Sabtu, 10 November 2012

Durian crepe@ lempeng berintikan durian Dan whipping creame.

Assalamualaikum

Lama dah x update blog. Sibuk ke? Malas ke? Hihihihi.
Sana sini org cerita pasal durian crepe ni. Dalam Facebook..dalam Blog. Rata2 la.

Dah durian melacak2 kat umah ni...rugi gak kalau x Cuba ek?
So semalam...buat ngn adibah. Nasib Ada anak Dara ni...kita dah sibuk ngn baby...marking paper PMR pulak...
Memang Adibah la yg buat.




Buat x banyak....dapat 6 crepe aje. Beso2 pulak tu...udah durian banyak...banyak la intinya. Tambun2 macam mama Adibah. Eh.

Resepi?? Senang sangat. Sape pun boleh buat. Believe me. Cewah.

50g g tepung gandum
1 SB tepung ubi kayu
1 Biji Telur
40 ml susu segar
160 air
Sepenutup esen vanilla
Pewarna kuning.

Inti.
150 ml whipping creame diputar sampai kaku
Watak utama dia...durian yang dibuang Biji Dan Dileyekkan.

Kita belender semua...yang inti x payah la blend taw! Terrrrrrrrrterrrrrr. Pas tu Tapis.

Buat macam buat kuih ketayap tapi x payah balik2.
Taruk creame...taruk durian...taruk creame lagi. Bungkus.
Simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi sedap.
Wallah....memang sedap!
Selamat mencuba.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Rabu, 17 Oktober 2012

Orang jawa kata " gonjol"

Assalamualaikum...

Gonjol kah aku???




Emmm...belum peringkat tegar. Tapi...⚡cukup Sudah cukup...cukup sampai Di sini saja...⚡

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Isnin, 15 Oktober 2012

Kejadian ngeri d pantai2 pengerang

Assalamualaikum
X tau apa nak jadi dah sekarang ni..
Macam dh bisu agensi2 kerajaan ni. Kami bukan nk apa..nak penerangan je. Kenapa jadi mcm ni, kenapa ikan jiun, kenapa ada buih keping2...why???



Mula2 ikan mati berjemaah di persisiran pantai sg kapal sampai pantai tanjung datuk. Saspen x? Dah la kami ni makan ikan dr nelayan2 kecil. NGO dah hantar sampel ke jabatan Perikanan, dlm masa 2 minggu katanya keputusan baru keluar. Tunggu org kampung pulak kot mati berjemaah. Sebab tu la dh ready tanah kubur beso2 kat pungai. Seyes bahabi!
Sebenarnya bukan ikan je mati...hanjing dn kucing pun mati bersama2 ikan. Cukupkan saf gamaknya.
Ya la..mesti hanjing2 n kucing2 tu gumbira nengok ikan berteraburan kat pantai. Rezki bergolek. Makan...mati. Kan hanjing n kucen x de akal....nasib nelayan ni x kutip ikan2 ni. Kalau x????
Emmm x abis lagi pasal ikan...nengok2...



Nampak tak buih2....geli nengok kalau live. Kat gambo dr FB ni macam cumils je ek? Jangan la bayangkan mcm lagu arwah sudirman dan kak nita tu.." bercanda disisiran pantai..awww" x ok x!
Ini lain..geli! Geli gila! Muntah! Uwek...



Berbuih yang berkeping2 pulak! Apa ni? Apa ni? Orang kg bingung. Mungkin hasil sampingan tambakan pasir kat laut kot. Pun jabatan perikanan, jabatan alam sekitar senyappppp. Entah la...

Ni la fenomena pengerang sekarang. Sedih hati kita, macam x de pembelaan langsung. Nak harapkan wakil2 UMNO...x dapek la kot. Semua jenis diam....nape ek?
Nasib la negara ni negara demokrasi. Ayuh warga pengerang..kita pertahankan tempat tinggal kita...eh.

*semua gambar dari FB anak pengerang*



Cantik pulak tudung fareeda ni. Eh.

TaTa.
- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Jumaat, 28 September 2012

4 bulan Sudah




Baby Allieya Aqila dah 4 bulan. Nengok2..dah pandai posing. Hihihihi.



Allieya baru ngiring2. Nak telongkup. Eh..tiarap, mama kena tolong. Kepala dah kuat.



Ada pesen sendiri. Pagi je nak buai. Start kul 2 nak tido ngn nen! Emmm adik Aiman tul la ni.

Semoga Allieya membesar dengan sihat. Walau pun x beso bagai Johan. Emmm anak2 mmg kecik2 masa baby...mama nye je membesar! Tuii!



Tata.
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Jumaat, 21 September 2012

Sape yg x sedih, marah Dan nak maki????!

Assalamualaikum...




Tak tau nak jadi apa ngn kehidupan org2 pengerang lepas ni.
Disuruh pindah kosongkan kampung utk beri laluan pada projek Mega Petronas RAPID. Puiiii!!!




Bayangkan la..Bukan aje yang hidup dihalau, yang dh mati pun dipaksa pindah! Agak2 la...ada perikemaknusiaan x BN? Tuii!
Kita baru je 5 taun ddk kpg...bergolok gadai beli tanah, bermakian bermusuhan dgn MDKT nak buat rumah....bayangkan org2 tua yg dh ddk lebih 30-50 taun??? X boleh tidur dah derang. Sedih bila kena pindah ke tempat baru....

Yang peliknya...hampir semua org kpg...cina Dan melayu menolak projek ni. Macam2 dah kami buat...tapi berita TV3 kata org kampung besetuju dgn pembangunan ini. X tau la sape yang bahabi sangat...TV3 ke barua2 brnnsnl....

Pesal la bangang sangat...nak buat pembangunan tu kat tempat kosong la...Bukan tempat yang dah bertamadun! Sape la punya idea ni..belajo tinggi2..jadi pemimpin tapi x tau jaga hati org.

Buat pengetahuan PM...CEO petronas...kami ni x kelalah ngn kemajuan yang memusnahkan Alam sekitar. Kami x daif sangat sampai nak kena ubah cara hidup kami. Kami dah selesa ngn persekitaran kampung. Sebab tu la kami ddk kat kampung....

Semua kata pampasan banyak...org pengerang jadi jutawan. Haktuiii...nak tau berapa RM sekaki tanah pengerang...RM2.80 je...yang puluh ekar baru jutawan der...yang melayu..setakat 1-10 ekar??? Jangan Berangan la...Berangan la jadi papa kedana lepas ni.

Agaknya memang impian PM nak nengok pembangkang menang PRU13??? Kami x mau Anw*r jadi ketua negara...kenapa desak kami buat benda yg kami x suka???

Bencibencibenci!!!!!!!!!

Tata.



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Rabu, 19 September 2012

Rabu, 12 September 2012

Memang agak pelik

Assalamualaikum...
Apa yang pelik??
Cerita pasal sekolah kita.
Memang Dari kita datang....
Kita tertanya2...
X de GC? Macam nak apply....
Tapi....x digalakkan / x diwarwarkan....
" layak ke awak nak jadi GC? "
Sentap....Dan terus senyap...

Ya sekolah kita...memang pelik..
USIA sekolah dah cecah dkt2 40 tahun..
Sekolah Mantap...
Peratus PMR, SPM Dan STPM sentiasa meningkat...
Menang2 banyak pertandingan waiima peringkat antarabangsa..
Dulu...ex-hM nya...cemerlang Di sini...
Rasanya berkat usaha Dari cikgu2 yang pesen x kan membantah....
Tapi...
TAk DE SORANG PUN GURU CEMERLANG YG DICALUNkan..

Pengetua sekarang pun cakap pelik..
Sama la kita..pun rasa pelik.
Thanks Tuan sebab bukak peluang pada cikgu2 baru...
Naik gaji...naik pangkat...dengan keupayaan Sebenarnya " mengajar"

Kita??? Dah agak terlambat.
Tunggu je la " time base dg48.."

TAtA



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kg Sg Kapal