Alhamdullilah...petang ni kita boleh buat n3 baru. Biasanya petang melepek. Muntah. Mabuk....dah abis ni mabuknya. Syukur. Apa taknya...seminggu je lagi nak marking paper SPM. Kalau PMR tu, ada jugak mudahnya. Tapi yang SPM ni...agak mencabar....perlu focus.
Oh...disebabkan kita ok hari ni, kita cakap ngn MIL kita nak buat Botok2. Memang la kita x tau nak buat, tapi kan sekarang ni resepi di hujung jari...google je. Tapi kita biasanya buat lawatan Dari dapur ke dapur blog2 masakan. Yeahhhh.....macam tau2 je CMG ( blog tiffin biru ) kita cari resepi ni....ha ada ko resepinya. Thousand Thanks to CMG...kita je yang kenal CMG ni melalui Blog Tiffin Biru..tapi CMG tak kenal pun kita. He he he...x kisah la kan...yang penting ilmu yang disebarkan lebih berkat.
Masa bertugas kat sekolah, hari rabu tu, kita merayap kat taman herb ngn ustz madir. Kita amik pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk kaduk, daun cekur, daun selasih dan daun kunyit. Best kan? Kak Gee yang jaga taman ni...thanks Kak Gee and Madir. Cuma pucuk ubi, pucuk betik dan daun kesum tu ada banyak kat rumah. Emmmm kalau ikut2 resepi CMG dah cukup daun2 ni...
Alhamdullilah...hari ni terrlaksana cita2 kita nak buat botok2. Bila kita tanya2 ngn kawan2 ramai tak tau apa botok2. Tapi BOTOX semua orang tau. Kita pun pertama kali makan botok2 ni masa tahun 2000. Datin Ara...Dari Taman Sri Aman bagi. Datin ni bekas Mak sedara Ading. Rasa dia pedas2. Sedap la kat tekak kita yg ngandungkan Adibah masa tu. Bila kita suka, selalu la mak cik tu bagi.
Lepas tu,masa kita duduk Kota Masai, Ada sorang pakcik jual botok2 ngn moto masa bulan puasa. Selalu sangat la kita beli bt sahur. Lepas pak cik tu balik Haji..dia dh x jual. So lama kita x makan botok2 ni. Sampai la malam jumaat 2 minggu lepas...kul 3 pagi kita tingin nak makan botok2. Kita msg Kak Miah BBU....esoknya kak Normah dah hantarkan kat hospital. Perghhhh sedapnya...
Ni gambo persiapan Botok2. Semua daun2 herba kena susun atas daun pisang, lepas tu taruk rempahnya. Taruk Ikan tenggiri, taruk lagi rempah susun lagi daun2. Bungkus macam nasi lemak. Kukus.
* rempanya....kalau ikut resepi CMG..3 ulas bawang beso, 5 ulas bawang kecik, 4 ulas bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci halia, 2 sudu lada kisar, 3 stgh rempah Kari, 2 sudu kerisik, 1/3 cwn santan. Tumis sampai naik minyak.* kalau nak detail...g skodeng BLog CMG.
Ni rupa botok2 kita lepas siap dikukus. Sedap sangat. Emmm sedap tu kan subjektif, kita bila peknen ni suka la...tapi tu la malangnya..kita x boleh makan nasi banyak...kencing manis la katakan. Jadi tadi kita ratah je. Tu la dah jadi panas badan ni. Makan rempah kari. Asik berpeluh2 je...malam ni mak x kasi makan. Simpan utk esok pulak. Malam ni kita makan roti ngn air Milo kosong je la....
Kepada yang nak cuba, x pernah makan....cuba la. Bagus tau botok2 ni...sebab dia guna herba2..mak kata makan lepas beranak bagus. Tapi kita x tunggu beranak la...ngandung dah makan. Hihihihi....
TaTa.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan