Ahad, 5 November 2017

Alhamdullilah

Assalamualaikum..

Lama betul x membelog. Tak tahu nk mula dari mana. Kehidupan sekarang dh tak macam yg diharapkan. Dulu impikan ddk diam2 kat kpg terpencil sg kapal. Masa free tanam2 pokok pisang keliling rumah. Hihihi.

Alhamdullilah jugak...akak juga insan yg Allah pilih utk mengecapi rezeki terpijak katanya. Jadi ada la sikit duit simpanan.

Tapi bukan semua org kpg tu jadi senang. Ada ramai lagi org yg susah. Dugaan Allah nk bagi macam2 cara.

Alhamdullilah, sekarang akak tengah usahakan sebuah tadika albagdadi dan kelas mengaji dewasa albagdadi. Bukan akak yg ajar..akak juga belajar mengaji. Sebab akak x pandai mengaji. Jadi akk upah guru mengaji...utk ajak orang lain mengaji. Sama2 akak.

Banyak jugak dugaan.

Alhamdullillah, esok anak akak yg sulung...Adibah Aqilah akan menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah terangkan hati adibah, tenangkan hati adibah, beri ketajaman akal fikiran, daya ingatan yg kuat dan memberkati usaha2 adibah untuk berjaya. Alhamdullilah, Ma doakan anak Ma sihat tenang menghadapi peperiksaan. Insyallah.

Babai.
Xoxo

- Posted using BlogPress from my iPhone6+

Location:Pantai Timur,Malaysia

Isnin, 10 Oktober 2016

Deactivated FB, Tweeter, Wechat

Assalamualaikum

Dekat2 sedekad lama x update blog. Berkurun2 lamanya. Sibuk dengan kerja ke? Tak la. Cikgu aje kot. Sibuk dengan media sosial yang lain yg tepatnya. Tweeter, facebook, instagram, wechat

Tapi hari ni, hakak dh buat keputusan. Muktamat. Kita dah tutup facebook, tweeter dan wechat. Cuma ada instagram aje. Buat2 bersosial sikit. Kang orang kata hakak anti k sosial pulak.

Kenapa deactivated?
Facebook..akak jadi binggung. Banyak sangat info2 yang menyakitkan hati. Patut gambo2 x d share jadi org share. Kalau jadi pengajaran ok. Jadi ikutan2. Hakak emo dik.

WeChat...banyak friend anak murid. Alahai bahasa anak2. Menyakitkan hati cikgu. CikguSu kot salah sorang friend ko. Saja aje moment ko tulis Bab* sia*pukima* dan lain2 makian . Cikgu makan hati nak...

Tweeter...tak faham aktiviti nk retweet2 nih. Hahak x in. Gitu.

Jangan la cari hakak kat FB. Siapa2 yg rindu tu...x payah la cari2. X de. Padan muka masa hakak aktive abang sombong. Hahahaha..*perasan*

Sekarang akak nk berbelog la. Nak share cara2 buka pusat tuisyen dan tadika lepas ni. Hakak dh ada OutStanding Tuisyen Centre...bakal menyusul Tadika OutStanding Albagdadi. Insyallah. Perkenankan usaha sata Ya Allah. Amin.

Salam sayang.
XOXO







- Posted using BlogPress from my iPhone6splus.

Location:Pantai Timur,Malaysia

Sabtu, 13 Februari 2016

Sugar Belle lipstics review

Assalamualaikum
Hari ni, tetiba nk buat acah2 review gincu sugar belle. Ok..kita peminat gincu. Extreme! Betul. Kalau gincu tu best! Mau kita beli semua shade. Gila kan? X kita la sesuai ke tidak ke...yang penting kalau nak pakai dah ada. Gitu.

Bila pakai gincu...perempuan macamana pun terus jadi cantik. Walau pun dia x la secantik mana. Emmmm jadi berseri. Betul kan? Memang ada yg tak suka pakai gincu. Ik natural beauty. Tapi kita mmg respect gila, pada perempuan yang mempunyai keyakinan yang tinggi mcm ni. Kalau kita x gincu makna x g mana2. Hahaha

Ok...sugar belle gincu ni ada 4 shade. Nude, lustre red, sugar pink n paris pink. Semua kita ada.




Yang ni sugar pink. Ahhh walau x sesuai ngn muka. Tapi...lantak. Asal bergincu kita dh confident g kelas. Jenis gincu ni jenis kemasan mate. X kilat2. Tekstur macam berpasir sikit. Tapi x la macam pasir. Pas makan hilang. Mmg jenis mulut n bibir kita yg weng....review org lain semua kata stay long. Tapi kita x..cakap2 pun gincu boleh hilang. Hiks. Paling hot kale nude. Paling org lumba2 nk beli. Tapi semalam kita belajar sesuatu. Kalau kita jenis menyerlah pakai silver..sesuainya gincu yang cool ( nude, brown, light pink,...) Tapi kalau jenis pakai emas lagi menyerlah...sila ambil gincu yang jenis warm...( red, hot pink, coral, oren, fushia..) kita??? Jenis mami jarum...mmg kena pakai yg merah2...



Bedak shu umuera. Best sangat. Macam x pakai bedak. X putih mcm tepung.
Celak dherb...sampai petang dh sememeh. Malas dh nk cari celak. Yang mahal sememeh. Yang murah pun sememeh
Blusher NARS
Gincu sugar belle ~ sugar pink.

Nanti kita kongsi lagi pasal gincu. Ada banyakkkk lagi jenis gincu yg kita dah akai. Stay tune. Cewah...

Babai.

-Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Pantai Timur,Malaysia

Rabu, 10 Februari 2016

Saya sepasang kasut converse

Asslamualaikum
Haihhhhh



- saya telah dibeli oleh seorang perempuan berumo...nak tau kenapa dia beli saya? Sebenarnya, Saya bajet2 budak2 baru nk up yang akan beli saya....rupanya seorang perempuan berumo beranak 3. Katanya semasa menerai saya.." Omy omy this converse is size 3!!!"
Sambil melompat2 memeluk suaminya. His his his....kesian. Ceritanya lagi..dari zaman dia anak dara sunti sehingga zaman anak dara pingitan, teringin betul berconverse. Dah habis zaman anak dara segala tu...baru ada peluang. Ahhhhhh ada aku kesah.." Abang su nak kasut ni..." Muktamat.

#jangankecamdia

Hehehehehe

Babai


Posted using BlogPress from my iPhone6+

Location:Pantai Timur,Malaysia

Isnin, 16 November 2015

Rumah baru...

Assalamualaikum

Benar, kita dh pun masuk rumah baru dengan keadaan paksa rela. Pun x reti lagi nak mendeko. 

Nak beli carpet baru. Pun x kesampaian. Belum ada masa. Tunggu la cuti sekolah. Kot ada masa nk g cari carpet belgium. Hehehehehe

Ok, sofa dari lorenzo. Mmg lama la nak jumpa yg macam ni. Idaman hati memang cari betul2. Calf leather...sebab nak elak si Lara  cakar2. Meja n site table pun dari Lorenzo. Dapat la 40% less. Alhamdullilah. Nak beli bunga Lorenzo...bapokkk mahal..rm700. Lepas less pun dah rm350...kita g ssf je la. Dalam masa 2 minggu lagi divider siap. Kita tunjuk ruang tamu kita. Ada lagi satu masalah. Rak tv. Kita dh cakap kat suami, kita x suka tv taruk kat ruang tamu, Tapi..emmm nak jugak taruk...tengah pening nk cari rak tv. Maaf la mmg x minat la Yg built-in2 ni. Kaku....kat mata kita. Hihihi. 

Babai.

Ahad, 15 November 2015

Assalamualaikum

allahuakbar.
lamanya tak bukak belog
sampai ai lupa password.
nak kata sibuk x jugak. 
berazam lah nak membelog semula.
mula2 kita upload gambo sendiri dulu....pastu kita kongsi pulak pasal masak2...pasal deko...pasal make up...shoping...henbag...


babai


Ahad, 9 Ogos 2015

selamat hari raya dari kami...

Assalamualaikum

selamat hari raya...maaf zahir dan batin.
gambar nakg beraya....gambar pakai baju raya semua dalam ipon ading.
kat johor raya yang sebulan....x kurus la macam ni.

babai...