Rabu, 6 Julai 2011

Kek Oren blender

Assalamualaikum...
Ha ha ha x sabor nak hapdet blog. Siap je kek terus tangkap gambo pakai ipon. Terus buat n3. Gila. Ha ha ha. Tapi ni semua sebab teruja. Macam nak lompat2. Melompat Lebih tinggi. Tetiba. Tak, sebenarnya ni Kali ke 2 kita buat kek ni. Kali pertama kat umah abg is. Tapi macam x jadi. Kali ni kita geledah dapur kak azlita masam manis ( http://daridapurkakintan.blogspot.com/) ha ko...x reti nak link bila hapdet pakai iPad. Terus kita bagi alamat penuh. Best sangat blog kak ita tu. Sejuta terima kasih pad a kak azlita yg bagi resepi yang jadi. Suke!




Ha kan? Kan ? Jadi kan? Naik gebus. Rasa pun ok. Cuma kita kurangkan gula. Kerana kita dah terlebih gula. Ok nak semak resepi x. Kita mintak kebenaran dr kak ita utk CnP resepi

Kek Oren blender
1 biji oren dibasuh. Potong dadu bersama kulit tapi buang empulur putih dan bijinya.
Sebiji kulit Oren yang diparut.
1 sudu besar sunquik
1 cawan minyak mazola.
2 biji telur (A)
11/2 ( satu setengah ) gula castor
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder Dan ayak.

Caranya.
Panaskan oven 150 darjah celcius selama 10 minit.
Masukkan semua dalam blender kecuali tepung.
Terrrrrrrrr blend sampai sebati.
Tuangkan dalam mangkuk dan masukkan sikit demi sedikit tepung. Kacau rata2 sampai abis tepung.
Masukkan dalam acuan 9" yang dah di gris.
Masak selama 45-60 minit.
Senang kan?



"Lihat la pandang la...kegebuan saya" he he he tapi sedap la. Yang penting bagi pembaking kek yg amateur yang baru nak kenal dapur....element JADI sangat penting.....

Tata.



Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Tiada ulasan: