Rasa bersalah dan berdosa...bukan2 saya bersalah dan berdosa kepada beberapa orang di sekolah.
Kepada semua Barisan Pentadbir SMKTD saya ingin memohon maaf atas kesalahan saya meluahkan apa yang saya rasa ke dalam blog peribadi ini.
Sesungguhnya saya amat menyesali segala perkataan saya yang telah menyinggung perasaan barisan pentadbir SMKTD. Sesungguhnya saya mengucapkan ribuan terima kasih yang amat kerana menyedarkan saya dari terus melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Saya benar2 berharap saya tidak akan sesekali melakukan kesalahan ini lagi. Semoga Allah akan membantu saya dalam memperbaiki hati dan tingkahlaku saya.
Saya juga ingin meminta maaf kepada semua rakan2 di SMKTD jika segala keperibadian saya menyakitkan hati semua....
blog ini akan ditutup untuk kebaikan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan