Selasa, 9 Ogos 2011

Air Bandung Cincau = BANCAU

Assalamualaikum



Selamat malam. Dah balik terawikh ke? Kita buat yang 11 aje. Tapi esok rasa dah x terawikh kot. Mood dah swing la. Ni mesti dah nak peot ni....
Kita baru 3 tahun ni la terawikh, ala..masa bujang kat U, x tinggal terawikh. Teringat masa kat UITM, masa tu tahun 1992..pusat Islam ITM baru buka. Semanggat nak g terawikh. Jalan kaki je Dari Kolej Kenanga. Kita akan g dengan salmiah Dan Isma. Jalan kaki. Ada satu malam tu, pas sembahyang maghrib, kita pun nak la g terawikh. Kita kan kalau nak g masjid tu, siap2 l pakai telekung. Kain kita pegang. Nak di jadikan sebab, kita masa jalan tu terdengar2 org dok sok sek sok sek " pakai telekung tapi pakai skirt, kaki nampak" sepanjang jalan dengo cam tu.. Kita siap toleh2 cari sape la yg gile tu. Tetiba sampai kat pintu masjid, ada sorang mamat ni, Tarik kita...
Dia cakap " Kenapa pakai skirt...tapi pakai telekung" eeee Malunya kita. Isma Dan Sal pun x perasan. Malu betul...rupanya yang gila tu...KITA.
He he he merepek melalut pulak kita. Tapi kita sampai sekarang style g terawikh pakai telekung kain pegang. Dalam kita pakai baju kelawar je...selesa. Alhamdullilah.

Eh kita nak bagitau, kita buat air Bandung Cincau. Pernah minum kat Chamex Kopitiam. Pas tu kita baca blog Kak Fauziah ( DariDapurKak Gee) unclepali buat Bandung Cincau pakai ais krim soda...Kita mintak kebenaran ya kak gee tk kongsi resepi ni.



Memang meletop rasanya. Senang pulak tu. 1 tin susu sejat campur dengan air krim soda taruk ais. Goncang sampai sebati. Tambahkan Cincau. Goncang sampai buih. Sejuk je lalu kat tekak. Nyaman.

Cuba la.

Tata.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Tiada ulasan: