Khamis, 17 Januari 2013

Dah merangkak

Assalamualaikum



Dah 7 bulan setengah Baby ni. Baby Dah merangkak dengan lajunya...
Dah memanjat2....Hihihihi



Cepat je masa berlalu. Semoga terus Sihat ya baby . Amin.

TaTa

- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,,Malaysia

Ahad, 30 Disember 2012

Patern org pengerang.

Assalamualaikum

Dah pukul 9:40 malam. Esok baru 31/12/12.
Banyak yg nk Di buat selepas xcden.

Keluarga org yang kita langgar..dh mula cari kita. Maknya, bapaknya, abangnya, pakciknya....
Memang betul kata sonita Sudin... Derang x kan lepaskan kita. Ini patern org Pengerang.
Sebenarnya Dari dekat Katil Kelinik Kesihatan lagi..makciknya dh sound2 kita...tapi kita masa tu tengah blur...sakit kepala terentak. Dia cakap apa tah...kita angguk aje. Sampai misi Dan kawan2 halau mak cik tu...kita rasa bersalah sangat.

Kita tau, kita salah..kita mmg Ada ckp kat Ading..lepas kita sihat..kita nk cari budak ni..nk tolong apa2 yg kita mampu. Tapi belum kita sihat..dah telipon2 nk saman kalau x nk jumpa. Nk mintak gantirugi..sebab kita kan org pengerang. Bakal jutawan. Tak sengaja kita termaki...kimak! Eh.
Macam mengambil kesempatan. Aduhai.. Sempit kepala otak.
Esok mintak adik g cari kat HSI..bagi rm500 buat kos perubatan. Insyallah kang kita dah boleh Celik mata..kita cari dia kat Adela.

Keadaan kita masih x sihat. Lebam2 dh mula tonjolkan diri. Kat lengan, peha, bontot, leher. Dah semua sakit2. Mata.. Mmg lebam mcm kena tumbuk. Dua2 belah pulak tu. nk g sekolah Camana?? MC la ni. Mata x leh bukak..nk buat cerminmata x boleh, nk pakai Konteklen pun x boleh. Macamana nak jadi cikgu??

Redha aje la. Sebab ini semua penghapus dosa2 kita.

TaTa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Sabtu, 29 Disember 2012

Kamis yg pilu

Assalamualaikum
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Maha Adil. Ini adalah balasan Keatas dosa2 kita.



Kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sangat Ngeri...berdepan dengan Kereta kenari. Sekelip mata. Kita x tau mcman.



Neo total lost. Abis remuk depan. Alhamdullilah kita Selamat. Nyawa kita masih dikandung badan. Allah Bagi kita peluang hidup sekali lagi.



Mata kita bengkak 3 Hari. Mula2 sebelah...kemudian 2-2 belah x Blh bukak. Tapi kita x mengeluh...sebab Allah Dh Bagi ujian yg Boleh kita tanggung.



Alhamdullilah Dh Boleh bukak matanya. Terima kasih Ya Allah. Doakan kesihatan kita. Kita Sihat kerana Allah, Demi anak2.

TaTa.
- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Khamis, 13 Disember 2012

Allieya Aqila at 6 and half month

Asslamualaikum

Wahwahwah naik belumut ko pya blog...
X de kesempatan nak update. Sibuk aim Tudung fareeda kat facebook. Kahkahkah. Semalam Kena sergah ngn Ading..insap kejap.

Kami sekeluarga kat Lumut,
Perak. Ddk umah Ading. Homestay. Boringggg.

Pulak tu sambil2 marking paper add math..,adeh! Mmg x cukup masa Ko!

Nak ceta pasal budak tecik ni...Dah pandai apa???










Tu diaaaa...makan eskem. Sabo je la ek? Eskemnya..mama Dh balun dulu. Yg dia makan kon Aje...Ada la sikit sakibaki eskem. Tu le comot.

Cepat besar ya Anak! Mama Sayang Allieya Cumils!

- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Isnin, 26 November 2012

Congratulation Adibah Aqilah!

Assalamualaikum

Ah..ceta dh basi...tapi Nk jugak conteng2 kat blog buat dikenang2.

19/11/12 hari adibah dapat keputusan upsr. Hari tu jugak kita Kena hantar skrip jawapan PMR ke Gelang Patah. Ahhh...g anto dulu la...Kang keputusan keluar kita g la balik pengerang.

Pagi tu, sblm keputusan keluar GB Dh call kita maklumkan keputusan Adibah. " Tahniah cikgu...mcm dijangka. 5A"
Alhamdulliah....usaha adibah menepati kehendak upsr.

Sampai umah, terus amik adibah g sekolah.
Cikgu2 dia peluk2 dia.
" Tahniah adibah "
" Terima kasih Cikgu"
Tapi muka dia...plain je. X de la suka ke...apa ke
Bila tya..." Kakak x happy ke dpt 5A?"
"Emmmm Kakak Dh jangka la Ma..."
Sabo je la Anak!



Alhamdulliah. Harap2 Adibah berjaya ke MRSM Cambrige..Macam Yg di angan2 Kan. Nak belajo oversea. Insyallah ya nak! Mama yang doakan aje.

Sebenarnya Adibah memang berpotensi. Kita ni jenis Mama Yg x suka paksa Anak. Sebab kita belajar psikologi anak2. Sampai peringkat master. Mungkin kita tau nak push and pull kat mana. Kita x hantar Anak Tusyen. Kita percaya kepada kebolehan Anak itu datang dengan sendiri..bukan kerahan or paksaan. Kita selalu Bagi anak2 pilihan...nasihat kita pun dlm bentuk pilihan.

Kadang2 baca status FB..ibu2 anto Anak Tusyen dikala cuti sekolah...buat buku akademik kat umah time cuti sek...Mungkin Anak buat...Tapi Mungkin Anak rasa paksaan. Kalau kita Yg tua ni x suka dipaksa2...ehhh Boleh pulak ea..nak paksa anak2.
Hihihihi.

Ddk di PG...anak2 Cikgu ni..lomba2 nak di sekolahkan di tadika Yg paling baik la...peksa anto Tusyen. WTH Anak Ko tadika Nk Tusyen bagai???? Bukan tadika tu tmpat main2? X Kesian ke ngn anak2. Umur Anak belajar sambil bermain. Belajar main2 dari 0-9 tahun. Pas tu ajar Anak cara nak focus....penting tu...ajar focus pun dari permaianan taw. Mana datang dr Tusyen ni???? Pusat Tusyen tu utk bdk2 Nk amik spm..baru betul. Ni tadika Dh anto Anak ke Tusyen. Ok tak pe..duit masing2...

Tapi Abah kita kata...dia risau Tgk cara kita Jaga Anak. X bebel2..x marah2. Entah...kita mmg ngaku x berapa Pandai Jaga Anak. Yang pasti adibah berjaya sebab...Ada nyai Yg masak, yang bebel...yang Ajo Banyak benda. Kita???? Tetap kata....cuti sekolah Awak cuti...hari sekolah Awak belajo....Mesti!

Melalut pulak.

Apa pun, Alhamdulliah...Syukur pada Allah beri kejayaan pada
Adibah. Walaupun kita x reti Nk Ajo adibah...Tapi insyaaAllah...kita akan guide adibah untuk capai cita2 dia. Amin. Agains
Thanks ya Allah.

TaTa.


- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Pengerang,Malaysia

Sabtu, 10 November 2012

Durian crepe@ lempeng berintikan durian Dan whipping creame.

Assalamualaikum

Lama dah x update blog. Sibuk ke? Malas ke? Hihihihi.
Sana sini org cerita pasal durian crepe ni. Dalam Facebook..dalam Blog. Rata2 la.

Dah durian melacak2 kat umah ni...rugi gak kalau x Cuba ek?
So semalam...buat ngn adibah. Nasib Ada anak Dara ni...kita dah sibuk ngn baby...marking paper PMR pulak...
Memang Adibah la yg buat.




Buat x banyak....dapat 6 crepe aje. Beso2 pulak tu...udah durian banyak...banyak la intinya. Tambun2 macam mama Adibah. Eh.

Resepi?? Senang sangat. Sape pun boleh buat. Believe me. Cewah.

50g g tepung gandum
1 SB tepung ubi kayu
1 Biji Telur
40 ml susu segar
160 air
Sepenutup esen vanilla
Pewarna kuning.

Inti.
150 ml whipping creame diputar sampai kaku
Watak utama dia...durian yang dibuang Biji Dan Dileyekkan.

Kita belender semua...yang inti x payah la blend taw! Terrrrrrrrrterrrrrr. Pas tu Tapis.

Buat macam buat kuih ketayap tapi x payah balik2.
Taruk creame...taruk durian...taruk creame lagi. Bungkus.
Simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi sedap.
Wallah....memang sedap!
Selamat mencuba.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia