Selasa, 12 Oktober 2010

Carrot cake again!!

emm...anak dara kita memang dah pandai mintak makan yang macam2...nak makan trifle la...nak makan puding la dan ari ni dia nak makan carrot cake. Sebagai mama yg dah bawak anak pindah dari bandar ke kampung....kena la buatkan nak bagi dia makan. Kalau dolu2 leh aje bawak g Jusco makan carrot cake kat SR....sekarang? Nan ado...kena la main masak2 kat dapur...
tadi dia makan masa balik dari sek agama....panas2 lagi....suka dia. Mama pun suka la kan? emm esok dia request nak bagi cikgu dan kawan2 dia rasa.....bangga seh mama....


nak hias2 ngn krim...tapi MIL x suka.
 Kesian dia nanti x makan
botak je la....

carrot cake panas
minum ngn air teh "BOH"
memang ummph.....

 Ni la anak dara kita...
ADIBAH AQILA..
yang dah pandai oder macam2....
meh kita chek dia punya resepi...
Bahan A
3 cawan carrot parut
1 cawan kelapa kering
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan walnut
1 tbs bicabornat
1 cawan gula merah halus
3 cawan minyak masak
semua bahan di gaul rata dan tambahkan 3 cawan minyak masak....

Bahan B
7 biji telur gred A
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
2 tbs ovelatte
dipukul sehingga sebati
masukkan separuh adunan bahan yang dipukul ke dalam bahagian A. kaup balik kan adunan...dah rata masukkan semua dalam adunan. Masukkan dalam loyang yg telah dilenserkan ngn mentega dan dipreheat 180 degree. Masak selama 1 jam. ( loyang putih tau...kalau loyang itam...turunkan suhu kpd 150 degree...

selamat mencuba....( thanks kepada kakMON brunai yang bagi resepi)

1 ulasan:

imanshah berkata...

wah, pandainya masak...anak sedang membesar memang begitu