Salam 1 Malaysia. Selamat petang. Dah makan kudapan ke petang ni? Dah? Erkkk syukur alhamdullilah. Kita makan kuih talam roti paun tanpa gula. Kelass ken??
Kita dah lama tengok resepi ni kat blog kak Azlita masam manis. Tapi baru semalam Ustz madir bagi roti...ada cerita tu...kihkihkih. Satu pengerang nak jaga kita. Sampaikan cina jual roti pun x bagi kita beli roti choco n butterscotch sbb kita diabetic. Ngeh!
Tak la secantik kuih kak Ita masam manis. Tapi boleh la buat yg sangat amatur. Cewah..,
Kuih ni lembut dan sedap. Tak caya? Cuba la...
Resepi:
Lapisan bawah
7 keping roti ( kita tiru kak ita guna 3kpg roti choco raisin dan 4 kpg roti butterscotch.
100ml susu cair - spatutnya santan pekat
125ml air
1 biji telur
Sikit garam
Sikit esen vanila
* pukul semua bahan dan rendamkan roti yg dipotong2 dadu. Bila dah kembang, kukus 25 minit*
Lapis tengah
1/4 cwn tpg gandum
100 ml susu cair
100ml air
1/4 gula pasir - kita x taruk sbb??? Diabetic waaaa
1 biji telur
Sikit garam
Sikit esen
Sikit perasa pandan dan pewarna hijau.
* pukul semua sampai sebati, tapis dan masakkan atas api kecik sampai berwap. Jangan sampai pekat, kata kak ita sampai mcm kepekatan susu pekat ( kita fail )
Tuangkan atas roti yg dikukus tadi, sebelum tu, garit2 kan atas permukaan roti dgn garfu. Kukus lagi 25 minit.
Lapisan atas
1/4 tepung kastart
1/4 gula pasir - emm x letak
2 biji telur
100ml susu cair
100ml air
Sikit garam
Sikit pewarna kuning
Sikit esen vanila
* pukul semua bahan sampai sebati dan tapis. Masak atas api kecik sampai kua wap. Kepekatan susu pekat. Tuang atas lapisan tengah yg tlh dikukus 25 minit tadi. Garit2 dgn garfu atas lapisan tgh. Kukus lagi 30 minit.
*** balut penutup kukusan dgn kain@ aluminium foil@ bukak setiap 5 minit utk lap penutup kukusan.**** ( nasihat kak ita )
Lagi satu loyang tu oleskan ngn minyak masak, taruk plastik dan oleskn juga minyak atas plastik.
Terima kasih pada kak Azlita masam manis..pertama kali kita buat kuih talam sebab terpesona ngn presentation kak Azlita. G la blog kak ita, kita gerenti meleleh air liur...
Selamat mencuba ya....insyallah puas hati.
TaTa.
- Posted using BlogPress from my iPhone 4
Location:Pengerang,Malaysia
1 ulasan:
salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
terima kasih
http://radiokita-malaysia.blogspot.com
#Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.
Catat Ulasan