Selasa, 5 Julai 2011

Donut yang trajis

Assalamualaikum
Selamat malam semua. Terima kasih kalau singgah blog kita. Malam ni kita mendonut. He he he first time ni. Alah guna BM je. Mula2 nak buat berbuka puasa. Tapi Ada kejadian trajis. Kita dah siap2 sukat bahan2 dan masukkan dlm BM. Dah start..dah sejam dan dah bunyi beep beep beep. Yes! Tapi bila kita bukak BM..sekali tu, tepungnya masih peroi. Bia betul!! Pikir2..nape....ooo baru kita ingat, kita x masuk kan air. Ha ha ha. Emmm x sempAt la nak buat buka, sebab kita kena ulang semula proses mengedough. Sabo je la. Nasib jadi...



X cantik langsung presentation. Fail. Tapi lembut. Sedap. Kita memang x pandai la nak deko2. Kalau nengok kat blog2 masakan lain. Uuuihhh bestnya. Cantiknya. Kita ni dah la x reti nk deko2 yang cantik, kita yang x de camera dslr. Emm gitu la bentuknya. Nak2 amik gambo pakai ipon je. Tak pe la. Mungkin nanti bila hubby balik, kita belajo guna dslr dia. Kalau pakai dslr tu, yang x cantik pun nampak cantik. Agaknya la...perasan je la kita ni.


Kalau mendonut, guna BM senang sangat. Masukkan tepung roti 500g, gula 100g, yeas 11g, kuning telor 4 biji, butter 100g, garam 1/2 sk dan air 200ml. Pilih dough. Start.
( kita amik resepi kat blog kak Ita, masam manis)
Pas 1jam 10 min, BM bunyi beep beep beep. Ha dah siap lor. Kuakan doh dan banting2 kuat. Pas tu canai. Dan terap pakai cetak. Biakan lagi 1/2 jam. Baru goreng. Kita mengada2 nak topping coklat. Tapi x jadi cantik. Bia la. Yang penting anak2 suka makan. Ni kita taruk dalam bekas sebab esok nak bawak ke sekolah. Nak bagi ustzh muzaimah, ustzh nadrah ( tukang terap ), ustzh ummu, ustz mAdir dan cikgu sonita.

Tata


-Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pengerang,Malaysia

Tiada ulasan: