Jumaat, 21 November 2014

Iphone6+

Assalamualaikum
Semalam Suami balik. Hehehehe nak bawak kita beli gajet baru. Biasanya Suami memang suka gajet Apples.
Dia dah beli iphone6...kale gold lagi. Oh my oh my. Kita pun merengek la jugak. Nak ipon6+...balik jugak la Suami dari kemaman. Thanks for melayan kerenah isteri. Ada jugak la kawan kata kita ni kerja mengaut duit Laki Aje. Hohoho Suami kita kot. Kalau x kita yg tolong dia transform kan duit dia kpd barangbarang, sape lagi kan??



Dah boleh simpan iPhoneVS dalam Kotak. Tunggu Kakak Adibah abis F5. Mama bagi Kakak.

Ok..kita review sikit iPhone6+ ni. Agak besar. Eh memang besar. Tapi x la peringkat Malu nak Taruk kat telinga. Masa calling2. Nipis. Memang nipis. Kata Aiman macam bukan family IPhone. Emmmm

Yang kita suka iPhone ni kan, dia punya smooth tu. Selesa. Gambar terang. Maju....

The best about Apple ialah x payah risau pasal virus.

Harapannya kerja2 Sekolah yg online2 tuh...sps, saps, pajsk la..boleh la buat Laju sikit, skrin best beso. Gitu..

Dah abis review.

TaTa



Posted using BlogPress from my iPhone6plus

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Jumaat, 7 November 2014

Sesal separuh nyawa...

Assalamualaikum
Lama dh x tulis2 dalam blog. Keluh kesah.
Kadang2 apa yang kita ada hari ni ialah usaha kita pada hari2 yang lepas. Tapi kadang2 apa yang kita usahakan tu x berjaya pun kita capai. Kenapa? Sebab Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Kita tau tu..tapi asik juga kita kesalkan. Rasa nak marah. Tapi nak marah sape? X de sape pun yg patut kita marah. Cuma perasaan tu terkurung dlm hati. "Sesal"
Terus terang, kita mmg x suka menyesal atas apa tindakan kita. X suka. Pertama sebab rasa x pandai. X best tu rasa diri x pandai...x pandai fikir. X pandai buat keputusan. Sebab tu..kita akan elak seelak2nya untuk rasa menyesal.
Baru2 ni kita rasa menyesal. X tau sebab apa. X tau apa yg kita sesalkan. Cuma setiap kali dengar lagu alyah "sesal separuh nyawa tu".....kita jadi sedih. Nyampah ahhh...

TaTa



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pantai Timur,Malaysia

Jumaat, 17 Oktober 2014

The best miting ever

Assalamualaikum
Serius miting kali ni paling release tension. Subhanallah. Alhamdullilah.



Lepas spa...blh g pantai.jalan atas air...gayat tu..sebab air dia hijau.


Actv....gila x best. Siap racing n nak terlanggar anak org...kihkihkih


Halus pasir kat sini. 4 hari miting....hari2 pergi pantai.


Kita mmg suka pantai...laut...ombak...buih ombak. Its very me


- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum



Alhamdullilah sekali lagi dapat puasa, buka dan sahur bersama2 keluarga. Semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik...

TaTa

-Posted using BlogPress from my iPhoneVS

Location:Jalan Kampung Sungai Rengit-Kampung Sungai Buntu,,Malaysia

Isnin, 9 Jun 2014

Happy birthday Allieya Aqila 28/5/14 ~2yo

Assalamualaikum
Lama baru nak apdet pasal birthday allieya.
X sambut pun. Kebetulan on That day..we are at Klang. Rumah mak ngah allieya. Ma ada appmtn dgn Dr Mohaya on 30/5 tu..

Rumah mak ngah ni, senang nak dapat apa2. Keliling kedai. Kita beli kek aiskerim..lebih kepada layan tekak kakak n abang



Nengok..muka abg yg super excited. Kakak lagi La...


Budak Kecik ni dah 2yo. Dah boleh ada adik...hihihihi


Alhamdullilah....walau membesar cuma dgn ma n nyai n abang. Insyallah kasih sayang x kurang


Pandai dah main drum abg Mizan dia. Memekak je La...


Sekali lagi kegembiraan abg Aiman.

Emmm 27/5/14 tu..anniversary kita ke 15. Haihhh dh 15 tahun kita kawen. Emmm alhamdullilah.



Ni malam berinai. 15 tahun yang lepas. Terima kasih sebab nak kawen ngn kita...bila kita ajak kawen. Sumpah kita sangat hargai...


Ni sekarang. Saiz dah berubah. Kihkihkih terima kasih sebab masih sayang sama macam dulu.

TaTa

Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kampung Sungai Rengit-Kampung Sungai Buntu,,Malaysia

Ahad, 11 Mei 2014

Mak..selamat hari MAK!

Assalamualaikum




Selamat Hari MAK kepada Mak kita ...Pn. Siti Umi Hani bt Samsudin dan Mak Mertua kita, Pn. Mosliha bt Jamari!
I love u with all my heart!
MuπŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹h!!!

Tata