ASSALAMUALAIKUM...
Rasa tetiba je dh bulan empat?? Cepat beno masa berlalu. Rasa baru je semalam potong kek besday. Ngeh!
Sibuk sikit bulan tiga ni, minggu lepas je ada meeting ngn LPM. Last la ni gubal soalan. Cuti 2 tahun. Dalam peknen 7 bulan, kita gagah naik bas pergi dan balik KL. Macam sihat sangat je. Tapi alhamdullilah la, peknen kali ni memang agak energetic. Sebelum tu, sempat join kawan2 SMKTD main bowling kat Angsana.
Dalam pada tu, sempat jugak jaet barang2 baby....inshallah kita buat n3 lain nanti. Ada 2-3 barang lagi tingin nak jaet.
Baby dalam ni pun, amboi...dah aktif gerak2..tendang2 mama ya. Lagi2 kalau kita x beringat, naik turun tangga, jalan laju2..mula la baby ingatkan mama hati2 ya? Sayang baby mama ni.
Semalam, layan adibah n aiman. Apa lagi...aktiviti masak2 le...suka sangat la derang kalau mama masak2. Kita try buat roti coklat Dan Puding Oreo. Alhamdullilah jadi roti tu bila buat Kali kedua. Puding Oreo pun sedap. Nanti la buat n3 makan2 jugak.
Ok la...nak makan. see u soon!!!
Tata...
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan