Khamis, 28 Februari 2013

Baby dh 9 bulan?? Cepatnya...

Asalamualaikum



Baby Kecik Mama dh genap 9 bulan 28/3/13. Walau baru 6.15kg...tapi Allah bagi kesihatan yang baik. Alhamdullilah.
Perkembangan juga mengikut jadual. Malah cepat sikit...dah pandai jalan pegang dinding. Semalam jatuh...bila cuba lepas tangan. Tu la...ingat dh kuat la tu. Nasib x nangis. Sebab lara datang cium dia. Hihihi. Sangat cute!

Alhamdullilah Allah bagi peluang besarkan anak seorang lagi. Syukur.

Semoga Allieya Aqilah menjadi anak yang sihat, sempurna, berakal dan pandai. Amin. Ya Allah..perkenankanlah doaku.

TaTa.

- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Isnin, 25 Februari 2013

b.box Dan wipe case from Amazon.com

Assalamualaikum

Ahhhh...dah terlanjur buat n3 baru...buat aje la lagi...Kali ni pun kita nak review barang Allieya. Ketaksuban membeli barang baby tak habis lagi...bila nk stop pun x tau. Hihihihi

Terkini...



Baby box from b.box. Suka gila ngn kecomelannya... Ada macam2 kale. semua cantik..Emm practical juga tau...masuk dlm hanbag, ngam2 soi je. Malahan maching ngn Gucci Soho merah itew! Keji??? Hihihihi



Bahagian dalam....2 compartment.....taruk nappy n wipe tissue.



Nengok2 best kan? Ada alas salin nappy, tempat tissue basah Dan of the course la blh taruk pampers. CD x bawak..sebab CD kan beso. So kalau nak jalan2 Allieya guna pampers pakai buang.

Kita beli online kat Amazon.com. Masa beli tu, free postage bila beli 2 item..kita beli wipe case putih tu. Macam Ada penjimatan kat situ...kan?? Hihihihi. Harganya 38USD. Boleh la, kat Malaysia RM99. ( Asik sold out je taw)




Tuan punya b.box...Bukan dia Kesah pun....main nota mama lagi dia suka. Mana2 ibu yg ada baby tu...google le kat Amazon.com, semua pun Ada.....boleh pengsan. Jangan lupa download money converter... Kang ha.... Terkejut pulak nengok bill.

TaTa.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

BoBa dan Allieya

Assalamualaikum..
wah...dah lama la x buat n3 kat blog ni...hari ni rasa nk cerita sikit la pasal BoBa baby carrier kita...review sikit pasal the Best Baby wearing yang kita ada. Lembut, ringan...baby selesa dan kita pun double punya selesa....

ok ceritanya begini...masa awal2 mengadungkan allieya...usha baik punya Quinny Zapp stroler. maklum la dh 9 tahun menunggu dingandungkan. Dia punya excited harus la melampai batas. khen??
nak dijadikan cerita..kawan sepermengandungan..Cikgu Intan....cakap2 pasal Baby Carrier. SSC Boba. Apa??? BoBa??? Main kutu jo kak su kat  MAPANDASTORE...nengok la kat facebook. OOOO Raihana....ownernya. Matanya cantik...hihihi. first impression masa nengok Owner MAMAPANDASTORE.

Cer la klik kat link MAMAPANDASTORE ni, ada ERGO jugak tau...rasanya sekarang ni, Raihana ada ready stock for BoBa. Mana2 ibu mengandung tu...sesungguhnya x rugi beli Babywearing yang agak mahal tetapi tidak menyesal dikemudian hari. Skim main kutu pun ada jugak disediakan. so x la menjerat kewangan sangat. Kat facebook pun ada. Like la..pas tu bincang ngn Raihana ni...

Ada jugak kita jahet Ring sling. Pun selesa bila pakai, tapi Ading kata macam indon gendung anak pakai sling....ha hambek ko...BoBa kita mintak. Ngada sangat kan??? So kita guna  sling kalau kita jalan2 kat kampung or mop atau nyapu rumah. kalau g jauh sikit kita guna BoBa.
entah ya ke tidak kita rasa cantik bila pakai Boba.x caya???

Mula-mula masa nak beli, nak main kutu..lama jugak nak dapatkan kumpulan main kutu BoBa ni, hampir2 gagal...tapi akhirnya memang x main kutu sebab Ana kata ada diskaun. yeah...x yah la main kutu..kita beli terus.Intan pun sama beli masa ada dikaun...10% kot. Maka pemilihan corak yang ditawarkan sangat la menggugat kalbu. Ada yang plain..murah..tapi nak jugak yang print.is  macam la anak ko nanges   kalau pakai yang plain??

meh kita nengok corak2 yang mabeles dari BoBa nih, semuanya shantek2...macam nak beli semua tapi orang yang nbanyakkkk duit je beli semua.ok ko x ada duit...sila beli 1aje.
Lila
kan???? kanggaroo
 Nanges nengok Tweet punya kale....





paling yang lawa kat biji mata kita. Soho. kahkahakah...sepanjang peknen kan Allieya..kita gile kale Merah. Konpem...yang ini la yang akan dipilih. Ya Saya PILIH.

Seriusly...nak review pasal BoBa ni dah lama. Memang selesa sangat la bila carries anak dalam ni, kebetulan pulak anak kita x besar sangat. Cumils je orang orangnya. #pujianak sendiri#. pangg...

bukan setakat anak je selesa...mak bapak pun sangat selesa gendung anak pakai BoBa. Rasa lawa itu penting bagi orang yang kurang lawa.  Rasa berkeyakinan taw. yang paling best bila baby boleh tido dan tetek bila duduk dalam BoBa. yang palinggg best bila bapak boleh amik port dalam arena gendugkan anak. Yeahhhh....mama memang suka la. ehh...semua best la.


Ni la Allieya Aqilanya...kecik je .Semua otang cakap macam Ading. Cehh! semua anak nak kena ikut Ading...X jaga langsung hati kita.

ni  BoBa  SOHO Allieya....weh!!! best gila baby wearing ni...pendek cerita, x menyesal la beli. Nak cepat, nak kutu..boleh like page MAMAPANDASTORE kat FB....Cari RAihana.


Baby x pernah x tido kalau duduk dalam BoBa ni, jadi kerja nak shoping tu...agak sedikit senang. yahoooo!!!


 klau dengan Ading, harus la dia yang gendung kan???












Harap2 dapat la kita hadiah yang Ana nak bagi tu....apa ke nama...peekaway....

tapi kan kita tetap teringin...
mampus....tapi intan kata..x yah la kak....allieya kecik. boleh je pakai BoBa sampai dia besar... ea????

TaTa.

Khamis, 17 Januari 2013

Dah merangkak

Assalamualaikum



Dah 7 bulan setengah Baby ni. Baby Dah merangkak dengan lajunya...
Dah memanjat2....Hihihihi



Cepat je masa berlalu. Semoga terus Sihat ya baby . Amin.

TaTa

- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,,Malaysia

Ahad, 30 Disember 2012

Patern org pengerang.

Assalamualaikum

Dah pukul 9:40 malam. Esok baru 31/12/12.
Banyak yg nk Di buat selepas xcden.

Keluarga org yang kita langgar..dh mula cari kita. Maknya, bapaknya, abangnya, pakciknya....
Memang betul kata sonita Sudin... Derang x kan lepaskan kita. Ini patern org Pengerang.
Sebenarnya Dari dekat Katil Kelinik Kesihatan lagi..makciknya dh sound2 kita...tapi kita masa tu tengah blur...sakit kepala terentak. Dia cakap apa tah...kita angguk aje. Sampai misi Dan kawan2 halau mak cik tu...kita rasa bersalah sangat.

Kita tau, kita salah..kita mmg Ada ckp kat Ading..lepas kita sihat..kita nk cari budak ni..nk tolong apa2 yg kita mampu. Tapi belum kita sihat..dah telipon2 nk saman kalau x nk jumpa. Nk mintak gantirugi..sebab kita kan org pengerang. Bakal jutawan. Tak sengaja kita termaki...kimak! Eh.
Macam mengambil kesempatan. Aduhai.. Sempit kepala otak.
Esok mintak adik g cari kat HSI..bagi rm500 buat kos perubatan. Insyallah kang kita dah boleh Celik mata..kita cari dia kat Adela.

Keadaan kita masih x sihat. Lebam2 dh mula tonjolkan diri. Kat lengan, peha, bontot, leher. Dah semua sakit2. Mata.. Mmg lebam mcm kena tumbuk. Dua2 belah pulak tu. nk g sekolah Camana?? MC la ni. Mata x leh bukak..nk buat cerminmata x boleh, nk pakai Konteklen pun x boleh. Macamana nak jadi cikgu??

Redha aje la. Sebab ini semua penghapus dosa2 kita.

TaTa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia

Sabtu, 29 Disember 2012

Kamis yg pilu

Assalamualaikum
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Maha Adil. Ini adalah balasan Keatas dosa2 kita.



Kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sangat Ngeri...berdepan dengan Kereta kenari. Sekelip mata. Kita x tau mcman.



Neo total lost. Abis remuk depan. Alhamdullilah kita Selamat. Nyawa kita masih dikandung badan. Allah Bagi kita peluang hidup sekali lagi.



Mata kita bengkak 3 Hari. Mula2 sebelah...kemudian 2-2 belah x Blh bukak. Tapi kita x mengeluh...sebab Allah Dh Bagi ujian yg Boleh kita tanggung.



Alhamdullilah Dh Boleh bukak matanya. Terima kasih Ya Allah. Doakan kesihatan kita. Kita Sihat kerana Allah, Demi anak2.

TaTa.
- Posted using BlogPress from SUHAILA iPhone 4

Location:Jalan Kampung Sungai Buntu-Tanjung Pengelih,Pengerang,Malaysia