Isnin, 14 November 2011

Day 67 1st Trimester

Assalamualaikum...
Semoga semuanya dalam lindunganNya. Apa khabar? Diharap semuanya sihat. Kita? Tak berapa sihat la...badan ni lemah aje..emm lemah ke malas? Entah la....tak larat la. Perut ni asik rasa tak sedap. Tak tau nk cakap tak sedap macamana..kadang2 senak, kadang2 sebu, kadang2 macam rasa senggugut. Kenapa ea?

Sekarang kandungan kita dah 67 hari. Alhamdullilah. Tapi yang x bestnya pregnant kali ini, kita diabetes pulak. Tinggi pulak tu bacaan gula. Risau la. Lagi2 bila baca kesan diabetes pada baby. Ya..Allah, sihatkan la anak dalam kandungan ini. Aduhai....risau.

Semalam pagi2 lagi Misi Azi dr Kelinik Desa Sg Kapal call. Minta buat check darah 4 Kali sehari. Sebab ujian darah minggu lepas yang bacaan ya abnormal. 12.6 sebelum minum air gula dan lepas minum air gula jadi 14. Alolololo....nape ni? Kita x makan nasi pun. Kalau makan pun, sikit aje. Bukan diet..tapi bila makan...muntah. Aduhai..risau betul.

Nasib baik la ketua pemeriksa kita baik hati dan sangat memahami. Dia bagi kita check darah kat kelinik kempas. Esok, keputusan darah keluar, Misi kata kalau 2 bacaan abnormal...admitted ward kat Hospital Kota Tinggi. Tak pe la duduk dalam ward asalkan baby sihat...

"Ya..Allah, jadikan lah anak dalam rahim ku ini, anak yang sihat sempurna berakal dan pandai"
Amin...Amin ....Amin.

TaTa.









- Posted using BlogPress from my iPad

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i will always pray for you and your baby cikgu. sihat selalu cikgu :)

cikgu su berkata...

Thanks....
Cikgu risau....
Lagi2 skrg ni...asik nak muntah je...