Ahad, 17 Julai 2011

Biskut oat coklat berbelang@ Oat Crips Cookies.

Assalamualaikum,
Selamat malam. Dah makan? Alhamdullilah. Kita nk ucapkan tema kasih kepada sesapa yg sudi singgah kat blog kita. Kita bukan la pembelog tegar, jauh sekali glamer...he he he kita suka2 je. Hobi.
Hari ni kita layan biskut Oat Crips Cookies. Kita amik resepi Dari Dari rumah kak Azlita. ( http://daridapurkakintan.blogspot.com/). Ada banyak resepi yang menarik. Sebab kak intan ni jurugambar yg professional la kita rasa. Semua cantik2. Sampaikan anak2 kita pun suka nengok blog kak intan. Tu la...derang merentan soh buat cookies ni...thanks kak intan...



Saja suka2 buat cookies ni, lagipun aiman n Adibah soh buat. Lagi pulak aiman demam, x lalu nak makan. Bila buat cookies ni...suka dia makan....alhamdullilah. Raya nanti leh buat biskut ni. Senang aje..



Jom semak resepinya...
Kita mintak izin kak intan ya nak CnP..Resepinya.

Bahan-bahan
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk Koko
1/2 sk baking powder
Semua bahan kat atas tu, diayak.
90g oat
80 g badam cincang yg di baker dlm oven kejap bagi rangup/garing.( kita taruk )
10 g coklat cip ( kita taruk )
1/2 sk garam
1/2 sk emplex ( kita taruk sebab kita Ada banyak...lebihan bahan kuih raya last year..hehehe)
Tambahkan dalam bahan yg di ayak
200g butter ( kita guna majerin je...tapi kita dapat bayangkan kalau pakai butter cap tong tu Lebih sedap kot..)
120g gula perang.

Cara-cara
Pukul mentega Dan gula perang sampai kembang. Pas tu, masukkan bahan2 yg diayak tadi. Uli sampai jadi doh. Siap.
Canaikan Dan bentukkan/ terap dengan apa2 bentuk. Kita tiru kak intan pya style...tak pe kan kak. Maaf kalau akk x senang ya. Abih tu anak2 nak yg macam akak buat....menyelerakan sangat.
Bakar dalam oven 160 darjah selama 20 minit.
Angkat Dan sejukkan.
Sedap...sedap ....sedap
Cuba la...


Tata.
Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: