorenzo. Mmg lama la nak jumpa yg macam ni. Idaman hati memang cari betul2. Calf leather...sebab nak elak si Lara  cakar2. Meja n site table pun dari Lorenzo. Dapat la 40% less. Alhamdullilah. Nak beli bunga Lorenzo...bapokkk mahal..rm700. Lepas less pun dah rm350...kita g ssf je la. Dalam masa 2 minggu lagi divider siap. Kita tunjuk ruang tamu kita. Ada lagi satu masalah. Rak tv. Kita dh cakap kat suami, kita x suka tv taruk kat ruang tamu, Tapi..emmm nak jugak taruk...tengah pening nk cari rak tv. Maaf la mmg x minat la Yg built-in2 ni. Kaku....kat mata kita. Hihihi. 

Babai.

Ahad, 15 November 2015

Assalamualaikum

allahuakbar.
lamanya tak bukak belog
sampai ai lupa password.
nak kata sibuk x jugak. 
berazam lah nak membelog semula.
mula2 kita upload gambo sendiri dulu....pastu kita kongsi pulak pasal masak2...pasal deko...pasal make up...shoping...henbag...


babai


Ahad, 9 Ogos 2015

selamat hari raya dari kami...

Assalamualaikum

selamat hari raya...maaf zahir dan batin.
gambar nakg beraya....gambar pakai baju raya semua dalam ipon ading.
kat johor raya yang sebulan....x kurus la macam ni.

babai...

women secret recipe ~ WSR



Assalamualaikum


apakah WSR....sejenis makanan tambahan. herba.
baru-baru ni jumpa kawan yang consume WSR...
hati nak cuba...sebab masyallah cantik sihatnya dia.
sihat tu bukan gemuk...sihat tu sangat energenik.
maklum la umo dah 41sen ni kan?
haihhh


lagi sebulan kita update.

babai...

Isnin, 8 Disember 2014

Testing..testing...

Assalamualaikum

Berangan Nak Kulit gebu gebas..Tapi kita x percaya ngn product putih gebu dlm masa 3 hari...hehehe

Supplement kita amik eyphra. Dah setahun, Alhamdullilah sesuai. Kita puas Hati sangat. X la jadi secantik memey...Tapi boleh la..hahaha



Kan...Kalau pakai 360 blh jadi lagi cun ni. Tapi Kulit mmg jadi sekata..pori2 Kecik sikit. Tapi eyphra ni..kecantikan Dari dalam kabonya.

Nak cantik Dari luar la pulak...kita rasa Nak Cuba set2 yg fauziah latip pakai la...dr halina pun pakai. Bajet ko celeb pulak ek!



Set permulaan. Dah study dah ni..
Step 1~ cleanser gel
Step 2~clear lotion
Step 3~essence pitera
Step 4~stempower
Wiwiwi harga mmg jejak 1k++ jugak la.

Kita pikir dulu...Kalau x kita pakai yg BFF kita pakai...muka Sonita jadi putih rata ( dia mmg putih=orang Siam) tu yg x confident tu..kita ni agak legap.
Sonita pakai ni..


Ramai yg pakai set ni..semua jadi. Ani konteng, Mastura, hafsah, Azila Tapi Cikgu2 ni jenis2 Kulit mulus sejak azali. Emmm

Laki kita suruh pakai set rania diamond..



sebab dah 4⃣0⃣⬆️...sentap! Ya la Suami..Tapi kita x jumpa testimoni yg bagus org guna set rania diamond ni. Cuma Zaina zain je..tu pun kita x yakin dia guna. Hahahaha Tapi kita yakin Fauziah latip guna ni



Hahaha 2x gambo ni kua. Apa maknanya? Hihihihi

Tunggu...

tata...

~ post by ip6+

Jumaat, 21 November 2014

Iphone6+

Assalamualaikum
Semalam Suami balik. Hehehehe nak bawak kita beli gajet baru. Biasanya Suami memang suka gajet Apples.
Dia dah beli iphone6...kale gold lagi. Oh my oh my. Kita pun merengek la jugak. Nak ipon6+...balik jugak la Suami dari kemaman. Thanks for melayan kerenah isteri. Ada jugak la kawan kata kita ni kerja mengaut duit Laki Aje. Hohoho Suami kita kot. Kalau x kita yg tolong dia transform kan duit dia kpd barangbarang, sape lagi kan??



Dah boleh simpan iPhoneVS dalam Kotak. Tunggu Kakak Adibah abis F5. Mama bagi Kakak.

Ok..kita review sikit iPhone6+ ni. Agak besar. Eh memang besar. Tapi x la peringkat Malu nak Taruk kat telinga. Masa calling2. Nipis. Memang nipis. Kata Aiman macam bukan family IPhone. Emmmm

Yang kita suka iPhone ni kan, dia punya smooth tu. Selesa. Gambar terang. Maju....

The best about Apple ialah x payah risau pasal virus.

Harapannya kerja2 Sekolah yg online2 tuh...sps, saps, pajsk la..boleh la buat Laju sikit, skrin best beso. Gitu..

Dah abis review.

TaTa



Posted using BlogPress from my iPhone6plus

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Jumaat, 7 November 2014

Sesal separuh nyawa...

Assalamualaikum
Lama dh x tulis2 dalam blog. Keluh kesah.
Kadang2 apa yang kita ada hari ni ialah usaha kita pada hari2 yang lepas. Tapi kadang2 apa yang kita usahakan tu x berjaya pun kita capai. Kenapa? Sebab Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Kita tau tu..tapi asik juga kita kesalkan. Rasa nak marah. Tapi nak marah sape? X de sape pun yg patut kita marah. Cuma perasaan tu terkurung dlm hati. "Sesal"
Terus terang, kita mmg x suka menyesal atas apa tindakan kita. X suka. Pertama sebab rasa x pandai. X best tu rasa diri x pandai...x pandai fikir. X pandai buat keputusan. Sebab tu..kita akan elak seelak2nya untuk rasa menyesal.
Baru2 ni kita rasa menyesal. X tau sebab apa. X tau apa yg kita sesalkan. Cuma setiap kali dengar lagu alyah "sesal separuh nyawa tu".....kita jadi sedih. Nyampah ahhh...

TaTa



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pantai Timur,Malaysia

Jumaat, 17 Oktober 2014

The best miting ever

Assalamualaikum
Serius miting kali ni paling release tension. Subhanallah. Alhamdullilah.



Lepas spa...blh g pantai.jalan atas air...gayat tu..sebab air dia hijau.


Actv....gila x best. Siap racing n nak terlanggar anak org...kihkihkih


Halus pasir kat sini. 4 hari miting....hari2 pergi pantai.


Kita mmg suka pantai...laut...ombak...buih ombak. Its very me


- Posted using BlogPress from my iPhone